Siakap Keli
Gambar: Bernama

Maestra Broadcast Sdn Bhd Dikompaun RM250,000, Lesen Tidak Digantung – MCMC

Maestra Broadcast Sdn Bhd Dikompaun RM250,000, Lesen Tidak Digantung – MCMC

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memutuskan untuk tidak menggantung lesen penyiaran syarikat Maestra Broadcast Sdn Bhd yang merupakan pengendali stesen radio Era FM.

Menerusi kenyataan media yang disiarkan di laman X, MCMC membuat keputusan itu berdasarkan pertimbangan terhadap tindakan susulan pihak terlibat.

“Setelah meneliti hujah-hujah rayuan tersebut, keputusan telah dibuat untuk tidak menggantung lesen Maestra Broadcast Sdn Bhd.

“Dalam membuat keuputusan tersebut, pertimbangan juga telah diberikan terhadap tindakan-tindakan susulan yang telah dilaksanakan oleh syarikat pemegang lesen, permohonan maaf oleh pihak terbabit, serta kesan penggantungan terhadap stesen radio Melody dan Mix FM yang beroperasi di bawah lesen yang sama,” jelas suruhanjaya tersebut.

Menurut kenyataan yang sama, pihak MCMC telah mengenakan kompaun terhadap syarikat tersebut.

“Walau bagaimanapun, Maestra Broadcast Sdn Bhd telah dikenakan kompaun sebanyak RM250,000, bagi kesalahan di bawah seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (selepas pindaan berkuat kuasa 11 Februari 2025), iaitu memuat naik kandungan jelik melampau di akaun rasmi TikTok Era FM,” tambah MCMC menerusi kenyataan tersebut.

MCMC turut menjelaskan pengeluaran kompaun adalah selepas menerima izin pihak Jabatan Peguam Negara.

Dalam pada itu, MCMC menegaskan pihaknya memandang serius terhadap sebarang tindakan memuat naik kandungan dalam talian yang berpotensi mewujudkan ketegangan antara agama. Begitu juga kandungan yang boleh mengganggu keharmonian masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

“Semua pengendali dan pengguna platform diingatkan untuk sentiasa bertanggungjawab dalam memelihara keharmonian kaum dan agama di Malaysia serta mematuhi undang-undang negara,” ujar MCMC.

https://x.com/MCMC_RASMI/status/1899356438620987873

BACA: Era FM & Astro Audio Mohon Maaf Isu Video Tular

BACA: ERA FM: Kertas Siasatan Diserah Kepada Timbalan Pendakwa Raya, Hari Ini – MCMC

Sumber: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.