Bank Terbesar Asia Tenggara Bakal Kurangkan 4,000 Tenaga Kerja
Bank terbesar di Asia Tenggara, DBS Group merancang untuk mengurangkan tenaga kerjanya sekitar 4,000 orang dalam tempoh tiga tahun akan datang.
Langkah ini diambil susulan peningkatan penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi bank, yang menggantikan peranan manusia dalam beberapa aspek pekerjaan.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) DBS, Piyush Gupta, berkata keputusan ini akan mengurangkan sekitar 10 peratus daripada jumlah keseluruhan pekerja bank tersebut.
“Berdasarkan unjuran saya, dalam tempoh tiga tahun ke depan, kami akan mengurangkan tenaga kerja sebanyak 4,000 orang atau kira-kira 10 peratus,” kata Gupta dalam satu persidangan di Mumbai, India, seperti yang dipetik oleh Channel News Asia.
AI akan kendalikan jawatan baharu yang akan diwujudkan
Walaupun berlaku pengurangan tenaga kerja, Gupta menjelaskan bahawa sekitar 1,000 jawatan baharu akan diwujudkan dan dikendalikan oleh AI.
“Sepanjang 15 tahun saya sebagai CEO, ini adalah kali pertama saya menghadapi kesukaran dalam mencipta peluang pekerjaan.
“Sebelum ini, saya sentiasa mempunyai pandangan jelas tentang jenis pekerjaan yang boleh diwujudkan, tetapi kali ini, saya tidak pasti bagaimana untuk melakukannya,” katanya.
Menurut kenyataan rasmi DBS, pengurangan tenaga kerja ini akan dilakukan secara berperingkat.
Ia akan melibatkan pengurangan jawatan sementara dan kontrak dalam beberapa tahun akan datang.
Sementara itu, Tan Su Shan dijadualkan mengambil alih jawatan CEO DBS daripada Gupta pada 28 Mac 2025.
Pelantikan ini menjadikannya pemimpin baharu bank terbesar di Asia Tenggara itu.
BACA: 2 Soalan Ini Lebih Penting Berbanding Resume Semasa Interview Kerja – CEO Indeed
BACA: 3 “Cerita Rakyat” Malaysia Yang Disangka Milik Indonesia
BACA: Ini Rupa Jeans “Vintage” Yang Dijual Lebih RM300 Ribu
Sumber: Kompas.com