Siakap Keli
masjid dekat lrt
Kredit: Masjid & Surau Tabung Haji

Gemar Masjid “Hopping”?, Ini 30 Masjid Berdekatan LRT, MRT & Monorel

Gemar Masjid “Hopping”?, Ini 30 Masjid Berdekatan LRT, MRT & Monorel

Sudah menjadi kebiasaan bagi kita untuk lebih banyak mengunjungi masjid dan surau sepanjang bulan Ramadan berbanding bulan-bulan yang lain. Perkara ini bukan sesuatu yang janggal di Malaysia. Kemungkinan besar kerana jadual hidup kita juga turut berubah termasuk waktu pejabat.

Ada antara kita yang kerap singgah di masjid dan surau berikutan urusan kerja yang tamat menghampiri waktu berbuka puasa. Ada juga yang gemar melawat masjid dan surau berbeza bagi mendapatkan pelbagai pengalaman berbuka puasa serta tarawih.

Aktiviti melawat masjid atau lebih popular disebut sebagai masjid “hopping” ini sudah tentu memerlukan seseorang itu mempunyai kenderaan untuk bergerak. Namun disebabkan keadaan lalu lintas kini yang semakin sesak, pasti ramai yang semakin melupakan hasrat mereka bagi tahun ini.

Tahukah anda? Sebenarnya aktiviti masjid “hopping” masih boleh dijalankan dengan menaiki pengangkutan awam.

Tidak perlu pening kepala fikirkan kos minyak dan tol. Anda juga tidak perlu pening kepala fikirkan tempat meletak kenderaan.

Jadi, apa yang perlu anda buat untuk mulakan masjid “hopping” menggunakan pengangkutan awam?

Pertama sekali, anda hanya perlu periksa jadual perjalanan bas dan kereta api yang perlu anda naiki untuk sampai ke destinasi yang dituju. Kedua, pastikan baki kad Touchn’Go anda mencukupi dan yang ketiga, bersedia untuk menempuh kesesakan orang ramai yang juga berpusu-pusu pulang ke rumah menaiki pengangkutan awam pada waktu petang.

Nasihat daripada min, rancang masa perjalanan anda dengan teliti. Anda juga dinasihatkan untuk memeriksa waktu perjalanan terakhir bagi laluan destinasi anda supaya perjalanan pulang berjalan lancar.

Berikut min kongsikan senarai masjid dan surau yang dekat dengan stesen LRT, MRT dan Monorel untuk rujukan anda.

Masjid dan surau sekitar MRT Laluan Putrajaya

Kredit: Media Selangor

Masjid dan surau sekitar MRT Laluan Kajang

Kredit: Media Selangor

Masjid dan surau sekitar MRT Laluan LRT Kelana Jaya dan Ampang

Kredit: Media Selangor

Selamat menjelajah.

BACA: Ini Senarai Lokasi Bazar Ramadan Rahmah 2025

BACA: Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Setiap Negeri 2025

Sumber: Media Selangor

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.