Siakap Keli
puding kastard jagung
Kredit: Mami Marsya Ummu Aisyah

Ini Resipi Puding Kastard Jagung, Manisan Wajib Ketika Ramadan

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Ini Resipi Puding Kastard Jagung, Manisan Wajib Ketika Ramadan

Sebagai umat Islam, hadirnya bulan Ramadan semestinya disambut dengan penuh kesyukuran kerana diberi kesempatan lagi untuk menambah amal ibadah. Ada yang berpeluang menjalani ibadah puasa di Tanah Suci, sekaligus merasai suasana berbuka puasa di sana.

Namun, tidak dapat dinafikan, tidak lengkap rasanya puasa di siang hari apabila berbuka tanpa keluarga, martabak dan pencuci mulut. Selepas lebih 12 jam menahan lapar dan dahaga, pastinya tekak menginginkan sesuatu yang manis sebagai juadah berbuka.

Antara pencuci mulut yang sering ditemui dan boleh dikatakan popular ketika bulan puasa sahaja tentunya agar-agar, puding dan dadih. Dalam beraneka jenis yang ada, puding jagung antara pemanis yang tidak lapuk ditelan zaman walaupun kini hanya boleh didapati ketika bulan Ramadan.

Biarpun sebenarnya puding jagung agak mudah disediakan, namun tidak semua tahu cara untuk menghasilkan juadah ini. Jadi kali ini, SK kongsikan resipi paling mudah hasilkan puding jagung. Ikuti perkongsian daripada salah seorang pengguna Facebook, Mami Marsya Ummu Aisyah di bawah.

Resipi puding jagung

Sediakan tiga cawan air,  satu cawan gula pasir dan satu cawan tepung kastard. Anda juga perlukan satu tin susu cair, satu tin krimer jagung dan sedikit garam.

Dengan enam bahan ini sahaja, anda sudah boleh mulakan kerja di dapur. Caranya mudah, lebih mudah dari membuat agar-agar santan pandan. Campurkan kesemua bahan dalam satu periuk. Kemudian, kacau hingga sebati semua bahan tadi.

Letakkan di atas api dan kacau lagi sehingga campuran tersebut menjadi likat. Setelah itu, tutup api dan terus tuangkan ke dalam bekas ketika masih panas. Pesan Mami, campuran mesti dituang ketika panas supaya tidak menjadi ‘menggerutu’ dan tidak rata. Pesan SK, gunakan bekas yang tahan panas dan sesuai.

Sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk, biarkan puding menyejuk terlebih dahulu. Dah siap.

Puding kastard jagung sedia untuk dihidang sebagai juadah berbuka puasa anak-anak.

BACA: Ini Senarai Lokasi Bazar Ramadan Rahmah 2025

Sumber: Mami Marsya Ummu Aisyah

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.