Siakap Keli
murid gaza ke sekolah
Gambar: TikTok @aljazeeraenglish

Suasana Murid-Murid Gaza Kembali Ke Sekolah Buat Ramai Sebak

Suasana Murid-Murid Gaza Kembali Ke Sekolah Buat Ramai Sebak

Seperti yang diketahui, musim persekolahan bagi sesi 2025 telah membuka tirainya.

Sudah tentu pelbagai ragam dan karenah murid-murid ke sekolah dapat disaksikan khususnya buat mereka yang pertama kali menjejakkan kaki ke alam persekolahan.

Ada yang menangis teresak-esak tidak mahu ditinggalkan oleh ibu bapa ketika dihantar ke kelas, malah ada yang bersemangat untuk berjumpa dengan rakan baharu.

Namun berbeza pula keadaan anak-anak di bumi Gaza yang turut kembali ke sekolah.

Menerusi klip yang dikongsikan portal antarabangsa Al Jazeera English di TikTok, memaparkan murid-murid di sana turut gembira menjejakkan kaki semula sekolah buat kali pertama setelah lokasi itu menjadi medan perang sejak Oktober 2023.

Seperti di Malaysia, semua pelajar di sana akan berkumpul  (seperti perhimpunan) di hadapan kelas terlebih dahulu sebelum menjalani pembelajaran seperti biasa.

Umpama belajar di tengah medan peperangan

Gambar: TikTok @aljazeeraenglish

Apa yang meruntun jiwa, jelas terpampang senyuman penuh ceria di raut wajah anak-anak murid itu untuk berjihad di jalan Allah meskipun suasana kelas dipenuhi kesan-kesan peperangan serta kekurangan pelbagai fasiliti.

Bahkan kebanyakan pelajar terpaksa belajar dalam keadaan duduk kerana tidak mempunyai meja dan kerusi yang lengkap.

“Selepas lebih setahun setengah, kami akhirnya dapat kembali ke sekolah. Ia satu perasaan yang tidak dapat diungkapkan, seperti tiada yang apa-apa yang telah berlaku (perang).

“Tetapi, saya tak dapat menipu bahawa keseronokan ini serba kurang kerana sekolah tidak berada dalam keadaan yang sepatutnya,” ujar salah seorang murid.

Sejak 7 Oktober 2023, hampir 46,900 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak terbunuh manakala lebih 110,600 lagi cedera akibat perang.

Namun, selepas lebih 15 bulan peperangan itu berlanjutan, Qatar mengumumkan perjanjian gencatan senjata tiga fasa sebagai usaha menamatkan perang itu.

Pada 19 Januari 2025, penduduk Gaza dibenarkan pulang ke kampung halaman selepas persetujuan gencatan senjata antara Israel dan Hamas.

@aljazeeraenglish

Students in #Gaza have gone back to school. Many are learning in classrooms scarred by damage inflicted on their schools during the war. #news

♬ original sound – Al Jazeera English – Al Jazeera English

Sumber: TikTok @Aljazeeraenglish

BACA: Arab Saudi Larang Siaran Langsung, Rakaman Di Dalam Masjid Sepanjang Ramadan

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.