Dah 2025, EV Makin Jadi Pilihan Tapi Ramai Masih Dibayangi 2 Isu Ini
Memiliki kereta elektrik (EV) bukanlah tercipta untuk semua orang di Malaysia ketika ini. Selain harga yang agak T20, ada beberapa perkara lain yang menjadi kerisauan pengguna bila nak beli kereta elektrik.
Selepas SK selidik punya selidik di ruangan komen topik kereta elektrik, dua perkara utama yang selalu jadi buah mulut netizen terhadap kereta elektrik.
Jarak Pemanduan Yang Pendek
Kebanyakkan kereta elektrik di pasaran Malaysia hanya menawarkan jarak pemanduan sekitar 350-450km sahaja setiap kali cas penuh. Ada yang lebih 500km tapi harganya lebih kayanganlah.
Memandangkan Malaysia terkenal dengan pemanduan jarak jauh dalam situasi balik kampung, kerja dan sebagainya pengguna perlu merancang perjalanan di mana lokasi stesen pengecas seterusnya. Situasi merancang ini sangat berbeza sekali dengan memandu kereta enjin petrol atau ICE.
Stesen Pengecas Kurang di Luar Bandar
Sebab kedua ialah, kurangnya stesen pengecas di kawasan luar bandar yang menyukarkan pengguna untuk mengecas ketika berada di kawasan kampung.
Mungkin kerajaan perlu perkasakan lagi penyediaan stesen pengecas di kawasan kawasan kampung untuk memudahkan dan mengubah mentaliti pengguna atas pagar yang risau nak beli EV ni.
Nak Juga ‘Feeling’ Pandu EV
“Tak kira… Nak juga rasa drive EV tapi tak nak EV,” ujar Markonah kepada suaminya. Dalam zaman serba canggih ni, teknologi kenderaan juga semakin maju seiring dengan kecanggihan zaman.
Korang tahu tak yang JAECOO baru-baru ni ada lancarkan satu model SUV atas nama JAECOO J7 tapi menggunakan teknologi PHEV Super Hybrid System. Sebelum ni JAECOO J7 versi ICE dapat sambutan yang luar biasa, sekarang dia datang pula dengan versi PHEV.
Macam Mana PHEV Berfungsi?
JAECOO J7 PHEV ni nak bagi mudah faham, sistem Plug-in Hybrid Electric Vehicle (PHEV) membolehkan JAECOO J7 bergerak menggunakan pembakaran enjin dalaman (ICE) dan motor elektrik.
Senang cerita, JAECOO J7 PHEV ni boleh bergerak menggunakan bateri untuk pemanduan jarak dekat dan bila bateri habis, kereta ni akan bergerak menggunakan petrol pula untuk perjalanan lebih jauh.
JAECOO PHEV menggunakan bateri jenis Lithium Iron Phosphate (LFP) yang berkapasiti 18.3kWh. Jarak pemanduan dengan bateri sahaja boleh mencecah sehingga 106km. Menyokong pengecasan pantas DC sehingga 40kW dan hanya ambil masa 20 minit cas dari 30% ke 80%.
Untuk enjin pula, JAECOO J7 PHEV datang dengan 1.5 TGDI Hybrid Engine. Enjin ni juga sangat jimat minyak iaitu hanya 4.77L sahaja untuk setiap 100km. Orang Malaysia mesti nak kereta jimat minyak kan?
1,300km Boleh Pandu
Antara perkara paling menarik untuk JAECOO J7 PHEV ni, ia boleh dipandu sejauh 1,300km dengan pengecasan dan tangki minyak penuh. Jadi, korang dah tak perlu risau kat mana nak cas sebab kalau pandu dari Johor Bharu ke Kangar pun masih berbaki petrol dalam tangki.
Malah, korang dapat pengalaman yang sama seperti memandu EV tanpa perlu risau dengan dua benda yang SK ceritakan pada awal artikel tadi.
Rekaan Luaran dan Dalaman Yang Futuristik
JAECOO J7 juga menawarkan rekaan luaran dan dalaman persis kereta mewah yang lain. Dengan door handle yang tersembunyi, Hands-Free Electric Power Tailgate dan datang dengan 19” Aero Aluminium Alloy Wheel.
Rekaan dalaman pula siap dengan 14.8” infotainment display yang menyokong Apple Carplay dan Android Auto, 50W pengecasan telefon tanpa wayar, 8 speaker dengan Sony Premium Audio System, Panaromic Sunroof dan banyak lagi.
Cukup Selamat
Tak perlu persoalkan tentang keselamatan kereta ini kerana ia cukup lengkap dengan kesemua kelengkapan keselamatan sebuah kenderaan moden. Ini termasuk lengkap dengan 8 beg udara, sistem ADAS yang terkini, Brek Parkir Elektronik dengan fungsi Auto-Hold, Multi Collision Braking dan banyak lagi
SUV Mewah Harga Marhaen
Dengan semua kelebihan JAECOO J7 PHEV dari pemanduan sehingga 1,300km sampailah sistem keselamatan yang terkini mesti korang fikir kereta ni berharga lebih RM200,000 kan? Tapi sayang, korang silap.
Harga jualan JAECOO J7 PHEV ni hanya RM158,800 sahaja tau. Korang carilah mana-mana SUV hybrid yang setanding dengan JAECOO J7 PHEV ni yang lebih murah. Memang mustahil nak jumpa harga bawah RM200,000.
Kalau korang nak balik raya dengan pengalaman pemanduan yang praktikal dari segi penjimatan minyak dan bateri, ruang dan keselamatan, jangan tunggu lagi. Tempah sesi pandu uji korang hari ni dan dapatkan JAECOO J7 PHEV sebelum nak balik kampung.
Korang boleh buat tempahan pandu uji di pautan ini Pandu Uji dan untuk maklumat lanjut layari laman web JAECOO MALAYSIA