Siakap Keli
doktor 10 lesen
Kredit: Leong Keen Wai

Awalnya Minat Pandu Ambulan, Doktor Kini Miliki 10 Lesen Memandu

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Berawal Dari Minat Pandu Ambulan, Doktor Hebat Miliki 10 Lesen Memandu

Setiap individu pasti mempunyai impian melakukan sesuatu. Ada yang menemui impiannya sewaktu kecil dahulu dan tersemat dalam jiwa, dibawa hingga dewasa. Ada juga yang menemui impian ketika sudah mula mengenali seluas-luas dunia.

Dalam menyemai impian, ada di antara kita yang berjaya merealisasikannya dan ada juga yang masih belum menemui jalan. Namun, tiada siapa dapat menyangka, satu hari nanti impian tersebut dapat digenggam.

Begitu juga lelaki ini yang bertugas sebagai seorang doktor di Jabatan Kecemasan salah sebuah hospital tempatan. Bermula dari keinginan memandu ambulan, doktor ini mula mengumpul pelbagai lesen memandu.

“Segalanya bermula dengan impian saya memandu ambulan untuk bertindak balas ketika kecemasan. Kemudian, lori hospital pula. Kami gunakan lori itu untuk membawa peralatan misi bantuan ketika bencana seperti banjir dan tanah runtuh.

“Selepas itu, segalanya dah jadi di luar kawalan dan secara tidak sengaja, saya terkumpul semuanya,” seloroh doktor berkenaan.

Menerusi muat naik di laman Facebook peribadinya, Doktor Leong Keen Wai menyenaraikan sebanyak 10 lesen memandu yang telah dikumpul setakat ini. Tidak hanya boleh memandu motosikal dan kereta manual, Leong turut mempunyai lesen memandu motor beroda tiga, lori dan trak kelas E.

Selain itu, Leong turut memegang lesen memandu kelas H yang membenarkannya memandu traktor dan lesen kelas I untuk memandu jengkaut.

Sudah pasti, lesen kenderaan perkhidmatan awam kelas D termasuk ambulan dan limusin juga sudah diperolehinya.

Lebih menakjubkan, Leong turut mempunyai lesen memandu kelas E yang membenarkan lelaki tersebut memandu bas, lori gandar tetap dan lori gandar artikulasi seperti treler.

Menurutnya, terdapat beberapa lesen memandu yang tidak dapat diperolehi disebabkan lesen-lesen tersebut khas untuk pemandu berkenaan seperti lesen kelas A yang khusus buat pemegang kad OKU dan lesen memandu GDL B2 untuk penunggang Grab.

“Saya tidak pasti jika ia (lesen GDL B2) masih ditawarkan atau tidak. Lesen F dan G pula merupakan sub-kelas lesen H dan I manakala lesen konduktor bas sudah lapuk,” ujarnya.

Biarpun sudah banyak lesen memandu yang dimilikinya, jiwa seorang peminat kenderaan tidak terhenti di situ. Leong berhasrat menambah koleksinya dengan mengambil lesen mengendali kren menara, kren roda lipan, kren pengangkat, treler kereta api darat (B-double) dan helikopter.

https://www.facebook.com/keenwai/posts/pfbid032pFQwtzZVWLD5Mp8jGPN4sLwLvaJX4WH1Z7K6vGkhmLfDdYcbjN8PR2eC5UkCRdHl

BACA: Wanita Bertuah Dapat Kayu Dram Di Konsert Green Day

BACA:  Hasil Jualan Hampir RM60k, Lelaki Kongsi Rahsia Untung Tanam Cili

BACA: Tak Kekok Alunkan OST Winter Sonata, Rupanya Baru Setahun Belajar Piano

Sumber: Leong Keen Wai

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.