Siakap Keli
EIDisi Manis, Versi Sunway Pyramid: Raikan Hari Raya Paling Manis Dengan Inspirasi Kuih-Muih Dan Kelezatan Tempatan!
Gambar Hiasan

EIDisi Manis, Versi Sunway Pyramid: Raikan Hari Raya Paling Manis Dengan Inspirasi Kuih-Muih Dan Kelezatan Tempatan!

EIDisi Manis, Versi Sunway Pyramid: Raikan Hari Raya Paling Manis Dengan Inspirasi Kuih-Muih Dan Kelezatan Tempatan!

Kuala Lumpur, 13 Mac 2025 – Tahun ini, ‘EIDisi Manis’ di Sunway Pyramid membawa sambutan meriah yang diinspirasikan oleh kecintaan rakyat Malaysia terhadap kuih-muih tradisional. Nikmati penebusan eksklusif, ganjaran istimewa, dekorasi memukau, promosi berbuka puasa yang menarik, serta inisiatif CSR yang bermakna. Sertai kami untuk meraikan kegembiraan, tradisi dan semangat memberi dalam perayaan yang penuh manis ini!

Mengangkat elemen kuih-muih tradisional dan juadah manis yang menjadi elemen utama dalam perjumpaan Hari Raya, setiap sudut Sunway Pyramid akan dipenuhi dengan perayaan yang penuh warna-warni dan kaya dengan pengalaman deria. Sambutan ini menonjolkan bagaimana juadah manis bukan sekadar hidangan, tetapi juga mengeratkan hubungan kekeluargaan, persahabatan dan masyarakat.

Bagi menyokong seni tempatan, Sunway Malls telah berkolaborasi dengan thatDania, seorang ilustrator dan animator Malaysia yang terkenal dengan penggunaan warna-warna berani dan tema nostalgia yang kreatif. ThatDania telah menghasilkan koleksi eksklusif sampul duit raya dan tiffin ‘EIDisi Manis’ yang boleh ditebus berdasarkan konsep ‘siapa cepat, dia dapat’ di semua pusat beli-belah Sunway Malls.

Rekaannya menggambarkan keindahan juadah manis yang menyatukan orang ramai ketika Hari Raya, menggabungkan kehangatan tradisi dengan sentuhan moden yang berwarna-warni. Lebih daripada sekadar sampul duit raya dan tiffin, karyanya mengubah cenderamata ini menjadi pengalaman penceritaan visual yang mengimbau kenangan manis serta mencetuskan kegembiraan kepada pembeli-belah dari semua peringkat umur. Pastikan anda mendapatkannya sebelum kehabisan!

Tapi itu bukan semuanya – Sunway Pyramid adalah destinasi lengkap untuk segala keperluan Raya anda! Cari koleksi baju Raya terkini dan menawan di AURI dan Rimba, dapatkan produk kosmetik di SEPHORA, dan nikmati juadah berbuka puasa di mana-mana restoran kami, termasuk Supamala, Dandy’s dan banyak lagi.. 

Untuk tempoh terhad, Sunway Pyramid turut bekerjasama dengan jenama tempatan untuk menawarkan pelbagai pilihan baharu, termasuk aksesori buatan tangan bertemakan makanan yang comel serta snek nostalgia zaman kanak-kanak yang pasti akan menceriakan sesi membeli-belah Raya anda!

Location Tenants Date
LG2 Orange Concourse
  • Khatam
  • Kapten Batik
  • Rimba
  • Qhalesaa
  • Happy Dumpy 
7 March hingga 6 April
GF Oasis Lobby
  • Tari
  • Childhood
  • Hollakidz

Ganjaran & Hadiah Eksklusif
Sunway Pyramid turut menawarkan pelbagai ganjaran menarik dan hadiah eksklusif bernilai lebih daripada RM600,000! Hanya berbelanja dan tebus ganjaran anda: 

Ganjaran Syarat Perbelanjaan
Sampul Duit Raya Manis Berbelanja RM350 dan keatas dalam maksimum 2 resit (RM250 untuk pemegang kad HSBC)
Tiffin Raya Manis Berbelanja RM1,500 dan keatas dalam maksimum 3 resit (RM1400 untuk pemegang kad HSBC) 
Hadiah Top Spender – Set Hadiah Produk Shu Uemura bernilai lebih RM1000 ! 15 Pembelanja teratas sepanjang kempen

Menebus mana-mana item ini juga secara automatik akan melayakkan anda untuk menyertai cabutan bertuah EIDisi di semua Sunway Malls, di mana anda berpeluang memenangi salah satu daripada tiga kereta baharu:

    • Proton e.MAS 7 Prime 
    • Mitsubishi Xpander Base 
  • Proton S70 Premium

Selain itu, Manis Giveaway membolehkan anda memenangi hadiah eksklusif melalui aplikasi Sunway Malls, termasuk peluang untuk mendapatkan set pakaian keluarga sedondon daripada Khatam, Kapten Batik dan banyak lagi!

Sementara itu, Manis Journey memberi ganjaran kepada anda semasa berbuka puasa! Berbelanja RM30 ke atas dalam satu resit di mana-mana 3 restoran sepanjang kempen, muat naik resit melalui aplikasi Sunway Malls, dan tebus baucar makanan di Kaunter Ganjaran di LG2 Orange Concourse.

Nostalgia Permainan Raya & Inisiatif CSR

Jangan lepaskan peluang untuk mengimbau kenangan zaman kanak-kanak dengan bermain permainan tradisional seperti congkak dan batu Seremban – permainan klasik yang telah menyatukan keluarga sejak turun-temurun. Selain itu, rakam kenangan Hari Raya anda di booth gambar ‘Manis Moments’ dan abadikan memori indah ini untuk tahun-tahun akan datang.

Lebih daripada sekadar perayaan, Hari Raya juga tentang memberi. Tahun ini, Sunway Pyramid menyokong keluarga yang memerlukan melalui inisiatif CSR yang bermakna: 

  • Berkerjasama dengan KitaRefill dan Hometoomuch untuk menyediakan bantuan asas kepada keluarga B40
  • Bekerjasama dengan SJ Echo – platform berita komuniti Subang Jaya – dan ADUN Subang Jaya untuk memperluaskan impak komuniti
  • Menyumbang RM1 untuk setiap produk yang dijual di booth amal – setiap pembelian pembeli akan memberi perubahan

Setiap sumbangan, besar atau kecil, membantu memastikan kegembiraan Raya sampai kepada mereka yang paling memerlukannya.

Jom ke Sunway Pyramid dan cipta kenangan Raya paling manis! Sama ada untuk berbuka puasa, membeli-belah, bermain permainan nostalgia, atau memberi kembali kepada komuniti, pasti ada sesuatu untuk semua orang dalam perayaan ini. Sertai kami dari 7 Mac hingga 6 April 2025 dan alami Raya yang luar biasa.

Untuk maklumat lanjut mengenai perayaan Hari Raya di Sunway Pyramid, promosi eksklusif, aktiviti dan banyak lagi, layari laman web atau media sosial kami (@sunway_pyramid).

Siti Sakinah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.