Siakap Keli
Akid Griller Nando's
Gambar: Berita Mediacorp/ae

Muhammad Akid Diiktiraf “Griller” Ke-4 Terbaik Nando’s Di Dunia

Muhammad Akid Diiktiraf “Griller” Ke-4 Terbaik Nando’s Di Dunia

SINGAPURA — Siapa sangka tukang panggang keempat terbaik di peringkat global rangkaian restoran Nando’s datang daripada seorang seorang kakitangan di Singapura, Muhammad Akid Muhammad Fadil.

Muhammad Akid atau dikenali sebagai Akid, 23, merupakan salah seorang kakitangan di restoran terkenal itu,

Akid mula mencuri perhatian ramai selepas berjaya mengalahkan tukang panggang handalan Nando’s yang lain di Singapura.

Rezeki itu menjadi titik mula buatnya selepas mendapat ‘tiket’ untuk bertanding di Botswana, bagi menguji keupayaan para tukang panggang Nando’s dari merata dunia.

“Setiap tahun akan ada cabaran ini di mana semua cawangan (akan) menghantar satu dua orang sebagai wakil. Saya bekerja di cawangan Bugis Junction.

“Saya tidak sangka saya akan jadi juara di Singapura kerana saya bertanding dengan mereka yang mempunyai pengalaman selama bertahun-tahun lamanya. Saya hanya bersama Nando’s selama setahun lebih,” katanya.

Ada Kisah ‘Gelap’ Disebalik Kejayaan Yang Ditempa

Akid Griller Nando's
Gambar: Nando’s Singapore

Siapa menyangka mempunyai latar belakang sebagai seorang bekas banduan, tidak mematahkan semangat Akid, sebaliknya bangkit menempa nama di persada dunia.

Menerusi kerjasama dengan Reben Kuning Singapura (YRSG), pemuda itu antara 400 bekas banduan yang diberikan peluang oleh  Nando’s sejak 2013.

Menurutnya, dia sendiri tidak menyangka bahawa bakal mewakili Singapura ke peringkat global, disebabkan jurang pengalaman dengan pemanggang lain, yang telah lama bertapak dalam industri berkenaan.

Apatah lagi bersaing sebaris dengan 27 tukang pemanggang terbaik restoran itu di Botswana pada September lalu.

“Sejujurnya, bekerja di Nando’s bukan pilihan saya. Saya dapat (pekerjaan ini) dari YRSG. Saya keluar penjara pada 2023,” ujar Akid.

Namun, bakat terpendam yang dimiliki itu membuktikan bahawa Akid mempunyai teknik tersendiri untuk menghidangkan ayam yang dipanggang secara sempurna.

griller Nando's Singapura
Gambar: Nando’s Singapore

“Saya suka belajar secara ‘hands-on’ (praktikal). Saya suka melihat orang lalukan kerja, apa yang mereka buat. Saya juga buat perkara sama,” kata Akid.

Mengulas lebih lanjut, Akid memberitahu bahwa setiap peserta buat pertama kalinya dinilai berdasarkan personaliti, selain mutu makanan.

“Mereka menilai berdasarkan personaliti, cara anda memanggang ayam, kelakuan anda, cara anda masak. Mereka ingin melihat semangat anda,” terang Akid.

“Saya tidak sangka untuk dapat ranking setinggi itu, tetapi saya rasa bangga kerana dapat mewakili Singapura,” jelasnya.

Disebalik kejayaan tersebut, Akid mendedahkan, minat dan sokongan daripada orang sekeliling antara tunjangnya, terjun dalam bidang ini.

Lebih-lebih lagi, komuniti Nando’s juga sentiasa menyokong dan menghargai walaupun berbeza jurang usia.

Nando’s Ibarat Keluarga

Akid Griller Nando's
Gambar: Nando’s Singapore

“Di Nando’s, kami memperlakukan satu sama lain seperti keluarga. Semasa pertandingan juga, kami tidak fikir macam kita ini musuh. Semuanya tentang semangat kekeluargaan,” katanya.

Tambahnya, Akid menekankan bahawa memanggang bukanlah satu perkara yang mudah kerana setiap pemanggang perlu ‘memasak dengan hati’.

Barulah ayam yang dipanggang akan dapat memenuhi cita rasa semua pelanggan Nando’s.

“Ada kalanya kita pergi kelas ‘art of grilling’ (teknik memanggang). Kita juga berlatih di cawangan sendiri dan dari situ kita terus cuba melakukan yang terbaik.

“Perlu periksa suhu. Kalau suhu melebihi paras tertentu, ayam akan lebih terbakar. Kalau terlalu panas, (bahagian) luarnya masak, dalam pula tidak masak. Kalau api terlalu kecil, ayam tidak akan masak, (bahagian) dalamnya masih berdarah,” ujarnya.

Mentor Griller

wakil Nando's Singapura
Gambar: Berita Media Aqil Ezat

Selepas kejayaan Akid, beliau kini menjadi ‘mentor griller’ sebagai pembimbing tukang panggang di enam buah cawangan Nando’s di Singapura.

Ia termasuk Akid dihantar ke cawangan Nando’s di Kuala Lumpur pada setiap hujung bulan bagi mengendalikan latihan buat para kakitangan di sana sebagai permulaan.

Kata Akid, dia sedia berkongsi ilmu serta menyuntik rasa minat terhadap pemula meskipun terdapat kekangan waktu.

“Saya ingin mereka suka pekerjaan mereka, dan ingin mereka panggang ayam dengan penuh semangat.

“Saya ingin mereka faham bahawa masakan itu datang daripada hati, dan apa sahaja yang hidangkan perlu sama dengan apa yang mereka akan hidangkan kepada keluarga mereka,” katanya.

Untuk makluman, restoran Nando’s mempunyai ratusan cawangan di lebih 20 negara, menjadikan ia salah satu restoran makanan terkemuka dunia.

Sumber: Berita Mediacorp/ae

BACA: Adakah Dibolehkan Puasa & Fidyah Si Mati Yang Melangkah Tahun? Ini Penjelasan Mufti WP

BACA: Lebih Menarik, Khairul Aming Bawakan Segmen Baharu Ramadan Kali Ini

BACA: Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Setiap Negeri 2025

Nur Alissa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.