Siakap Keli
Gambar Hiasan via Bernama

Jimat Sampai Raya, Lelaki Kongsi Hanya Belanja RM35 Untuk Juadah Berbuka Seminggu

Jimat Sampai Raya, Lelaki Kongsi Hanya Belanja RM35 Untuk Juadah Berbuka Seminggu

Seperti kebiasaan setiap tahun, bulan Ramadhan merupakan bulan yang agak mencabar untuk sesetengah orang menjaga poket mereka. Mana tidaknya, dengan wujudnya bazar Ramadan di merata-rata tempat, ia sedikit sebanyak menggugat selera makan seseorang. Malah, ada yang sukar untuk mengawal perbelanjaan setiap kali ke bazar sehinggakan berhabis sehingga RM100 untuk juadah berbuka sahaja. Jika dihitung setiap hari dengan kadar berikut, boleh mencecah ribuan ringgit jadinya.

Sudah ada pelbagai kempen kesedaran untuk memastikan orang ramai tidak terbabas ketika berbelanja di bazar Ramadan, malah ada yang siap kongsikan tips bagaimana hendak berjimat. 

Walau bagaimanapun, ada satu perkongsian daripada seorang lelaki tentang perbelanjaannya yang sangat jimat untuk tempoh seminggu. Menurut Haikal Syafiq menerusi perkongsiannya di Facebook, dia katakan hanya berbelanja RM35 untuk juadah berbuka dalam tempoh seminggu. Secara purata, dia berbelanja hanya RM5 untuk juadah berbuka sehari. Tambahnya lagi, dia mendapatkan juadah yang sempurna iaitu dapat makan nasi dengan lauk, serta dapat air manis lagi. Tapi kat mana nak dapat hidangan sebegitu dengan hanya RM5 ?

Memetik perkongsian Syafiq, dia mengambil langkah bijak dengan membeli juadah berbuka di Mydin, kerana di sana ada ditawarkan Menu Rahmah dengan harga RM4.90 bagi setiap set. Apa yang lebih menarik, menu rahmah tersebut menghidangkan makanan-makanan lazat yang mengenyangkan seperti mee sup, laksa penang, nasi putih bersama lauk yang berbeza pada setiap hari.

Menurut Syafiq, dia juga mendapat satu Warrior Minuman Berkarbonat PLUS dengan setiap pembelian Menu Rahmah. Tambahnya lagi dalam perkongsian itu, terdapat 23 cawangan Mydin yang menawarkan Menu Rahmah seperti yang dinikmatinya. Konsep Menu Rahmah di Mydin juga amat menarik kerana setiap hari menu yang ditawarkan berbeza-beza. Jadi tiada masalah untuk orang seperti Syafiq untuk membelinya setiap hari. Makan sedap, jimat pun jimat sampai raya. Menu Rahmah ni ada sepanjang bulan puasa tau, dari 1 – 30 Mac 2025. Jadi inilah peluang nak berjimat dan buat tabungan untuk raya nanti.

juadah berbuka seminggu

Tapi kat mana je Mydin yang tawarkan Menu Rahmah ni? Korang jangan risau, min mesti akan share kat korang seperti di bawah.

  • SUBANG JAYA HYPERMARKET – (SJH)
  • MYDIN SEMENYIH HYPERMARKET – (SMH)
  • KUALA TERENGGANU HYPERMARKET – (KTH)
  • GONG BADAK HYPERMARKET – (GBH)
  • KUBANG KERIAN HYPERMARKET – (KKH)
  • BUKIT JAMBUL HYPERMARKET – (BJH)
  • BERTAM HYPERMARKET – (BRH)
  • BUKIT MERTAJAM HYPERMARKET – (BMH)
  • MYDIN SEREMBAN 2 HYPERMARKET – (SBH)
  • MYDIN TUNJONG HYPERMARKET – (TJH)
  • JENGKA HYPERMARKET – (JKH)
  • MYDIN MELAKA HYPERMARKET – (MLH)
  • MYDIN SENAWANG HYPERMARKET- (SWH)
  • PELANGI INDAH HYPERMARKET – (PIH)
  • MYDIN TAMAN RINTING (MTRH)
  • MUTIARA RINI HYPERMARKET – (MTH)
  • MYDIN KULAI HYPERMARKET – (KUH)
  • MYDIN TAMAN BATIK – (TBH)
  • MYDIN TAMAN SAGA BAZAAR – (TSB)
  • MYDIN WHOLESALE TEMAN GOPENG – (WTG)
  • PARIT BUNTAR HYPERMARKET – (PBH)
  • MYDIN MERU RAYA HYPERMARKET – (MRH)
  • MYDIN JASIN HYPERMARKET – (JSH)
  • MYDIN PULAU SEBANG – (PSH)

Jadi, dah alang-alang korang nak ke Mydin sama ada dengan tujuan untuk membeli barangan keperluan atau membeli juadah berbuka, korang boleh lah sekaligus mendapat kedua-dua faedah seperti yang diterangkan sebelum tadi. Kalau korang datang nak berbelanja, gunalah e dompet dan jangan terlupa untuk gandakan penjimatan dengan membeli juadah berbuka dengan menu Rahmah RM4.90.

Jadi kalau korang nak berjimat, memang inilah pilihan yang sebaiknya. Dah alang-alang ke Mydin tu, korang boleh terus berjimat dengan pelbagai diskaun dan ganjaran yang ditawarkan, termasuklah baju raya yang kualitinya tinggi namun harganya rendah.

Diskaun dan ganjaran tersebut sebenarnya adalah elemen di dalam kempen raya Mydin iaitu Excited Raya 2025. Antara elemen lain adalah Mydin Prihatin, pengagihan bubur lambuk, Belanja & Menang Oppo dan banyak lagi. Kalau korang nak tahu lagi, korang kena la semak di pautan INI.

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.