Siakap Keli
Tradisi Bertemu Kemodenan -The Coffee Bean & Tea Leaf® Menjemput Anda Bersajian Ramadan Dan Raya Paling Istimewa
Gambar Hiasan

Tradisi Bertemu Kemodenan -The Coffee Bean & Tea Leaf® Menjemput Anda Bersajian Ramadan Dan Raya Paling Istimewa

Tradisi Bertemu Kemodenan -The Coffee Bean & Tea Leaf® Menjemput Anda Bersajian Ramadan Dan Raya Paling Istimewa

Kuala Lumpur, 11 Mac 2025 – Sempena musim perayaan ini, The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia (CBTL Malaysia) menjemput anda untuk menikmati rasa tradisi dalam sentuhan moden! Menampilkan rangkaian minuman dan sajian yang berinspirasikan cita rasa Ramadan dan Raya, setiap hidangan merupakan penghormatan ikhlas kepada warisan kulinari Malaysia yang berharga.

“Di CBTL Malaysia, kami bukan sekadar menyediakan minuman, tetapi mencipta pengalaman yang menyatukan kita semua,” kata Pengarah Pemasaran Serantau untuk Malaysia dan Singapura, CBTL Malaysia, Pink Fong. “Sebagai pencipta asal minuman Ice Blended®, kami berbangga dengan resipi istimewa kami—menggabungkan espresso yang dibancuh segar, serbuk dan susu khas, serta ais halus yang dihancurkan sempurna bagi menghasilkan minuman yang lemak berkrim dan menyegarkan. Sempena Ramadan dan Raya ini, kami mengajak semua untuk meraikan gabungan tradisi dan inovasi, di mana kehangatan nostalgia bersatu dengan minuman buatan tangan kami.”

Nikmati minuman istimewa musim perayaan ini yang dirumus khas untuk menyempurnakan waktu berbuka puasa dan pertemuan Raya anda! Pistachio Ice Blended® satu hidangan yang menyatukan aroma pistachio dengan tekstur berkrim dan rasa segar. Bagi anda yang menginginkan sentuhan nostalgia, Date Ice Blended® membawakan gabungan kopi, kurma kering, dan vanila berkrim—teman sempurna untuk saat muhasabah diri dan kebersamaan selepas seharian berpuasa.

Pertemuan Raya tidak lengkap tanpa hidangan yang lazat. Jadi, CBTL Malaysia menawarkan pelbagai sajian bagi memenuhi semua selera. Sama ada anda mengidamkan sesuatu yang mengenyangkan seperti Rendang Sandwich Ikonik atau Bilis-ful Sambal Bagel, mahupun sesuatu yang berperisa kaya seperti Smoked BBQ Chicken Slice Bun, ada saja sesuatu untuk semua! Bagi anda yang menyukai pemanis mulut, nikmatilah Oh! My Ondeh Cake, Pandan Kaya Swirl dan Eid Heart Pistachio Praline Tart, manakala Go Nuts’ Pistachio Cheesecake dan Flat Croissant (tersedia dalam Coklat Susu atau Pistachio) akan menceriakan lagi waktu minum petang anda.

Bagi menyemarakkan lagi suasana perayaan, CBTL Malaysia turut bekerjasama dengan jenama fesyen tempatan POKOKS untuk membawakan lengan cawan dan cawan panas edisi terhad, CBTL x POKOKS, sepanjang kempen ini. Kolaborasi ini bukan sahaja meraikan seni tempatan, tetapi juga mengangkat semangat Raya dalam setiap hirupan.

Lebih menarik lagi, pelanggan juga berpeluang mendapatkan Sampul Raya CBTL x POKOKS, dan memenangi baucar tunai POKOKS melalui satu peraduan hebat:

  • Set Sampul Raya: Dapatkan satu set Sampul Raya (5 keping) secara percuma dengan setiap pembelian bernilai RM35 ke atas di kafe. Setiap sampul berisi baucar RM5 (boleh ditebus dengan perbelanjaan minimum RM15). Dengan lebih RM1 juta baucar tunai untuk dimenangi, marilah mengopi, berseronok, dan membawa pulang ganjaran istimewa—selagi stok masih ada!
  • Peraduan Snap & Win: Tangkap detik Raya anda bersama cawan panas atau lengan cawan edisi terhad CBTL x POKOKS, muat naik ke IG Story, tag @coffeebeanmy & @pokoks.kids, ikut kedua-dua akaun, dan sertakan tanda pagar #CBTLXPOKOKS. 10 pemenang bertuah akan menerima baucar POKOKS bernilai RM300 setiap seorang. Jangan lepaskan peluang hebat ini!

Untuk menjadikan setiap kunjungan lebih mengujakan, pelanggan kini berpeluang membawa pulang tumbler eksklusif Chill Galaxy atau Chill Crystal! Kumpul satu cop dengan setiap perbelanjaan RM35, dan apabila 10 cop dikumpulkan, anda boleh menebus tumbler elegan ini untuk melengkapkan pengalaman mengopi anda. Promosi ini berlangsung dari 25 Februari hingga 16 Mac. Jangan ketinggalan!

Untuk maklumat lanjut tentang tawaran, berita dan promosi terkini daripada The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia, layari laman Facebook kami di www.facebook.com/CBTLMalaysiaPage, akaun Instagram @coffeebeanMY, akaun TikTok @coffeebeanMY, laman web rasmi www.coffeebean.com.my, atau muat turun aplikasi MyCBTL yang tersedia di Apple App Store dan Google Play Store.

Siti Sakinah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.