Siakap Keli
meninggal rentas desa
Kredit: Astro Awani

Pelajar Tingkatan 5 Meninggal Dunia Selepas Tamatkan Larian Rentas Desa

Pelajar Tingkatan 5 Meninggal Dunia Selepas Tamatkan Larian Rentas Desa

Seorang pelajar lelaki Tingkatan Lima di sebuah sekolah di Sungai Petani, Kedah rebah selepas menamatkan larian merentas desa dan disahkan meninggal dunia, lapor Astro Awani.

Mangsa, Muhammad Haziq Uzayr Hairuddin, dilaporkan telah melepasi garisan penamat untuk menamatkan larian sejauh enam kilometer sebelum rebah dan tidak sedarkan diri sekitar jam 10.45 pagi.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail, mangsa merupakan seorang pelajar yang aktif bersukan.

“Sebaik tiba di garisan penamat di padang sekolah, pelajar terbabit yang dikenali sebagai seorang yang aktif bersukan tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri.

“Guru bertugas bersama pelajar yang merupakan ahli Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) kemudian telah membawa pelajar itu ke khemah dan memberikan bantuan pertolongan cemas.

“Namun pelajar itu tidak memberikan sebarang tindak balas,” maklum beliau.

Sehubungan dengan itu, ambulan Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) telah dihubungi guru namun mangsa disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

“Hasil siasatan polis dengan bapa mangsa mendapati anaknya itu sihat dan tidak menghidap sebarang penyakit dan merupakan pelajar aktif bersukan.

“Semakan pihak kita juga mendapati bapa mangsa memberi kebenaran bertulis membenarkan anaknya menyertai acara sukan tersebut,” tambah beliau.

Katanya lagi, pemeriksaan awal mendapati tiada sebarang unsur jenayah atau khianat. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

BACA: Gene Hackman Dan Isteri Ditemui Meninggal Dunia

BACA: Awalnya Minat Pandu Ambulan, Doktor Kini Miliki 10 Lesen Memandu

Sumber: Astro Awani

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: