Siakap Keli

Sunway Mega Roadshow 2025 Kembali, Diskaun Gempak & Hadiah Mewah Menanti

Acara kedua Sunway Mega Roadshow 2025 telah dilancarkan secara rasmi, menampilkan yang terbaik daripada bandar Sunway serta pelbagai sektor perniagaan konglomerat ini – semuanya di bawah satu bumbung.

Pelancaran ini disempurnakan oleh Timbalan Presiden Kumpulan Sunway, Evan Cheah dan Datuk Anuar Taib, serta Pengarah Urusan Kanan Pejabat Pengerusi Kumpulan Sunway, Dato’ K.L. Tan, bersama barisan pengurusan daripada pelbagai bahagian perniagaan Sunway.

Menurut Cheah, kejayaan Golden Jubilee Mega Roadshow tahun lalu mendorong Sunway untuk mengadakan roadshow ini sekali lagi atas permintaan ramai.

“Ini adalah cara kami menghargai komuniti yang telah menyokong kami selama ini. Kami akan terus membina kepercayaan ini melalui komitmen terhadap pembangunan negara, kelestarian dan kecemerlangan,” kata Cheah.

Diskaun Super Mega & Hadiah Gempak

Pengunjung boleh menikmati pelbagai SUPER MEGA DEALS dan tawaran terhad bermula serendah RM1 semasa jualan kilat MEGA HOUR

Antara hadiah cabutan bertuah yang menanti pengunjung termasuk percutian mewah di The Banjaran Hot Springs Retreat, Sunway City Ipoh, lengkap dengan pengalaman dihantar dan dijemput menggunakan Zeekr 009 baharu untuk seisi keluarga.

Lokasi & Tarikh Sunway Mega Roadshow 2025:
📍 Sunway Velocity Mall, Kuala Lumpur – 27 Februari hingga 1 Mac 2025
📍 Sunway Big Box Retail Park, Sunway City Iskandar Puteri, Johor – 27 Februari hingga 1 Mac 2025
📍 Bugis Junction, Singapura – 24 Februari hingga 2 Mac 2025

Selain pas tahunan taman tema Sunway yang sangat popular, pengunjung juga boleh menikmati pelbagai pakej promosi eksklusif dan tawaran menarik menerusi Sunway Super App yang boleh dimuat turun di Apple App Store, Google Play Store dan Huawei App Gallery.

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan tawaran hebat ini dan sertai Sunway Mega Roadshow 2025 untuk pengalaman membeli-belah yang luar biasa.

Nur Farra

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.