Subang Jaya, 10 Mac 2025 – Proton New Energy Technology (PRO-NET), anak syarikat PROTON, sebelum ini mengumumkan penyerahan 1,000 unit Proton e.MAS 7 telah mengeluarkan sebuah video yang menyentuh hati, merakam perjalanan menuju pencapaian yang penting ini. Bukan hanya sekadar pencapaian yang dipamerkan malah video ini mengisahkan bagaimana PROTON telah berkembang dari berdekad lamanya menghasilkan kenderaan enjin petrol, kepada langkah berani menuju ke era mobiliti elektrik.
“Dengan mencapai jumlah 1,000 unit penghantaran Proton e.MAS 7, ia bukan sekadar angka tetapi ia juga mencerminkan kepercayaan dan sokongan rakyat Malaysia yang yakin akan visi kami untuk masa depan yang lebih hijau dan lestari. Perjalanan ini tidak akan dapat dicapai tanpa anda semua. Terima kasih, Malaysia! kerana bersama-sama dengan kami dalam perubahan ini. Kami akan terus berjuang, mempertingkatkan teknologi, dan membangunkan ekosistem EV yang berfungsi untuk semua. Ini hanyalah permulaan,” kata Zhang Qiang, Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET.
Tonton video penuh di sini: [1,000 Proton e.MAS 7s delivered. Thank you, Malaysians!]
Sebagai alternatif, anda juga boleh menonton video ini di saluran media sosial rasmi kami: Facebook (Proton e.MAS Cars), Xiaohongshu (Proton e.MAS Cars), TikTok (@protonemasofficial), dan Instagram (@protonemasofficial).