Bahagiakan Syawal dengan “Duit Raya” dan Tawaran Epik!
KUALA LUMPUR, 25 FEBRUARI 2025 – Di samping bulan Ramadan dan musim perayaan Raya Aidilfitri yang bakal tiba, Lazada Malaysia akan melancarkan 3.3 Epic Raya Sale yang dinanti-nantikan, bermula 2 Mac 2025 jam 8 malam hingga 5 Mac 2025. Dengan penjimatan luar biasa merentas kategori fesyen, kecantikan, elektronik, peralatan rumah, dan banyak lagi, jualan istimewa ini adalah peluang terbaik untuk membeli segala keperluan untuk persiapan raya seisi keluarga!
Raikan Hari Raya dengan baucar “Duit Raya”
Tahun ini, pembeli boleh menantikan Epic Raya Exchange Lazada. Diilhamkan daripada tradisi pemberian duit raya kepada keluarga dan rakan-rakan, pembeli boleh menghantar dan menerima baucar 3.3 bernilai hingga RM233. Lebih RM45,000 dalam baucar Lazada tersedia untuk direbut, dan pembeli boleh menghantar baucar kepada lima orang yang tersayang setiap hari, tanpa had bilangan baucar yang boleh mereka terima.
Untuk mengambil bahagian dalam Epic Raya Exchange, peserta hanya perlu mengikuti langkah-langkah berikut:
- Layari www.LazadaEpicRayaSale.com dari 1 hingga 3 Mac 2025.
- Masukkan nombor telefon bimbit keluarga atau rakan. Kod unik akan dihantar terus ke telefon mereka melalui WhatsApp.
- Penerima boleh memasukkan kod baucar yang diterima semasa pembayaran untuk menebus baucar 3.3 Epic Raya Sale Lazada bermula pada 2 Mac 2025 jam 8 malam.
Setelah ditebus, diskaun daripada baucar akan digunakan secara automatik pada jumlah akhir semasa pembayaran dan boleh digabungkan dengan rebat yang lain untuk penjimatan yang lebih besar.
Gunakan KLIA Ekspres sempena Ramadan dan Syawal untuk Menang!
Inilah masa yang terbaik untuk persediaan balik kampung dengan tawaran istimewa daripada Lazada dan KLIA Ekspres. Sempena Jualan 3.3, pembeli boleh menyertai peraduan “Travel with Lazada & KLIA Ekspres” yang memberi ganjaran kepada pelanggan yang membeli barangan yang berkaitan pelancongan atau pemindahan terminal KLIA melalui Lazada. Dari 1 Mac hingga 30 April 2025, setiap pembelian produk pelancongan yang terpilih atau tiket KLIA Ekspres di Lazada akan layak untuk menyertai peraduan untuk peluang memenangi hadiah luar biasa bernilai lebih RM20,000.
Tiket perjalanan tunggal dan pergi-pulang KLIA Ekspres akan diberikan sebagai Hadiah Mingguan dan untuk Hadiah Bulanan, pemenang akan memenangi produk tajaan daripada jenama pelancongan terkenal seperti American Tourister, Samel, Thule dan Universal Traveller. Terdapat juga Hadiah Utama untuk dimenangi, di mana seorang pemenang bertuah akan memenangi Perkhidmatan VIP KLIA Ekspres, pengalaman pemindahan eksekutif, termasuk porter tersendiri, tempat duduk keutamaan di KLIA Ekspres, dan perkhidmatan pemandu dari pintu ke pintu, dari rumah ke KL Sentral, selain barisan produk yang ditaja.
Tawaran Raya Serendah RM33!
Khas untuk mereka yang inginkan tawaran paling epik, Epic Raya Sale Lazada menyampaikan Crazy Special RM33 Deals, yang menampilkan barangan mesti ada seperti jam tangan pintar berjenama, kerusi urut, pembersih vakum robot, kerusi gaming, katil mewah, dan banyak lagi – semuanya pada harga RM33 sahaja! Produk bernilai lebih RM50,000 tersedia pada harga yang tiada tandingan ini – dengan tawaran baharu setiap hari pada jam 12 tengah malam, 3 pagi, 8 pagi, 3 petang, 6 petang, dan 9 malam – hanya pembeli terpantas akan mendapat tawaran eksklusif ini!
Crazy Special RM33 Deals menampilkan pelbagai jenis jenama seperti 70mai, Cricut, Dreame, ECOVACS, Getha, GINTELL, HONOR, Jean Perry, King Koil, Kitchen Z, Laifen, Medela, NeckPro, NESCAFE Dolce Gusto, OGAWA, Tineco dan TTRAcing. Pembeli juga boleh menyemak aplikasi Lazada dengan kerap untuk mendapatkan kemas kini terkini.
Pembeli juga boleh menikmati baucar kempen yang menawarkan penjimatan hingga RM1,000, tawaran berjenama dengan penjimatan hingga 90%, serta penghantaran percuma Semua Free Shipping untuk semua kedai dan produk. Dengan pelbagai tawaran dan penjimatan yang disediakan untuk anda, inilah masa yang terbaik untuk membeli-belah barangan Raya! Selain itu, anda juga boleh menikmati penjimatan tambahan dengan menggunakan LazCoins dan LazCash.
Untuk baju Raya yang bergaya, hiasan rumah yang cantik, atau hadiah yang menarik, Lazada menyediakan semua keperluan perayaan di Choice, Taobao Fashion, dan LazMall untuk barangan rumah berjenama premium.
Tawaran Moreh & Sahur – Penjimatan Lewat Malam sempena Ramadan
Ramadan merupakan masa untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan dan berkongsi rezeki. Sahur bukan sekadar persiapan fizikal untuk berpuasa, tetapi juga masa di mana ahli keluarga dapat berkumpul dan bersama. Begitu juga dengan moreh selepas tarawih yang memberi peluang untuk mengeratkan silaturahim melalui perkongsian makanan dan perbualan santai sambil menikmati kuih-muih, bubur lambuk, dan pelbagai lagi hidangan kegemaran yang lain.
Untuk menambah kemanisan pada detik-detik yang istimewa ini, Lazada memperkenalkan Ramadan Sahur and Moreh Deals, tersedia dari 3 pagi hingga 8 pagi (Sahur) dan 8 malam hingga 12 pagi (Moreh). Untuk segalanya yang dicari, sama ada barangan runcit untuk resipi kegemaran, fesyen perayaan, keperluan kecantikan atau peralatan rumah yang terkini, pembeli boleh menikmati tawaran eksklusif masa terhad ini untuk meningkatkan lagi suasana Ramadan dan Raya mereka!
Tandakan Kalendar Anda untuk 2 Mac 8 malam dan jom shopping Raya!
Daripada baucar duit raya kepada jualan kilat dan promosi istimewa, 3.3 Epic Raya Sale Lazada menjanjikan pengalaman membeli-belah dalam talian yang lebih mudah dan benar-benar epik! Jom tambahkan apa yang diingini dalam troli Lazada anda dan bersedialah untuk checkout semasa jualan yang terbesar musim ini!
Untuk butiran lanjut tentang jualan ini, lihat Aplikasi Lazada atau ikuti #LazadaEpicRayaSale dan #LazadaMY di media sosial untuk kemas kini terkini!