Siakap Keli
stroller lamborghini
Kredit: Silver Cross

Harga ‘Kayangan’, Lamborghini Lancar “Stroller” Bayi 

Harga ‘Kayangan’, Lamborghini Lancar “Stroller” Bayi 

Syarikat pengeluar kereta mewah, Lamborghini melancarkan kereta sorong bayi (stroller) berharga USD5,000 (RM22,175), lapor Supercar Blondie.

Biarpun kereta sorong bayi yang diberi nama Reef AL Arancio ini kelihatan sama seperti produk yang lain, ia dilengkapi beberapa ciri tambahan iaitu sistem ampaian seperti kereta sebenar. Malah, produk ini turut mempunyai roda yang sesuai untuk semua permukaan dan dilengkapi lencana Lamborghini.

Kereta sorong bayi berwarna hitam dihiasi garisan jingga ini hanya dikeluarkan dengan jumlah yang terhad, iaitu 500 unit di pasaran dunia. Reef AL Arancio turut disertakan pedal brek yang diinspirasi daripada industri automotif sebenar.

Malah, kereta sorong bayi ini turut menggunakan bahan suede yang memberi sentuhan kelembutan dengan mengekalkan garisan tajam dan corak bersudut estetika Lamborghini.

Kredit: Silver Cross

Dilengkapi set aksesori lengkap, kereta sorong bayi ini hadir bersama bakul bayi, tempat duduk kereta sorong bayi, sarung kaki dan penyesuai tempat duduk kereta. Selain itu, layar matahari, jaring nyamuk dan penutup hujan turut disertakan.

Proses penghasilan kereta sorong bayi ini mengambil masa dua tahun dengan kerjasama pasukan pereka Silver Cross dan Lamborghini.

Pasukan pereka jenama barangan bayi ini pertama kali bertemu wakil Lamborghini pada November 2022 di kilang Lamborghini Sant’ Agata, Itali. Pertemuan tersebut bagi mendapatkan kerjasama pengeluar kereta mewah berkenaan. Pertemuan bersama wakil daripada pasukan reka bentuk dan pelesenan Lamborghini diatur bagi mengetahui sejarah, nilai dan DNA jenama berkenaan.

“Kerjasama yang unik dan mengujakan ini memberikan saya dan pasukan kami peluang yang luar biasa. Kami rasa begitu bangga. Bekerjasama dengan rakan kongsi antarabangsa, kami dapat menghasilkan sebuah karya kejuruteraan ikonik yang mencerminkan semangat serta keupayaan kami,” ujar Helen Smith.

Menerusi laman Instagram rasmi Silver Cross, penghasilan kereta sorong bayi ini khusus buat ibu bapa yang berani menonjolkan diri.

BACA: Sampai ‘Grad’ Tak Guna, Ini Sebabnya Pelajar Sekarang Dah Tak Perlu Komputer Riba

BACA: Microsoft Perkenal Cip Pengkomputeran Kuantum Pertama

Sumber: SupercarBlondie, Trend Hunter, Silver Cross (1) (2)

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.