Kuala Lumpur, 26 Februari 2025 — Golongan Milenium dan Gen Z melihat perjalanan sebagai cara pentinguntuk menjaga diri dan meremajakan minda, namun keinginan mengembara mereka sering terbantut. Kajian Travel Pulse terkini oleh Klook bersama platform pandangan pengguna GWI di 14 pasaran mendedahkan bahawa hampirsemua pengembara muda menganggap perjalanan sangat berkesan untuk mengurangkan tekanan. Namun, mengejutkan apabila 9 daripada 10 merasa kecewa kerana tidak dapat merealisasikan impian perjalanan mereka, disebabkan oleh kekangan masa, komitmen kerja, dan kebimbangan kewangan.
“Golongan Milenium dan Gen Z semakin melihat perjalanan sebagai terapi terbaik mereka,” kata Eric Gnock Fah, Presiden dan Pengasas Bersama Klook. “Di tengah-tengah tekanan hidup yang kian mencabar, ramai yang mencariketenangan melalui pengembaraan. Dengan 92% mengalami sindrom pasca percutian atau ‘blues’ selepas pulangdari perjalanan dan hampir 40% terus merancang percutian seterusnya, jelas bahawa perjalanan bukan sekadar laridari rutin harian—ia adalah peluang untuk menemui diri sendiri, mencetus kreativiti, dan memperbaharui jiwa.”
Bagi 64% pengembara ini, perjalanan bukan sekadar lari dari rutin—ia adalah butang ‘reset’ untuk menyegarkanminda dan meningkatkan keyakinan diri. Di Malaysia, semua responden (100%) bersetuju bahawa perjalanan sangat berkesan dalam mengurus tekanan dan meningkatkan kesejahteraan, menjadikan perjalanan dilihat sebagai satuterapi. Malah, bagi 2 daripada 3 orang (69%), perjalanan berjaya mengurangkan tahap tekanan mereka denganketara. Namun, kekangan masa kekal sebagai halangan terbesar untuk melancong. Pengembara dari Tanah Besar China paling terasa terikat dengan jadual yang padat (74%), manakala pengembara dari Australia (38%) menikmatikebebasan masa yang lebih fleksibel.
Bijak Berbelanja Demi Pengalaman Bermakna yang Padu untuk Media Sosial
Golongan Milenial dan Gen Z bijak memilih bagaimana untuk membelanjakan wang mereka dalam bab penjagaandiri. Walaupun bajet menjadi pertimbangan utama, mereka tidak sanggup berkompromi dalam hal pengalaman. Malah, 91% bersedia untuk memperuntukkan sehingga separuh daripada bajet perjalanan mereka untuk pengalamanberharga, berbanding berbelanja lebih pada kos penerbangan. Semua ini demi memaksimumkan kenikmatan semasabercuti.
Pengembara Gen Z, khususnya, lebih berhati-hati dalam berbelanja dan cenderung memilih pakej perjalananberbundle untuk memanfaatkan bajet dengan lebih bijak. Walaupun harga mampu milik menjadi keutamaan, merekatetap mengutamakan pengalaman yang unik dan autentik. Hidangan tempatan dan destinasi luar kebiasaan kekalsebagai pilihan utama dalam senarai mereka.
Media Sosial Mendominasi Perancangan Perjalanan untuk Inspirasi dan Tempahan
Inspirasi percutian kini lebih banyak dipengaruhi oleh kuasa media sosial, yang menjadi sumber maklumat utamadalam merancang percutian. Menurut kajian:
- 79% pengembara telah menempah aktiviti, penginapan, dan pengalaman menjamu selera berdasarkancadangan di media sosial, membuktikan pengaruh besar platform ini terhadap keputusan perjalanan.
- Pengembara dari Indonesia, Thailand, Vietnam, dan Filipina cenderung mengikuti cadangan di media sosial, manakala mereka dari Australia, Jepun, dan Amerika Syarikat kurang terpengaruh.
- Bagi pengembara yang mementingkan estetika, 27% sanggup berbelanja sehingga 20% lebih untukmengunjungi lokasi yang popular di media sosial.
Pengembara Tidak Sabar untuk Memulakan Pengembaraan Baru pada Tahun 2025
Walaupun berdepan pelbagai cabaran, semangat pengembara tetap berkobar-kobar. Malah, 84% sudah merancanguntuk melancong ke luar negara sekurang-kurangnya sekali pada tahun 2025, berbanding 71% pada tahun 2024. Apabila memilih destinasi seterusnya, 28% ingin meneroka tempat baharu yang belum pernah mereka lawati. Jepunkekal sebagai destinasi pilihan utama untuk tahun 2025, diikuti oleh Tanah Besar China yang menyaksikanpeningkatan permintaan lebih 7 kali ganda berbanding tahun lepas. Klook turut mengenal pasti 25 destinasi baharuyang semakin popular, menawarkan gabungan keunikan bandar dan keindahan alam semula jadi.
Perjalanan kini bukan sekadar melarikan diri dari rutin harian, tetapi menjadi terapi, penemuan diri, dan kuncikepada kehidupan yang lebih seimbang. Apabila generasi ini mencari makna dan pembaharuan hidup, masa depanpelancongan akan terus menawarkan pengalaman yang menyegarkan, menginspirasikan, dan memberi kekuatanuntuk pengembara kembali menemui diri mereka yang sebenar.