MILO® Bekerjasama dengan Yayasan Didik Negara untuk Menyantuni Komuniti di Seluruh Negara dalam Program “Jaulah Ramadan 2025”
Dengan semangat perpaduan dan kasih sayang, program tahunan Jaulah Ramadan, anjuran Yayasan Didik Negara bersama sokongan MILO®, akan mendekati sekolah-sekolah dan keluarga terpilih di beberapa buah negeri antaranya, bermula di Kelantan pada 9-10 Mac 2025, seterusnya ke Sabah, Kedah, Sarawak, Pulau Pinang dan Putrajaya.
Sewaktu berada di Kota Bharu, Jaulah Ramadan 2025 telah menganjurkan jamuan berbuka puasa dan sahur di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Naim Lil-Banat. Program ini telah melibatkan lebih daripada 900 orang murid, yang bersama-sama menikmati juadah dalam suasana penuh ukhuwah. Melalui inisiatif ini, Jaulah Ramadan 2025 berhasrat untuk memupuk rasa empati dan semangat juang dalam diri murid melalui pengalaman yang dikongsi bersama. Selain itu, program ini juga bertujuan menanam nilai-nilai memberi serta memperkukuh semangat kebersamaan dalam komuniti, seiring dengan keberkatan bulan Ramadan.

Sokongan MILO® untuk Jaulah Ramadan 2025 merangkumi pengagihan 1,100 “Bakul Ramadan”. Bakul Ramadan ini mengandungi nutrisi penting untuk masyarakat yang memerlukan sepanjang Ramadan. Setiap bakul dilengkapi dengan pek MILO® 1L dan serbuk MILO®, memastikan pelajar mendapat bekalan minuman berkhasiat. Inisiatif ini menyerlahkan komitmen MILO® untuk meningkatkan kesejahteraan komuniti melalui nutrisi dan pendidikan, dengan kerjasama usaha Yayasan Didik Negara. MAGGI® turut menyumbang keperluan memasak untuk kit ‘Bakul Ramadan’ serta penyediaan bubur lambuk sebagai sebahagian daripada masakan komuniti, seterusnya menyemarakkan semangat kebersamaan dalam bulan yang diberkati ini.

“Jaulah Ramadan 2025 adalah bukti komitmen Yayasan Didik Negara dalam membina bukan sahaja kecemerlangan pelajaran, tetapi juga nilai-nilai empati, semangat juang, dan rasa kekitaan. Melalui program ini, kami ingin membantu pelajar dan keluarga yang memerlukan, memastikan mereka ada keperluan asas sepanjang bulan Ramadan yang suci ini. Sumbangan dari rakan-rakan kita menyatukan usaha kita, dan memupuk rasa perpaduan dan tanggungjawab bersama dalam menjaga kebajikan komuniti,” ujar Mohd Razi Bin Jaafar, Ketua Pegawai Kewangan Yayasan Didik Negara.

“Tahun ini adalah tahun istimewa buat MILO®, meraikan 75 tahun bersama rakyat Malaysia. Kami terus bersemangat untuk membantu mereka yang memerlukan. Kerjasama dengan Yayasan Didik Negara melalui untuk Jaulah Ramadan 2025 adalah bukti komitmen kami untuk menjaga kebajikan komuniti di bulan Ramadan. Bukan sekadar beri makanan, kami ingin merapatkan hubungan dan mengeratkan silaturahim dalam komuniti,” ujar Norkhayati Mohamed Hashini, Pegawai Eksekutif Perniagaan Nestlé Ready-To-Drink Malaysia.
YB Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan, bersama barisan pengurusan KPM, serta wakil dari Nestlé, Raja Nurmaria Murni Raja Nur Azmi, Pengarah Eksekutif, Hal Ehwal Korporat Kumpulan Nestlé Malaysia & Singapura, Ng Su Yen, Pegawai Eksekutif Perniagaan MILO® Malaysia, Ivy Tan Link Cheh, Pegawai Eksekutif Perniagaan MAGGI® Malaysia, dan Norkhayati Mohamed Hashini, Pegawai Eksekutif Perniagaan Nestlé Ready-to-Drink Malaysia telah memimpin program untuk mendekati masyarakat Kota Bharu, menekankan kepentingan kerjasama dan semangat prihatin yang dikongsi bersama.

Usaha kerjasama antara MILO® dan Yayasan Didik Negara ini membuktikan kekuatan perkongsian dalam mewujudkan pengalaman bermakna dan menyediakan sokongan penting sepanjang bulan Ramadan yang mulia. Gabungan istimewa malt barli, susu, dan koko dalam MILO®, bersama vitamin dan mineral penting, memberikan tenaga berpanjangan, sangat diperlukan semasa berpuasa di bulan Ramadan. MILO® juga memenuhi piawaian nutrisi Logo Pilihan Lebih Sihat Kementerian Kesihatan, rendah lemak dan gula, namun tetap mengekalkan rasa coklat malt yang enak. Jadikan MILO® pilihan lazat dan berkhasiat untuk sahur dan iftar.