Siakap Keli

Midea Personal Peralatan Rumah Pintar Harga Berpatutan & Jimat Elektrik

Teknologi rumah pintar makin canggih, dan sekarang ia lebih mampu milik. Midea Malaysia memperkenalkanrangkaian peralatan rumah pintar dengan harga berpatutan, menjadikan pengalaman rumah lebih selesa dan mesra pengguna.

Jimat Elektrik Dengan Teknologi SEDA

Antara produk utama Midea kali ini ialah penyaman udara dan peti sejuk dengan pensijilan SEDA, yang direka khas untuk menjimatkan tenaga dan mengurangkan bil elektrik. Selain itu, teknologi pintar seperti AI-powered, RFID, Wi-Fi, dan kawalan aplikasi menjadikan penggunaan lebih mudah dan cekap.

Pelbagai Produk Pintar Untuk Kemudahan Harian

Bukan setakat penyaman udara dan peti sejuk, Midea juga memperkenalkan mesin basuh pintar, robot penyedut hampagas, dan banyak lagi. Semua produk ini dilengkapi kawalan pintar melalui aplikasi mudah alih, menjadikan kerja rumah lebih senang dan kurang memenatkan.

Antara produk menarik yang diperkenalkan ialah Midea V12 Robotic Vacuum Cleaner dan 3-in-1 Floorwasher MVC-GX5 PRO, yang menawarkan solusi pembersihan automatik tanpa perlu banyak campur tangan pengguna.

  • Midea V12 Robotic Vacuum Cleaner dilengkapi stesen serba lengkap yang secara automatik menguruskan pengumpulan habuk, pencucian mop, dan pengeringan mop. Dengan kuasa sedutan 5000Pa, ia mampu membersihkan habuk, kotoran dan bulu haiwan peliharaan dengan lebih berkesan.
  • Teknologi navigasi pintar serta pengelakan halangan automatik memastikan setiap sudut rumah dibersihkan dengan cekap.
  • Ciri tambahan seperti pengesanan karpet ultrasonik, zon larangan tersuai, dan storan peta berbilang tingkatmenjadikan pembersihan lebih fleksibel dan mesra pengguna.

Selain itu, Midea Front Load Washer Dryer MF310D Series menawarkan fungsi basuh dan kering dalam satu mesin, menjimatkan ruang dan masa. Dilengkapi teknologi TurboFoam+ untuk pembersihan lebih efektif, HealthGuarduntuk sanitasi, serta Auto Dose yang mengawal penggunaan detergen secara automatik. Pengguna juga boleh mengawal mesin ini dari jauh melalui SmartHome Integration.

Sasaran Jualan RM1 Bilion Dengan Rangkaian Luas

Midea Malaysia optimis dapat mencapai jualan tahunan RM1 bilion, dengan sokongan lebih 1,000 pengedar di seluruh negara. Gabungan harga berpatutan dan teknologi inovatif menjadikan produk Midea pilihan utama bagi mereka yang mahukan peralatan rumah moden dan efisien.

Promosi Raya: Rebat Touch ‘n Go

Sempena Hari Raya Aidilfitri, Midea Malaysia menawarkan rebat Touch ‘n Go untuk pembelian produk terpilih mulai 16 Mac 2025. Jangan lepaskan peluang untuk menaik taraf peralatan rumah dengan produk pintar Midea pada harga lebih berbaloi!

Dapatkan maklumat lanjut mengenai promosi dan produk Midea di laman rasmi Midea Malaysia atau di pengedar sah berdekatan.

Nur Farra

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.