Siakap Keli
Sumber : BERNAMA

Kenakan Penalti Terhadap 8 Perusahaan Terlibat Kartel Tipuan Bida

Kenakan Penalti Terhadap 8 Perusahaan Terlibat Kartel Tipuan Bida

KUALA LUMPUR, 28 FEBRUARI 2025 – Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC), sebuah  agensi di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN),  telah mengeluarkan Keputusan Pelanggaran terhadap lapan (8) perusahaan semalam iaitu pada 27 Februari 2025 kerana melanggar Seksyen 4 Akta Persaingan 2010 (Akta 712)  dengan terlibat dalam kartel tipuan bida yang melibatkan dua (2) tender yang dikeluarkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR), iaitu CENTRAL SPINE ROAD; Pakej 3: Gua Musang Kelantan ke Kg Relong, Kuala Lipis Pahang Seksyen 3B dan 3C KM 180.5 FT08 ke Bulatan Gua Musang (TENDER CSR: 3B & 3C) dan CENTRAL SPINE ROAD; Pakej 3: Gua Musang Kelantan ke Kg Relong, Kuala Lipis Pahang Seksyen 3J Kampung Seberang Jelai ke Kg  Relong (TENDER CSR: 3J) dan satu (1) tender di bawah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) iaitu Rancangan Tebatan Banjir Sungai Buloh, Selangor Darul Ehsan (TENDER RTB:  SG BULOH) yang dianggarkan bernilai sekitar RM474 juta pada tahun 2019.  

Perusahaan yang terlibat dalam pelanggaran ini adalah seperti berikut:

kartel tipuan bida

kartel tipuan bida

Garis Masa Penyiasatan, Representasi dan Keputusan 

MyCC telah memulakan penyiasatan rasmi susulan aduan mengenai tipuan bida dalam  tender CSR: 3B & 3C dan CSR: 3J. Semasa penyiasatan terhadap kedua-dua tender ini,  MyCC mendapati perusahaan yang sama juga terlibat dalam tipuan bida bagi tender RTB:  SG BULOH. Dalam hal ini, MyCC telah menjalankan serbuan, mengumpul maklumat dan  menjalankan analisis mendalam terhadap bukti-bukti yang berkaitan.

Pada 22 April 2024,  MyCC telah mengeluarkan Keputusan Cadangan terhadap 8 perusahaan yang terlibat dan  menerima representasi mereka. Setelah meneliti semua representasi yang dikemukakan,  MyCC telah mengeluarkan Keputusan Pelanggaran terhadap semua 8 perusahaan tersebut  pada 27 Februari 2025. 

Tingkah Laku Kartel oleh Perusahaan Terlibat 

Melalui penyiasatan yang dijalankan, MyCC mendapati bahawa modus operandi kumpulan  kartel ini didalangi oleh Mangkubumi Sdn. Bhd. (Mangkubumi) dan operasi dijalankan secara  berpusat di Pintas Utama Sdn. Bhd. (Pintas Utama). Malah, semasa serbuan dilakukan oleh  MyCC, hampir semua bukti utama ditemui di premis Pintas Utama. 

Penyiasatan mendapati bahawa percaturan untuk membida tender dilakukan melalui  perkongsian maklumat melalui emel, mesyuarat dan penyediaan dokumen tender secara  fizikal di premis Pintas Utama. Modus operandi ini digunakan oleh kumpulan kartel tersebut  yang melibatkan ketiga-tiga projek. 

MyCC juga mendapati bahawa selepas IDX Multi Resources Sdn. Bhd. (IDX Multi  Resources) dianugerahkan projek Tender CSR: 3B & 3C, manakala Menang Idaman dianugerahkan projek Tender CSR: 3J, kedua-duanya telah subkontrak kedua-dua tender itu 

kepada Mangkubumi. Berdasarkan percaturan ini, Mangkubumi bertindak sebagai kontraktor  utama bagi pihak IDX Multi Resources dan Menang Idaman yang seterusnya telah  subkontrak tender tersebut kepada sebuah lagi perusahaan iaitu YCH Sdn. Bhd. (YCH). Namun, bagi Tender RTB: SG BULOH, MyCC mendapati bahawa IDX Multi Resources,  setelah dianugerahkan tender tersebut, telah subkontrak projek tersebut terus kepada YCH. 

Penalti Kewangan 

Akta 712 membenarkan MyCC untuk mengenakan penalti kewangan tidak melebihi 10%  pusing ganti seluruh dunia perusahaan yang terlibat. Berdasarkan pengiraan yang dibuat  oleh MyCC, dengan mengambil kira faktor pemberatan dan mitigasi, (aggravating and  mitigating factor) perusahaan-perusahaan yang terlibat telah dikenakan penalti kewangan  sebanyak RM92,876,078.90 seperti yang dinyatakan di bawah:

kartel tipuan bida

JUMLAH BESAR RM 92,876,078.90 

Dalam ucapan Belanjawan 2025 yang dibentangkan di Parlimen pada 18 Oktober 2024,  kerajaan telah mengumumkan peruntukan tambahan kepada MyCC yang menjadikan bajet  MyCC sebanyak RM27 juta dengan objektif memperkasakan MyCC dalam membanteras  kartel di Malaysia. Selaras dengan mandat ini dan semangat Malaysia MADANI, MyCC  bertekad untuk terus menghapuskan amalan kartel, khususnya tipuan bida yang merosakkan  integriti perolehan awam.

“Tipuan bida mengganggu proses perolehan lantas meningkatkan kos yang akhirnya  membebankan rakyat dan juga kerajaan. Oleh itu, selain keputusan yang diumumkan hari  ini, MyCC sedang giat menyiasat 13 kartel tipuan bida yang melibatkan 561 perusahaan  berkaitan tender bernilai RM2.37 bilion. Pada masa yang sama, MyCC juga sedang menilai  aduan yang membabitkan 463 perusahaan dalam tender bernilai RM9.27 bilion,” kata Ketua  Pegawai Eksekutif MyCC, Iskandar Ismail. 

“Kartel merupakan kejahatan tertinggi di mata perundangan persaingan. Dalam usaha  membanteras kartel tipuan bida ini, MyCC memuji dan menghargai kerjasama serta  komitmen Kementerian Kewangan (MOF) dan Kementerian Kerja Raya (KKR) dalam berdiri  teguh bersama kami menentang kegiatan yang tidak bertanggungjawab ini. Kami menyeru  kementerian dan agensi lain untuk mencontohi langkah ini. Sekiranya mereka mengesyaki terdapat elemen tipuan bida dalam proses tender mereka, kami menyeru agar mereka tampil  ke hadapan dan bekerjasama dengan kami,” tambah Iskandar lagi.

Nurul Naqiyah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.