Nando’s Hidupkan Ramadan Dengan “Quarter for Kasih”, Kongsi Makanan, Sebarkan Kasih Sayang
KUALA LUMPUR, MALAYSIA, 10 Mac 2025 –Ramadan adalah bulan untuk muhasabah, bersyukur dan berkongsi kebaikan. Ketika matahari terbenam dan ahli keluarga berkumpul untuk berbuka puasa, terdapat kegembiraan yang unik dalam berkongsi hidangan bersama insan tersayang. Tahun ini, Nando’s akan menambahkan lagi kemuliaan Ramadan dan PERi-PERi dengan “Quarter for Kasih”, satu usaha yang mengubah setiap hidangan menjadi detik bermakna.
Nando’s menjemput rakyat Malaysia untuk sama-sama berkongsi kemuliaan, kasih (dan ayam!) pada 5 hingga 19 Mac 2025 bersama komuniti yang memerlukan. Bagi setiap hidangan yang didermakan, Nando’s akan padankan pemberian itu dan menyebarkan lebih banyak keriangan kepada 24 buah rumah kebajikan di seluruh Malaysia!
Ini bukan hanya tentang makanan semata-mata kerana setiap penderma akan menerima satu kad Ramadan khas untuk menyampaikan nukilan dari hati dengan harapan agar kata-kata itu dapat menceriakan hari mereka. Hidangan (dan nota) akan disampaikan sekali dengan hidangan yang akan diberikan pada tempoh pelaksanaan dari 7 hingga 27 April 2025.
Nando’s bukan sekadar sebuah restoran – ia adalah sebuah jenama yang dibina dengan semangat, keaslian dan hubungan yang bermakna. Menjunjung semangatnya yang membara, Nando’s percaya akan penyatuan masyarakat melalui makanan lantas menjadikannya sebagai saluran untuk kebaikan sejagat.
“Dengan ‘Quarter for Kasih,’ kami menjemput semua orang untuk membuat perbezaan melalui perbuatan berkongsi yang nampak mudah tetapi sangat berkuasa. Inisiatif ini bukan semata-mata menyediakan hidangan; kita mahu mencipta detik-detik kebersamaan terutamanya dalam bulan Ramadan,” kata Mac Chung Lynn, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Nando’s’ Malaysia & Singapura.
Sertai Nando’s dan sama-sama menyebarkan kebaikan serta senyuman riang, satu hidangan pada satu masa! Ikuti cara berikut untuk menyumbang:
- Derma ¼ ayam dan 1 hidangan sampingan di mana-mana cawangan Nando’s dengan membuat pesanan secara dalam talian di meja atau di kaunter.
- Tulis satu nukilan peribadi pada kad Ramadan.
- Nando’s akan padankan setiap hidangan yang didermakan dan menyerahkannya ke rumah kebajikan dalam tempoh pelaksanaan!
Sempena semangat kebersamaan ini, Nando’s turut memperkenalkan menu Riuh Raya Together-Gather yang sedia dipesan dari 25 Februari hingga 6 April 2025. Menu ini sesuai untuk berbuka bersama rakan, keluarga atau sepupu yang suka mencuri kentang goreng anda.
Datanglah untuk merasai PERi-PERi, makan di sini untuk berkongsi kasih dan marilah kita menjadikan Ramadan kali ini lebih bermakna, satu hidangan pada satu masa.
Untuk maklumat lanjut, layari https://nandos.com.my/ atau ikuti @nandosmy di Instagram dan @Nando’s di Facebook.