Siakap Keli
syarikat pengendali umrah 
Sumber : BERNAMA

Pengkuatkuasaan Terhadap Syarikat Pengendali Umrah 

Pengkuatkuasaan Terhadap Syarikat Pengendali Umrah 

PUTRAJAYA, 26 Februari 2025 – Berikutan laporan yang tersebar di media sosial berkenaan pembatalan penerbangan oleh sebuah syarikat  pengendali umrah yang melibatkan lebih 300 orang jemaah umrah pada  14 Januari 2025, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC)  telah menjalankan pemeriksaan ke atas premisnya pada hari yang sama  bagi tujuan siasatan. 

Setakat ini, MOTAC telah menerima lapan (8) aduan dengan jumlah kerugian keseluruhan sebanyak RM180,116.00 terhadap syarikat  pengendali umrah yang berkenaan. 

Hasil siasatan awal mendapati syarikat pengendali umrah yang berkenaan telah melakukan pelanggaran terhadap Akta Industri Pelancongan 1992  [Akta 482] dan MOTAC telah mengambil tindakan segera dengan  menggantung lesen syarikat tersebut. 

Dalam tempoh penggantungan lesen ini, syarikat telah dinasihatkan untuk menyelesaikan semua perjalanan yang telah ditempah / dibayar dan tidak membuat sebarang urus niaga baharu termasuk tidak membuat  pengiklanan jualan pakej dan serta-merta memulangkan semula bayaran serta apa-apa dokumen milik jemaah umrah yang telah diambil  daripada jemaah yang memilih untuk membatalkan tempahan. Siasatan lanjut masih diteruskan di bawah Akta 482 berhubung perubahan material dalam pakej umrah yang ditawarkan. 

Rekod terdahulu menunjukkan bahawa syarikat telah dikompaun sebanyak dua (2) kali. MOTAC komited untuk melindungi kepentingan rakyat dan memastikan industri pelancongan yang berlesen terus beroperasi dengan  integriti. Agensi pelancongan diingatkan untuk menjalankan perniagaan dengan penuh tanggungjawab dan mematuhi semua peraturan yang  ditetapkan. MOTAC tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan 

tegas kepada mereka yang melanggar peraturan dan menyebabkan kerugian kepada pelanggan. 

Sekiranya orang awam mempunyai sebarang aduan atau maklumat berkaitan penipuan oleh agensi pelancongan, boleh melaporkan kepada MOTAC melalui saluran: 

  • Sistem Pengurusan Aduan Awam  

(SISPAA): https://motac.spab.gov.my/ 

Nurul Naqiyah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.