Siakap Keli

Xiaomi Perkenal Mijia Air Conditioner Pro Eco di Malaysia

Xiaomi kini membawa inovasi terbaru ke pasaran Malaysia dengan pelancaran Mijia Air Conditioner Pro Eco. Lebih daripada sekadar penghawa dingin biasa, ia menawarkan penjimatan tenaga luar biasa dan kawalan pintar untuk pengalaman penyejukan yang lebih selesa. Malaysia juga menjadi antara negara pertama di dunia yang menerima produk ini.

Prestasi Cemerlang dengan Penjimatan Tenaga

Mijia Air Conditioner Pro Eco hadir dengan penarafan 5 bintang dan CSPF sehingga 5.97, menjadikannya pilihan terbaik untuk menjimatkan tenaga. Dengan mod AI Penjimatan Tenaga Mijia, pengguna dapat menikmati suhu yang stabil dengan penyesuaian pintar berdasarkan persekitaran mereka.

Dilengkapi dengan teknologi penyejukan pantas, penghawa dingin ini mampu menurunkan suhu dalam hanya 30 saat. Mod Turbo memastikan bilik anda menjadi sejuk dengan serta-merta, manakala reka bentuk aliran udara lembutmemberikan angin yang lebih selesa tanpa tiupan yang terlalu kuat.

Kawalan Pintar untuk Kemudahan Maksimum

Melalui aplikasi Xiaomi Home, pengguna boleh mengawal penghawa dingin terus dari telefon pintar, termasuk menyalakannya sebelum tiba di rumah. Fungsi mod Kegemaran AI pula membolehkan peranti ini mempelajari tabiat pengguna dan menyesuaikan tetapan secara automatik bagi pengalaman penyejukan yang lebih peribadi.

Selain itu, peranti ini juga mendapat kemas kini OTA berterusan, memastikan prestasi sentiasa dioptimumkan dengan ciri baharu serta diagnosis pintar untuk mengurangkan keperluan penyelenggaraan.

Penyelenggaraan Mudah & Jaminan Terjamin

Setiap pembelian Mijia Air Conditioner Pro Eco disertakan dengan jaminan 3 tahun untuk unit am dan jaminan 10 tahun untuk pemampat. Ia juga dilengkapi dengan sistem pembersihan kendiri automatik dan notifikasi aplikasi untuk penyelenggaraan penapis bagi memastikan prestasi kekal optimum.

Harga & Promosi Istimewa

Mijia Air Conditioner Pro Eco boleh didapati dalam dua model di Xiaomi Store IPC Shopping Centre, mi.com, dan kedai rasmi Xiaomi di Lazada.

Nikmati promosi early bird dari sekarang hingga 6 April dengan potongan harga eksklusif, penghantaran dan pemasangan profesional, serta hadiah Xiaomi Smart Multifunctional Rice Cooker bernilai RM 279 selagi stok masih ada.

Model Harga Biasa Harga Early Bird
Mijia Air Conditioner Pro Eco 5-Star 1.0 HP Inverter RM 1,899 RM 1,699
Mijia Air Conditioner Pro Eco 5-Star 1.5 HP Inverter RM 2,199 RM 1,899

 

Nur Farra

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.