Siakap Keli
Medella Lancarkan Minyak Masak Sawit Merah dan Kelapa (Red Palm & Coconut Cooking Oil), Pertama Seumpamanya dan Buatan Malaysia Yang Membanggakan
Minyak masak Medella Red Palm & Coconut Cooking Oil dilancarkan di Jaya Grocer: (Dari kiri) Edwin Ong, CEO Medella; Daniel Teng, CEO Jaya Grocer dan Joseph Teoh, Ketua Pegawai Perniagaan (CBO) Jaya Grocer

Medella Lancarkan Minyak Masak Sawit Merah dan Kelapa (Red Palm & Coconut Cooking Oil), Pertama Seumpamanya dan Buatan Malaysia Yang Membanggakan

Medella Lancarkan Minyak Masak Sawit Merah dan Kelapa (Red Palm & Coconut Cooking Oil), Pertama Seumpamanya dan Buatan Malaysia Yang Membanggakan

Kuala Lumpur, 10 Mac 2025 – Anda mencari minyak masak yang lebih menyihatkan? Minyak masak Medella Red Palm & Coconut Cooking Oil menggabungkan kualiti terbaik minyak sawit merah dan minyak kelapa dalam satu formula yang sarat dengan khasiat – yang pertama seumpamanya – dan memberikan pelbagai manfaat kesihatan.

“Rakyat Malaysia tidak asing lagi terhadap minyak sawit merah dan minyak kelapa – dua jenis minyak yang serba boleh dan sangat sesuai dengan gaya masakan tempatan,” kata Edwin Ong, Ketua Pegawai Eksekutif, Medella. “Menjelang sambutan Hari Raya, kami dengan bangganya memperkenalkan produk Medella Red Palm & Coconut Cooking Oil, pilihan yang lebih sihat bagi semua rakyat Malaysia.” 

Minyak sawit merah kaya dengan antioksidan seperti provitamin A, vitamin E, dan kandungan karotenoid yang tinggi, yang terbukti menyokong kesihatan jantung dan mata. Begitu juga, minyak kelapa kaya dengan asid lemak yang dikaitkan dengan peningkatan paras kolesterol baik (HDL) dan tahan terhadap pengoksidaan pada suhu tinggi, menjadikannya lebih sesuai bagi masakan berhaba tinggi seperti menggoreng.  

Membuat pilihan pemakanan yang seimbang dapat menyumbang kepada kesihatan lebih baik, bersama dengan penambahbaikan gaya hidup lain seperti kekal aktif dan menjalani pemeriksaan kesihatan secara berkala. Ini amat penting memandangkan kadar tinggi penyakit tidak berjangkit di Malaysia seperti kencing manis, tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi dan obesiti.

Minyak masak Medella Red Palm & Coconut Cooking Oil adalah gabungan 50/50 daripada  minyak sawit merah premium dan minyak kelapa 100%, diproses tanpa bahan kimia bagi memelihara kualiti dan khasiatnya. Dengan setiap 15g, ia menyampaikan 4.5g Trigliserida Rantaian Sederhana (Medium Chain Triglycerides / MCTs), 3.75mg vitamin E, dan 1.13mg provitamin A. 

Ia adalah amat sesuai bagi pelbagai gaya masakan pada suhu tinggi, dengan aroma neutral dan warna kaya yang berasal daripada karotenoid berkhasiat dan semula jadi yang terdapat dalam minyak sawit. Bebas daripada bahan kimia, pelarut, dan bahan tambahan dan lemak trans, minyak masak Medella Red Palm & Coconut Cooking Oil disahkan halal. 

Minyak masak Medella Red Palm & Coconut Cooking Oil kini boleh didapati secara eksklusif di semua pasar raya Jaya Grocer di seluruh negara.

Siti Sakinah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.