FESTIRA 2025 Lebih Meriah, Sasar Pengunjung Serata Negeri Sempena Tahun Melawat Selangor 2025
SHAH ALAM, 27 Februari 2025 — Festival Ramadan Selangor (FESTIRA 2025) edisi ke sebelas kekal menjadi pilinan rakyat negeri Selangor sebagai lokasi beli-belah yang wajib dikunjungi setiap kali menjelang Ramadan dan sambutan Aidilfitri. FESTIRA merupakan cetusan inspirasi yang diilhamkan sendiri oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Bin Shari. FESTIRA direka khusus bagi menyokong agenda kerajaan negeri dalam usaha membantu pengusaha tempatan seria usahawan kecil dan sederhana.
Menyasarkan kehadiran tiga juta pengunjung, lokasi FESTIRA 2025 masih dikekalkan di pusat beli belah ikonik Kompleks PKNS Shah Alam, SACC Mall, Kompleks PKNS Bangi serta Plaza Alam Sentral. Namun tahun ini turutmenyaksikan FESTIRA dianjurkan di satu lagi lokasi baharu iaitu di Galeria SA Sentral yang terletak di Seksyen 14, Shah Alam.
FESTIRA 2025 anjuran Kumpulan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menerusi anak syarikatnya PKNS Real Estate Sdn Bhd (PREC) ini turut mendapat sokongan daripada pihak Tourism Selangor. Jalinan kerjasama strategik ini dilihat dapat menyemarakkan lagi Tahun Melawat Selangor 2025 (TMS 2025) dalam memperkukuh kedudukan aset-aset Kumpulan PKNS sebagai destinasi pelancongan utama di negeri Selangor.
Selaras dengan TMS 2025, kerjasama dengan pihak TourismSelangor dilihat langkah tepat yang dapat membantu menarik kehadiran lebih ramai pengunjung ke festival Ramadannombor satu di negeri Selangor ini dan secara tidak langsung dapat memacu pertumbuhan ekonomi.
Selain itu, FESTIRA pada tahun ini turut menyaksikan kolaborasi buat pertama kalinya dengan beberapa badan dan agensi kerajaan negeri dan korporat seperti Lembaga Zakat Selangor (LZS), Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) dan Bateriku.Com.
Jalinan kerjasama strategik ini yang memberikan fokus kepada pengisian aktiviti sepanjang FESTIRA 2025 berlangsung adalah bertujuan untuk menjadikan festivalikonik ini lebih dekat dengan semua golongan masyarakat. Pengisian aktiviti yang telah dirangka adalah aktiviti kerohanian yang akan dikendalikan oleh LZS yang bertepatan dengan bulan Ramadan.
Pihak PPAS pula akan mengendalikan pengisian interaktifyang memfokuskan kepada elemen pendidikan. Pihak Bateriku.com pula akan mengadakan aktiviti kesedaran keselamatan kenderaan dan pemeriksaan kereta percumasebelum pulang ke kampung. Selain itu, FESTIRA 2025 turut mendapat kerjasama daripada Koperasi PKNS Berhad dan Indigital Music.
FESTIRA sentiasa menjadi destinasi pilinan pelanggan untuk membeli belah disebabkan kesemua barangan keperluan bagi sambutan Ramadan dan Aidilfitri ada tersedia dijual di bawah satu bumbung. Ini sekaligus memudahkan urusan pencarian barangan. Pada tahun ini terdapat lebih 1,000 usahawan yang menjual pelbagai jenis barangan keperluan sepertikelengkapan raya lelaki, wanita dan kanak-kanak, pelbagai aksesori, aneka kuih raya, barangan perhiasan dan kelengkapan rumah, makanan dan minuman serta banyak lagi.
Berkonsepkan Cahaya Neon Raya, tahun ini menampilkan kelainan dari segi konsep dekorasi dan hiasan bagi keempat-empat pusat beli belah. Setiap pusat beli-belah akan dihiasi dengan hiasan lampu neon aneka warna yang akan memberikan pengunjung merasai suasana santai berlatarkan tema moden.
Pengunjung FESTIRA 2025 turut berpeluang untuk memenangi sebuah motosikal elektrik dan pelbagai hadiah menarik lain sempena kempen Belanja, Imbas dan Menang Cabutan Bertuah FESTIRA 2025. Pelanggan dengan hanya berbelanja minima RM300.00 (dalam satu resit atau gabunganresit) di SACC Mall atau Kompleks PKNS Shah Alam, imbas kod QR penyertaan, muat turun dan hantar penyertaan berserta resit pembelian. Pelanggan juga perlu daftar pengguna melalui aplikasi PLNS Loyalti+ kemudian imbas kod QR untuk “check-in”. Pemenang akan diumumkan di dalam aplikasi PKNS Loyaltit+ dan laman media sosial rasmi PKNS Real Estate.
FESTIRA 2025 turut menyediakan lebih banyak tempat jualanmakanan dan minuman bagi memudahkan para pengunjung untuk berbuka puasa. Selain daripada puluhan premis makanan dan minuman sedia ada di dalam premis pusat beli belah, pengunjung juga boleh membeli pelbagai juadah enakberbuka puasa di bazar Ramadan di Kompleks PKNS Shah Alam yang menempatkan lebih 130 gerai.
Pada setiap hujung minggu, para pengunjung FESTIRA 2025 turut akan dihiburkan dengan pelbagai aktiviti dan persembahan pentas menarik antaranya adalah persembahan daripada artis tempatan seperti Najwa Latif, Ameliya, Elyana, Mark Adam, Azzam Sham, Nomad, Syura, Naufal Adzrin, Ani Mayuni, Ronnie Hussin, Bienda, Aweera, Syarifah Zarina, Dafi, Zehra Zambri, Ezlynn, Haiza, Aman Aziz, Najmi Niery dan ramai lagi. Pengunjung juga akan dihiburkan oleh persembahan dari kumpulan nasyid tempatan sepertiKumpulan Rabithah, Afad Raihan, Ayedan, Kumpulan Mestica dan Bazli UNIC.
Seperti tahun-tahun sebelum ini, FESTIRA terus mengangkat bakat dan menjadi platform kepada anak seni seperti kumpulan busker untuk menunjukkan bakat dan mempersembahkan karya mereka kepada orang ramai. Acara tradisi FESTIRA yang lain seperti kaunter zakat dan wakaf,penyediaan ruang solat yang selesa, bersih dan luas serta solat tarawih berjemaah masih dikekalkan.
FESTIRA 2025 dengan tema Tradisi Ramadan Meriah Lebaran berlangsung selama 48 hari bermula 11 Februari 2025 (Pra Ramadan) sehingga 30Mac 2025 di Kompleks PKNS Shah Alam, Kompleks PKNS Bangi, SACC Mall Shah Alam, Plaza Alam Sentral Shah Alam dan Galeria SA Sentral.