Senang je, Ini Cara ‘Isi’ Borang Penghantaran e-BE 2024
Seperti yang diketahui, Borang Nyata (BN) Tahun Saraan 2024 dan Tahun Taksiran 2024 melalui e-Filing telahpun dibuka pada 1 Mac 2025.
Susulan itu, ramai yang sudah mula mengisi borang ini dan mengemukakannya kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN, seperti yang dilakukan setiap tahun.
Untuk makluman, pengguna atau pembayar cukai boleh membuat pembayaran menerusi perkhidmatan e-Filing menerusi portal MyTax https://mytax.hasil.gov.my atau melalui portal rasmi LHDN https://www.hasil.gov.my > MyTax > Perkhidmatan ezHasil > e-Filing.
Walau bagaimanapun, masih ramai yang belum arif dengan langkah pengisian borang ini secara atas talian.
Sehubungan itu, SK hari ini akan kongsikan langkah untuk penghantaran e-BE 2024 di bawah.
Apa itu Borang BE?
Sebelum itu, anda perlu mengetahui apa itu borong BE ini?
Borang BE adalah borang pengisytiharan pendapatan bagi individu yang tidak menjalankan perniagaan, di mana sumber pendapatan mereka hanya terdiri daripada gaji bulanan.
Borang ini merupakan salah satu daripada pelbagai borang yang disediakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi memudahkan individu melaporkan pendapatan mereka kepada pihak berkuasa cukai.
Panduan Penghantaran e-BE 2024

Pertama, pengguna perlu log masuk MyTax yang boleh diakses menerusi laman sesawang https://mytax.hasil.gov.my/ atau dengan muat turun MyTax di Apps Store atau Play Store.
- Pilih jenis pengenalan
- Masukkan nombor pengenalan
- Klik hantar
- Sahkan Frasa Keselamatan
- Masukkan kata laluan
- Klik log masuk
Kedua, di paparan halaman utama akan memaparkan maklumat pembayar cukai seperti berikut;
- Status borang e-filling
- Baki atau tunggakan cukai (sekiranya ada)
- Jumlah bayaran balik
- Status sekatan perjalanan
Ketiga, anda akan dipaparkan perkhidmatan ez-hasil.
- Klik perkhidmatan ezHasil. (Pilihan sub menu berikut akan dipaparkan;
- Klik sub menu e-filling
- Seterusnya, pada paparan e-filling, klik e-BE Tahun Taksiran 2024
Keempat, paparan borang e-BE
- Profil individu
- Profil lain
- Pendapatan
- Pelepasan
- Rumusan
Butiran yang terdapat dalam borang e-BE





https://www.facebook.com/HASiLMalaysia/posts/pfbid0dfqXiJ8DVUW6hiYxkazdq5C5UNGUixxkKJaRj4USxn7vUReuXqg2KZXiDGyxrQdl?locale=ms_MY
Sumber: LHDN