Siakap Keli
Engkau Datang Membawa Cahaya - Pelancaran Ekskusif Koleksi Ramadan Raya Munawwareen 2025 'Safaa & Warna'
Gambar Hiasan

Engkau Datang Membawa Cahaya – Pelancaran Eksklusif Koleksi Ramadan Raya Munawwareen 2025 ‘Safaa & Warna’

Engkau Datang Membawa Cahaya – Pelancaran Eksklusif Koleksi Ramadan Raya Munawwareen 2025 ‘Safaa & Warna’

Kuala Lumpur, 28 Februari 2025 – Mengangkat tema ‘Safaa dan Warna’ mengindahkan lagi konsep Ramadan Raya Munawwareen bagi tahun 2025 dengan memperkenalkan koleksi terbaru yang menggabungkan sentuhan ‘middle east’ bertemu klasik dengan rekaan kontemporari yang moden dan ‘tak lapuk dek zaman’.

Safaa membawa maksud “kesucian” atau “ketenangan” yang berkait rapat dengan bulan Ramadan. Konsep kesucian, yang diwakili oleh perkataan Safaa, sesuai sebagai penegasan buat umat Islam dalam usaha membersihkan diri secara rohani. Warna pula sinonim dengan kepelbagaian tema semasa Aidilfitri, bukan sekadar untuk bergaya, tetapi membawa makna yang lebih mendalam berkaitan dengan kegembiraan, kerohanian, identiti budaya, dan perayaan. Tidak salah jika tidak sedondon, kerana yang diraikan bukanlah harta dunia semata, tetapi masa bersama keluarga!

Koleksi Safaa & Warna  Keunikan dalam Setiap Seleksi

Koleksi Safaa & Warna dilancarkan secara berperingkat, bermula dengan ‘Chapter 1’, diikuti dengan ‘Chapter 2’ dan diakhiri dengan ‘Chapter 3’. Koleksi raya ‘Chapter 1’ mempunyai 9 kreasi yang menampilkan pelbagai pilihan warna Abaya yang direka khas dari fabrik dan manik jahitan yang berkualiti tinggi dengan potongan yang longgar. Koleksi ini sudah dilancarkan pada 20 Januari lalu di Butik Munawwareen, Putrajaya dan di platform laman sesawang www.munawwareen.com.

Ceritera Safaa & Warna ‘Chapter 2’ pula, memperkenalkan 14 koleksi Abaya termasuk Baju Kurung Klasik yang membuat kemunculan buat julung kalinya. 2 corak bunga sulam yang berbeza mengimbau kenangan Baju Kurung yang menjadi pakaian harian di kampung halaman, walau panas membahang tetap manis tersenyum riang. Koleksi ini menampilkan pelbagai warna pastel dan warna lebih berani yang elegan serta corak minimalis yang dapat menyerlahkan keanggunan dalam setiap langkah. Koleksi ini adalah koleksi utama yang dipertontonkan eksklusif pada hari ini.

Penutup Koleksi Raya – Chapter 3

Jatuhnya 28 Februari 2025 pada hari ini menjadi simbolik penutup Chapter 3, kerana sebanyak 28 koleksi bakal dilancarkan pada 7 Mac nanti. Keistimewaan Abaya Munawwareen mengutamakan kesederhanaan namun tetap dalam gaya, sesuai untuk individu yang mencari Abaya yang elegan dan mudah dipakai. Kain ringan dan berkualiti tinggi memberi keselesaan sepanjang hari. Jahitan tangan pada manik, sulaman, atau kristal menambahkan lagi sentuhan mewah. Sesuai untuk acara formal atau majlis istimewa, koleksi ini memancarkan keanggunan yang tiada tandingan.

Ikon Munawwareen 2025  Ustazah Datuk Dr. Norhafizah Musa

Lebih istimewa, pada tahun ini Munawwareen turut memperkenalkan ikon terbaru, Ustazah Datuk Dr. Norhafizah Musa, seorang tokoh ilmuan yang dikenali dengan kelembutan, kebijaksanaan, dan ketokohan beliau dalam membimbing ummah.

Menurut Pengarah Urusan Munawwareen, Datuk Hajah Aliza Binti Abu Bakar, “Kami amat berbesar hati untuk berkolaborasi dengan Ustazah Datuk Dr. Norhafizah Musa, yang bukan sahaja dikenali sebagai pendakwah tetapi juga ikon wanita Muslimah yang berintegriti. Beliau melambangkan nilai-nilai yang sejajar dengan jenama kami iaitu kesederhanaan, keanggunan, dan keindahan dalam kepatuhan kepada agama. Saya percaya pakaian bukan sekadar penampilan, tetapi cerminan identiti dan keperibadian.”

Sokongan Selebriti & Pempengaruh Media Sosial

Majlis pelancaran eksklusif koleksi ini turut dimeriahkan dengan kehadiran selebriti terkenal seperti Datin Anne, Niena Baharun, Syaza Bae, Maria Tunku Sabri, Fiza Sabjahan dan ramai lagi. Kehadiran pempengaruh media sosial juga memberi impak besar kepada penyebaran keistimewaan koleksi ini, menarik perhatian lebih ramai pencinta fesyen Muslimah dari pelbagai lapisan masyarakat sekaligus mengukuhkan kedudukan jenama ini dalam industri fesyen Muslimah. Setiap helaian direka khas untuk menyerlahkan kecantikan dan keanggunan wanita Muslimah tanpa berkompromi dengan nilai kesopanan.

Munawwareen percaya bahawa fesyen adalah satu bentuk ekspresi, dan setiap koleksi yang kami hasilkan bertujuan untuk meraikan kecantikan dalam kepelbagaian budaya di Malaysia. Dengan pilihan yang lengkap, kami berharap koleksi ini dapat memberikan pengalaman raya yang lebih bermakna dan bergaya kepada setiap pelanggan istimewa kami.

Siti Sakinah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.