Terkini

Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
hukum musafir berbuka puasa
Kredit: Bernama

Mufti WP Perjelas Hukum Musafir Berbuka Puasa Setelah Tiba Destinasi

Azizah Najib

Mufti WP Perjelas Hukum Musafir Berbuka Puasa Setelah Tiba Destinasi

Menahan lapar dan dahaga bermula masuknya waktu Subuh sehingga waktu Maghrib merupakan cabaran utama buat kebanyakan daripada kita. Biarpun amal ibadah ini dijalani setiap tahun, namun diakui, untuk menjalankan aktiviti harian termasuk menunaikan tanggungjawab mencari rezeki dalam keadaan berlapar amat besar ujiannya.

Bagi mereka yang kurang bergerak, kemungkinan tidak begitu terasa diuji. Namun, ia berbeza jika pekerjaan seseorang itu memerlukannya untuk sentiasa bergerak, termasuk memandu dalam jarak yang jauh. Disebabkan itu, Islam memberi kelonggaran buat mereka yang bermusafir berbuka puasa.

Namun, tidak semua keadaan membolehkan seseorang itu berbuka puasa menggunakan alasan bermusafir. Ikuti penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan (WP) di bawah berkenaan perkara ini.

Soalan

Assalamualaikum, saya seorang pemandu bas dan kerap bermusafir dari Kuala Lumpur ke Utara tanah air. Pada bulan Ramadan, kebiasaannya saya akan berpuasa kerana tidak terlalu penat dan letih kerana boleh bergilir-gilir dengan pemandu yang lain. Suatu hari setelah pulang daripada musafir dan tiba di rumah pada waktu tengah hari, ketika itu saya masih berpuasa. Bolehkah saya berbuka di rumah setelah tiba daripada musafir.

Ringkasan Jawapan

Mereka yang bermusafir tidak dibenarkan berbuka puasa dengan tujuan mengambil rukhsah berbuka setelah tiba di destinasi pemukiman, kerana rukhsah tersebut gugur sebaik sahaja mereka sampai ke destinasi itu.

Huraian Jawapan

Berbuka puasa merupakan salah satu rukhsah dan keringanan yang diberikan kepada orang yang bermusafir. Hal ini berdasarkan firman Allah SWT:

فَمَن كَانَ مِنكُم مَّرِيضًا أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِّنْ أَيَّامٍ أُخَرَ

Maksudnya: “Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain”

(Surah al-Baqarah, 184)

Dalam hal ini, keutamaan dan yang lebih afdal bagi mereka yang bermusafir adalah tidak mengambil rukhsah berbuka puasa, kecuali jika berpuasa mendatangkan kemudaratan, maka berbuka adalah lebih afdal. Syeikh Ibrahim Bajuri menyatakan:

(وَالْمُسَافِرُ) لكن الصوم أفضل له إن لم يتضرر به لما فيه من تعجيل براءة الذمة وعدم‎ ‎إخلاء الوقت عن العبادة، أما إذا تضرر به فالفطر أفضل

Maksudnya: “Orang yang bermusafir berpuasa adalah lebih afdal sekiranya ia tidak mendatangkan kemudaratan, kerana terdapat padanya keutamaan menyegerakan pembebasan diri daripada tanggungan (barā’atu al-zimmah) dan tidak membiarkan waktu berlalu tanpa diisi dengan ibadah. Namun sekiranya (berpuasa) boleh memudaratkan diri, maka berbuka puasa lebih afdal”.

Bagi mereka yang bermusafir dan setelah tiba di destinasi pemukimannya dalam keadaan berpuasa maka tidak boleh berbuka untuk mengambil rukhsah musafir.

Hal ini kerana rukhsah dan keringanan tersebut telah gugur setelah tiba di tempat pemukimannya. Berikut kenyataan imam al-Nawawi:

إذا قدم المسافر وهو صائم هل له الفطر فيه وجهان مشهوران ذكرهما المصنف بدليلهما (أحدهما) نعم وبه قال ابن أبي هريرة ونقله الماوردي عن نصه في حرملة (وأصحهما) عند القاضي أبي الطيب وجمهور الأصحاب لا يجوز وهو قول ابى اسحق وهكذا الحكم لو نوى المسافر الإقامة في بلد بحيث تنقطع رخصه

Maksudnya: “Apabila seorang musafir tiba di suatu tempat dan dia dalam keadaan berpuasa, adakah dia diberikan keringanan untuk berbuka? Dalam hal ini terdapat dua pandangan yang masyhur. Pengarang menyatakannya berserta dalil, (Pandangan yang pertama) dibenarkannya sebagaimana pandangan Ibn Abu Hurairah dan dinukilkan oleh al-Mawardi dengan nas yang diriwayatkan oleh Harmalah. Pandangan yang lebih sahih (muktamad) di sisi Qadi Abu Tayyib dan Jumhur ulama al-Syafi’i bahawa tidak dibenarkan, dan ini merupakan pandangan Abu Ishaq. Begitu juga hukum sekiranya seseorang yang bermusafir berniat untuk bermukim di sesuatu tempat, maka gugur rukhsah yang diberikan”.

Oleh itu, mereka yang bermusafir tidak dibenarkan berpuasa dengan tujuan mengambil rukhsah berbuka puasa setelah tiba di destinasi pemukiman, kerana rukhsah tersebut gugur sebaik sahaja mereka sampai ke destinasi itu.

Wallahu’alam

BACA: Mufti Wilayah Perjelas Hukum Fesyen Di Karpet Merah: Antara Tuntutan Syariat & Realisasi Tema

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan