Red Box Malaysia Lancarkan Kad Kelab Ahli Artis & Raikan Ulang Tahun Ke-25 Dengan Tema “JOMNYANYI”
Kuala Lumpur, 12 Mac 2025 – Red Box Karaoke, jenama hiburan karaoke yang terulung di Malaysia, hari ini melancarkan Artistes Club RedPay Visa Card atau Kad Visa RedPay Kelab Artis untuk artis-artis tempatan Malaysia.
Majlis pelancaran tersebut, yang diadakan di cawangan utama Red Box Plus di Exchange TRX Kuala Lumpur, telah dihadiri oleh artis dan selebriti tempatan, syarikat-syarikat rakaman, rakan-rakan industri penting dan para pelanggan setia. RedPay Visa Card bukan sekadar kad keahlian Red Box. Sempena ulang tahun ke-25 Red Box, kami juga memperkenalkan Kelab Artis Red Box. Kelab Artis Red Box ditubuhkan untuk menggalakkan para artis datang ke Red Box untuk berlatih nyanyian—tempat baru yang segar dan paling sesuai untuk sesi latihan mereka. Pelancaran RedPay Visa 卡 bukan sahaja menandakan satu pencapaian penting dalam sambutan ulang tahun ke-25 Red Box, tetapi juga mencerminkan langkah strategik Red Box dalam menerokai bidang pembayaran digital. Kad ini menyediakan platform serba lengkap yang menggabungkan hiburan dan kemudahan kewangan untuk ahli, rakan kongsi, dan artis.
“ “Matlamat kami ialah untuk menyediakan pengalaman yang memuaskan hati dan penuh ganjaran kepada ahli-ahli kami, menggabungkan hiburan dengan penyelesaian dan kemudahan kewangan terkini,” kata Terry Swee, Pengurus Besar Red Box Karaoke Malaysia.
Kad RedPay memberikan pelbagai manfaat kepada para members, artis dan peserta industri muzik yang boleh dinikmati di cawangan Red Box kami, dan dalam pada itu menggalakkan bakat-bakat kami untuk mengasah minat dan menyerlahkan kemampuan masing-masing. Bukan setakat sebuah tempat untuk berhibur; Red Box bakal menjadi inkubator bagi artis-artis baru muncul, membantu mereka melancarkan kerjaya nyanyian masing-masing, sambil memupuk hubungan lebih erat antara penyanyi dan orang ramai. Red Box juga boleh dijadikan lokasi untuk syarikat-syarikat rakaman menganjurkan pelbagai inisiatif termasuk aktiviti bertemu dan beramah-mesra dengan artis, mengadakan parti untuk peminat dan melancarkan album baharu.
Sebagai sebahagian daripada sambutan Ulang Tahun Ke-25 Red Box, syarikat telah mengumumkan 50 Lagu Paling Popular dalam kategori Melayu, Cina dan Antarabangsa, yang bertujuan menarik minat dan meningkatkan penglibatan orang ramai terhadap hiburan karaoke dan penghayatan muzik serta mengetengahkan pelbagai bakat dalam industri muzik Malaysia. Tambahan lagi, lagu-lagu hit ini akan memberikan pendedahan premium kepada 50 artis teratas yang akan dipaparkan di papan tanda digital Bukit Bintang untuk meningkatkan tahap keterlihatan mereka.
“Pelancaran Red Box Artistes Club membuktikan komitmen kami untuk memupuk artis dan penghibur tempatan berbakat dalam ekosistem hiburan yang sedang pesat berkembang. Dengan menghubungkan penyanyi dengan orang ramai menerusi keseronokan karaoke dan senarai 50 lagu paling popular, kami bertekad untuk menyemarakkan semula minat terhadap bidang nyanyian dan meningkatkan penghargaan artis-artis tempatan serta memberi peluang unik kepada peminat untuk berinteraksi dan menyokong artis kegemaran masing-masing,” ujar Terry.
Meraikan Muzik Selama 25 Tahun dengan “JOMNYANYI”
Sempena ulang tahunnya yang ke-25, Red Box melancarkan kempen “JOMNYANYI”, dan menjemput rakyat Malaysia untuk datang beramai-ramai dan bersama-sama meraikan keseronokan menyanyi. “JOMNYANYI” melambangkan semangat perpaduan, keseronokan dan minat mendalam terhadap muzik, menggalakkan semua orang—baik penyanyi biasa kepada penggemar muzik—untuk turut-serta dan mengukir memori indah menerusi muzik.
Sama ada anda seorang arits yang sedang meningkat naik atau mencari tempat untuk berlatih suara atau penggemar muzik yang suka menyanyi bersama rakan-rakan, Red Box mengalu-alukan anda untuk menyertai sambutan ulang tahunnya yang ke-25. Dapatkan Kad Kelab Ahli Artis dan sertai kempen “JOMNYANYI” hari ini!
RedPay Visa Card menawarkan keahlian dengan pelbagai manfaat eksklusif, termasuk tempahan diutamakan, ganjaran hari jadi dan diskaun khas bagi kadar bilik dan menjamu selera. Menerusi aplikasi RedPay, ahli-ahli boleh menguruskan ganjaran, promosi dan mata kesetiaan dengan mudah, memastikan pengalaman hiburan yang lancar dan bermakna.
Antara manfaat eksklusif yang disediakan termasuk:
- Kad Keahlian Digital: Akses serta-merta kepada ganjaran dan promosi keahlian eksklusif.
- Bayaran Mudah: Transaksi tanpa tunai di cawangan Redbox dan di seluruh dunia menerusi Visa.
- Ganjaran dan Pulangan Tunai: Dapatkan mata kesetiaan dan pulangan tunai bagi perkhidmatan dan rakan niaga Redbox.
- Promosi Istimewa: Akses awal kepada acara Redbox, keistimewaan VIP dan tawaran bermusim.
Untuk maklumat lanjut mengenai RedPay Visa Card dan acara-acara yang akan datang, sila layari www.redbox.com.my.