Oldtown Melancarkan Kopi Putih Baharu Berperisa Kelapa
PETALING JAYA, 27 FEBRUARI 2025 – OLDTOWN, jenama ikonik di sebalik kopi putih kegemaran rakyat Malaysia, dengan bangganya memperkenalkan produk terbaharu: OLDTOWN White Coffee Perisa Kelapa. Dihasilkan dengan santan kelapa sebenar, produk ini menambahkan lagi keunikan kopi putih OLDTOWN dengan sentuhan kelapa yang menyegarkan, memberikan kenikmatan kopi yang unik dan lazat. Setiap cawan menawarkan rasa yang lembut dan berkrim dengan keenakan tropika yang mengasyikkan.
“Kami teruja untuk memperkenalkan OLDTOWN White Coffee Perisa Kelapa, sejajar dengan permintaan yang semakin meningkat untuk perisa unik di pasaran,” OLDTOWN sentiasa memilih perisa terkini yang popular untuk dipadankan dengan kopi putih istimewanya, di samping mencipta pengalaman baharu yang menarik bagi pencinta kopi Asia” jelas Fiona Tan, Pengurus Besar JDE Malaysia, pemilik jenama OLDTOWN.
OLDTOWN White Coffee Perisa Kelapa kini boleh didapati di pasar raya utama di seluruh Malaysia. Pengguna juga boleh membelinya secara dalam talian melalui Kedai Rasmi OLDTOWN di Shopee dan Lazada. Sempena pelancaran ini, OLDTOWN akan memberikan Pek Percubaan OLDTOWN White Coffee Perisa Kelapa secara percuma dengan setiap pembelian produk OLDTOWN (15s/13s/18s) di kedai terpilih dan platform dalam talian, selagi stok masih ada.
Beberapa pengguna terpilih juga berpeluang mencuba varian kelapa baharu ini semasa acara kemuncak peraduan “Buy OLDTOWN, Get ONG Now”. Acara yang berlangsung di OLDTOWN Jaya One ini bertujuan untuk meraikan dan menghargai peminat kopi putih OLDTOWN. Kemuncak majlis ini menyaksikan lapan pemenang utama membawa pulang hadiah tunai RM8,888 setiap seorang. Secara keseluruhan, OLDTOWN telah menganugerahkan hadiah bernilai lebih RM88,888. “Kami amat berbesar hati kerana dapat menganjurkan acara ini sebagai tanda penghargaan kepada para pengguna setia kami. Acara ini menekankan komitmen OLDTOWN untuk terus menghargai pelanggan sambil meraikan warisan jenama ini sempena musim perayaan Tahun Baharu Cina,” tambah Fiona Tan.