Siakap Keli
felda kedudukan kewangan
Sumber : BERNAMA

FELDA Komited Perkukuh Kedudukan Kewangan

FELDA Komited Perkukuh Kedudukan Kewangan

Kuala Lumpur, 27 Februari 2025 – FELDA mengalu-ngalukan kenyataan Ketua Audit  Negara berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara 1/2025 dalam Penyata Kewangan Agensi Persekutuan Tahun 2023, yang memaklumkan bahawa prestasi kewangan dua (2) Syarikat Subsidiari FELDA mengalami kerugian sebanyak RM165 juta. Kenyataan yang dirujuk adalah kepada syarikat subsidiari dan bukannya FELDA. 

Antara faktor kerugian adalah disebabkan oleh pembayaran faedah RM136 juta  kepada GOVCO Holdings Berhad dan juga penjejasan nilai pelaburan dalam Syarikat Bersekutu akibat penurunan harga pelaburan saham pada tahun 2023 sebanyak RM25 juta berbanding RM38 juta pada tahun sebelumnya. Dalam laporan yang sama, sebanyak sembilan (9) lagi Syarikat Subsidiari FELDA merekodkan keuntungan. 

FELDA terus komited untuk memastikan kedudukan kewangan yang kukuh dan mampan dengan mengambil langkah-langkah strategik bagi meningkatkan  kecekapan pengurusan serta mengurangkan risiko kewangan. Selain itu, FELDA akan terus mengukuhkan kawalan kewangan dan memperbaiki prestasi anak-anak syarikat  bagi memastikan kestabilan, berdaya tahan dan berada di landasan yang betul. 

Nurul Naqiyah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.