Siakap Keli
komputer riba pelajar

Sampai ‘Grad’ Tak Guna, Ini Sebabnya Pelajar Sekarang Dah Tak Perlu Komputer Riba

Sampai ‘Grad’ Tak Guna, Ini Sebabnya Pelajar Sekarang Dah Tak Perlu Komputer Riba

Musim masuk ke sekolah baru sahaja berlalu. Rasa terhibur pula melihat mak ayah menghantar anak-anak, diiringi pelbagai gelagat. Suasana ceria bercampur terharu melangkah ke alam baru, membuatkan terimbau kembali kenangan kali terakhir mak ayah menghantar min belajar di universiti.

Dari jauh kami musafir, bawa barang sekadarnya sahaja. Selepas tamat minggu orientasi, baru berpeluang untuk keluar dan beli barang keperluan tambahan.

Ketika itu, ingatkan dengan duit poket yang ayah beri dalam beberapa ratus sudah memadai untuk cukupkan semua keperluan.

Rupa-rupanya, ada satu benda yang tidak dapat dibeli, komputer riba.

Siapa sangka, di universiti semua dokumen perlu ditaip dan dicetak sebelum dihantar. Tiada lagi buku tulis atau kertas kajang digunakan kecuali untuk menyalin nota kuliah. Jika dulu kita hantar kerja sekolah dalam buku tulis, di sini, pensyarah hanya menerima tugasan yang bertaip mengikut format tertentu dan dicetak.

Kalau tiada komputer riba, memang setiap hari perlu berulang-alik, berhabis masa ke kafe siber. Jika langkah kanan, tidak perlu beratus menunggu giliran. Jika terkena waktu hujung semester, boleh habis berjam-jam menunggu pelajar lain habis menggunakan komputer.

Belum lagi bercakap tentang pendaftaran kuliah itu ini, periksa notis atau pengumuman fakulti. Tetapi itu dulu. Zaman sekarang, komputer riba sudah tidak diperlukan untuk selesaikan semua perkara ini.

Baru-baru ini, min sempat buat survey dan terjumpa satu gajet lain dari yang lain. Bukan setakat spesifikasi, malah ada bermacam ciri tambahan yang min tak jumpa pada gajet lain. Xiaomi Pad 7 boleh menggantikan fungsi komputer riba, malah lebih memudahkan urusan seharian pelajar.

Hanya dengan satu gajet, pelajar dapat selesaikan tugasan, berbincang dalam talian, malah dapat bersosial dengan lebih mudah dan puas. Senang kata, semua dalam satu.

Dengan lambakan pilihan zaman sekarang, Xiaomi Pad 7 antara yang mampu milik dengan tawaran ciri yang tidak mengecewakan.

Bukan setakat jatuh cinta, memang kalau nak banding dengan yang lain, mustahil untuk dapat yang serupa.

Apa yang lainnya Xiaomi Pad 7 ni?

Untuk pengetahuan, Xiaomi Pad 7 dilengkapi dengan Xiaomi HyperAI yang amat membantu dalam kehidupan seharian pelajar.

Dengan adanya AI Speech Recognition, pelajar sudah tidak perlu risau lagi terlepas apa-apa maklumat ketika menyalin nota atau ketika menyertai mesyuarat persatuan. Malah, AI Writing turut dapat membantu pelajar menyusun ayat yang lebih kena dengan penulisan akademik.

Dalam menghasilkan penulisan akademik juga, pelajar perlu mencari sendiri sumber rujukan. Namun sering terjadi kekecewaan apabila sumber tersebut menggunakan bahasa asing yang tidak pernah dipelajari. Bagi menyelesaikan masalah ini, ciri AI Interpreter dan AI Subtitles dapat membantu.

Tambahan lagi, kehadiran AI Art turut berpotensi melancarkan proses pelajar menyiapkan tugasan yang memerlukan pelajar melukis gambar rajah sebagai sokongan penerangan.

Dengan semua aplikasi ini termasuk beberapa spesifikasi seperti penggunaan Snapdragon 7+ Gen 3 Mobile Platform, pembesar suara quad dan dilengkapi bateri besar 8850mAH, Xiaomi Pad 7 berikan pengalaman seakan-akan menggunakan komputer.

Harga yang ditawarkan juga tidak jauh beza daripada komputer riba dengan spesifikasi lebih rendah.

Hanya dengan RM1299, gajet dengan memori sehingga 8GB RAM dan 128GB storan sudah menjadi milik anda. Bagi anda yang suka gajet dengan spesifikasi penuh, Xiaomi ada keluarkan Xiaomi Pad 7 Pro pada harga RM2,4999 dengan memori sehingga 256GB storan.

Apa yang lagi menarik, anda layak untuk dapatkan rebat sebanyak RM100 untuk kedua-dua jenis ni jika anda beli dalam talian dari 3 Mac hingga 4 April. Lawati mi.com atau kedai rasmi Xiaomi di Shopee dan Lazada untuk dapatkan rebat istimewa ini.

Xiaomi Pad 7 juga boleh didapati dengan memori sehingga 256GB storan pada harga RM1599. Xiaomi Pad 7 Pro juga hadir dengan memori yang lebih besar, sehingga 512GB storan pada harga RM2699.

Tambah sikit saja lagi, dah boleh dapat Xiaomi Focus Pen dengan harga RM399. Sesuai digunakan bagi anda yang perlu tandatangan bermacam surat persatuan dan kelab di universiti.

xiaomi pad 7

Satu tip daripada min, simpan duit poket RM125 sebulan. Cukup empat bulan dah boleh dapatkan Xiaomi Pad 7 / 7 Pro original keyboard yang dijual dengan harga RM499 sahaja. Kalau nak keyboard yang ada lebih banyak fungsi, min sarankan ambil terus Xiaomi Pad 7 Focus Keyboard berharga RM799.

Bagi meraikan pelancaran gajet ini, semua pembeli Xiaomi Pad 7 dan Xiaomi Pad 7 Pro berstoran besar layak mendapat original keyboard dan focus pen secara percuma. Tawaran istimewa ini juga sah untuk pembelian dari 3 Mac hingga 6 April.

Min dah cuba, focus keyboard memang selesa dan sesuai untuk korang yang kerap menaip. Dilengkapi fungsi quick gesture yang banyak, dah tak perlu pun guna tetikus berasingan. Siap bercantum dengan cover dah. Lepas guna, lipat terus gerak.

Semudah itu?

Ya, sebab saiz pad ni pun sedang-sedang sahaja. Dengan paparan bersaiz 11.2 inci, gajet ini lebih kurang saiz kertas A5 jadi pelajar dah tak perlu usung beg berasingan. Masuk beg tangan pun muat.

Kesimpulannya, Xiaomi Pad 7 ni memang sesuai untuk bagi adik atau anak yang bakal sambung belajar. Mudah dibawa ke kuliah, malah untuk ke perpustakaan pun tak kelam kabut bawa bermacam beg.

Tampil minimalis di kuliah, perbincangan kumpulan dan persidangan. Xiaomi Pad 7, gaya hidup universiti kini.

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: