Memupuk Ikatan dan Hubungan di Hilton Kuala Lumpur Sempena Ramadan
Kuala Lumpur, Mac 2025 –Hilton Kuala Lumpur dengan bangganya mempersembahkan bufet Ramadan tahun ini bertemakan, “Nikmati Sajian, Eratkan Jalinan”, mengajak para tetamu berkumpul bersama keluarga, rakan, dan rakan sekerja untuk mencipta momen bermakna menerusi pengalaman kulinari yang istimewa.
Bertemakan kebersamaan dan ikatan kekeluargaan, Vasco’s di Hilton Kuala Lumpur menawarkan suasana yang sempurna untuk menikmati juadah istimewa sepanjang Ramadan.
Antara menu utama yang wajib dicuba termasuk signature “Lambassador” Chef Ridzwan Rasit seperti Smoked Paprika Beef Shank, Australian Lamb Meatball Rendang Hijau, Australian Lamb Neck Asam Pedas, Slow-Baked Australian Beef Short Ribs dengan Serunding Kelapa dan Sambal Strawberry serta pilihan barat dan makanan laut segar. Hidangan kegemaran ramai juga kembali, termasuk Soup Gear Box Chef Jamsari, Angus Beef Murtabak, Arabic Lamb Kabsa, dan banyak lagi.
Jangan lupa singgah di Bakar-Bakar Grilling Station, yang menawarkan pelbagai makanan laut dan daging panggang seperti ikan pari sambal petai, salmon ASC certified, ketam lembut, udang harimau, puyuh, dan kepak ayam berperisa istimewa.
Lengkapkan pengalaman berbuka puasa dengan pencuci mulut yang lazat seperti serawa durian, durian tempura, Om Ali, Kunafa Baklava, Harum Manis Mango Station, serta bar aiskrim premium. Sepanjang malam, tetamu juga akan dihiburkan dengan alunan muzik daripada Cahaya Band.
Bufet Exquisite Ramadan Showcase di Vasco’s Hilton Kuala Lumpur tersedia sehingga 30 Mac 2025, dengan harga RM238 nett (dewasa) dan RM119 nett (kanak-kanak 6-12 tahun). Ahli Hilton Honors boleh menikmati diskaun sehingga 25%.
Untuk tempahan, hubungi +603 2264 2264 atau layari Eat.Drink.Hilton.com.