Pemimpin Tidur Global Anjur Pameran Pendidikan Hari Tidur Sedunia AmLife Menarik Lebih 1,000 Rakyat Malaysia
Kuala Lumpur, 1 Mac 2025 – Sempena Hari Tidur Sedunia 2025 bertema “Menjadikan Tidur Satu Keutamaan”. AmLife International, pemimpin dalam kesihatan dan kesejahteraan tidur telah berjaya menganjurkan pameran pendidikan awam tahunan ke-10 yang menarik lebih 1,000 peserta untuk mempelajari tentang kesihatan tidur bagi memerangi kelaziman gangguan tidur yang semakin meningkat di Malaysia.
Para pemimpin kesihatan tidur dan pakar dari seluruh dunia termasuk Persatuan Tidur Sedunia (Amerika Syarikat), Persatuan Penjagaan Tidur Taiwan dan Pusat Pakar Universiti Malaya telah merasmikan dan bekerjasama dalam inisiatif ini , yang menganjurkan pameran pendidikan tidur secara meluas di Malaysia, Indonesia, Hong Kong, Singapura, dan Taiwan.
Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2023 oleh Kementerian Kesihatan, mendapati bahawa dua daripada lima dewasa Malaysia, atau 38% daripada penduduk tidak mendapat tidur yang secukupnya setiap hari. Seramai 9 daripada 10 rakyat Malaysia mengalami satu atau lebih jenis gangguan tidur yang menjejaskan tahap kesihatan dan kesejahteraan.
En. Lew Mun Yee, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AmLife International, menekankan dedikasi jenama AmLife kepada kesejahteraan tidur. “2025 menandakan tahun ke-10 berturut-turut AmLife menganjurkan Hari Tidur Sedunia. Tahun ini, kami mempersembahkan pameran kesihatan tidur awam eksklusif buat kali pertama – yang bertujuan menggalakkan amalan tidur berkualiti demi kehidupan lebih sihat menerusi pakatan dan kerjasama masyarakat. Beberapa syarikat dan sekutu kesihatan telah mempamerkan teknologi, produk dan penyelesaian tidur dan menganjurkan aktiviti interaktif, dan turut menyediakan khidmat perunding untuk memberi tunjuk ajar dan membantu rakyat Malaysia mencari penyelesaian khusus dan mengamalkan tabiat tidur yang lebih sihat.”
Selama sedekad, AmLife telah menerajui usaha meningkatkan kesihatan tidur di Malaysia. Memandangkan semakin ramai rakyat Malaysia mengalami gangguan tidur, kami berusaha memberikan pendidikan awam dan menyediakan penyelesaian klinikal kepada komuniti. Pameran ini merupakan satu mercu jaya dalam perjalanan kami untuk membantu rakyat Malaysia menikmati tidur yang memulihkan kesihatan dan kesejahteraan mereka, sambil menekankan bahawa tidur bukan sahaja satu bentuk rehat, tetapi menjadi asas kepada kesihatan yang baik.
Di acara tersebut, Dr. Eyad Almasri, MD, Profesor Klinikal, Persatuan Tidur Sedunia (Amerika Syarikat), berkongsi maklumat tentang bahaya kekurangan tidur, sambil memaparkan hubung kaitnya dengan penyakit kardiovaskular, demensia dan kemurungan. Obstruktif Sleep Apnea (OSA) telah dikaitkan dengan pelbagai komplikasi kardiovaskular, termasuk hipertensi, penyakit arteri koronari, strok, dan lain-lain.
Beliau menambah bahawa kajian mendapati demensia ialah penyakit umum yang meningkat seiring peningkatan usia dan lebih kerap dialami oleh wanita berbanding lelaki. Penemuan saintifik pada dekad yang lepas telah mengenal pasti beta-amiloid, sejenis protein sisa yang terkumpul dalam otak, sebagai faktor penting dalam demensia. Otak mempunyai sistem pembersihan, seperti sistem limfa, yang menyingkirkan beta-amiloid, terutamanya semasa tidur. Kekurangan tidur menyebabkan pengumpulan protein ini, yang berkait rapat dengan demensia.
Beliau menyatakan bahawa kebersihan tidur yang baik, jadual tidur yang tetap dan persekitaran tidur yang selesa, sebagai faktor utama yang menggalakkan tidur yang nyenyak. “Kekurangan tidur berkualiti meningkatkan risiko penyakit kronik dan boleh mengurangkan jangka hayat” kata Dr Eyad.
Dr Julius Goh, Pakar Bedah Kepala & Leher daripada Pusat Pakar Universiti Malaya (UMSC) menerangkan bahawa Apnea Tidur Obstruktif (OSA) menjejaskan kualiti tidur dan meningkatkan risiko obesiti dan diabetes. “Kajian klinikal mendapati bahawa OSA boleh menjejaskan keseimbangan hormon, menambah rasa lapar dan memperlahankan metabolisme, meningkatkan kebarangkalian kenaikan berat badan. Di samping itu, OSA boleh mencetus rintangan insulin, meningkatkan risiko diabetes Jenis 2” ujar Dr Julius.
Sementara itu di acara tersebut, AmLife berkongsi ujian klinikal terbaharu yang dijalankan oleh dua hospital terkemuka di Taiwan – Hospital Universiti Perubatan China dan Hospital Besar Kuang Tien. Kajian mendapati bahawa peranti terapi tidur pintar AmLife berkesan untuk meningkatkan suhu teras badan pada individu yang mengalami hipotermia dan dapat memulihkan simptom hipotermia dengan selamat dan berkesan. Selain itu, kajian lain juga menunjukkan bahawa Terapi Elektrik Potensi boleh membantu meningkatkan kualiti tidur.
DJ radio dan usahawan terkenal En. Chan Fong yang hadir di acara tersebut sebagai duta Hari Tidur Sedunia berkata, “Tidur memberikan kesan ketara terhadap prestasi dan kecergasan harian saya. Saya memuji usaha berterusan AmLife untuk meningkatkan kesedaran dan menggalakkan perbincangan tentang kesihatan tidur di seluruh negara. Sudah tiba masanya kita menitikberatkan kepentingan tidur.”
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.amlife.com.my.