Siakap Keli
Keanggunan & Pengaruh Seni Bina Berunsur Islamik Dalam Mercu Tanda Ikonik Malaysia
Gambar Hiasan

Keanggunan & Pengaruh Seni Bina Berunsur Islamik Dalam Mercu Tanda Ikonik Malaysia

Keanggunan & Pengaruh Seni Bina Berunsur Islamik Dalam Mercu Tanda Ikonik Malaysia

Malaysia merupakan tanah air kepada pelbagai keajaiban seni bina yang menampilkan gabungan harmoni antara elemen tradisional Islamik dan inovasi moden. Ketika kita menyambut bulan suci Ramadan dan menantikan ketibaan Hari Raya Aidilfitri, keindahan seni bina Islamik di sekeliling kita menjadi lebih bermakna. Dari keemasan kubah Istana Negara hingga pancaran corak geometri di Pintasan Saloma, mari kita hayati bagaimana struktur-struktur ini mencerminkan kehalusan seni Islam yang tiada tandingan.

Istana Negara: Istana Keagungan Islamik

Terletak megah di Kuala Lumpur, Istana Negara adalah lambang kedaulatan, keimanan, dan tradisi. Berdiri di atas tanah seluas 97.65 hektar, istana ini siap sepenuhnya pada tahun 2011 dan menggabungkan elemen seni bina Islamik dan Melayu dengan begitu indah, mencipta sebuah mahakarya diraja yang mencerminkan warisan budaya Malaysia.

Salah satu ciri paling menonjol di Istana Negara ialah kubah emasnya yang berkilauan di bawah cahaya matahari Malaysia. Sebanyak 22 kubah, termasuk kubah utama setinggi 40 meter, diinspirasikan daripada seni bina Islam klasik, di mana kubah melambangkan kesatuan, ketuhanan, dan keluasan alam semesta. Dua kubah terbesar dihiasi dengan motif sirih bertindih, yang merupakan simbol penghormatan elegan kepada budaya Melayu.

Bahagian dalam istana juga tidak kurang mengagumkan. Balairong Seni yang menjadi lokasi upacara diraja dihiasi dengan ukiran Asmaul Husna (99 nama Allah) yang begitu halus, manakala mihrab di ruang solat dihiasi dengan kaligrafi Al-Quran yang diukir oleh tukang mahir dari Terengganu dan Kelantan.,

Menjaga keindahan Istana Negara bukanlah sebuah tugas yang mudah. Inilah peranan Nippon Paint dalam mengekalkan keagungannya. Istana ini telah dicat semula pada tahun 2017 dan 2024, bagi memastikan ia kekal anggun sepanjang zaman. Siri Nippon Paint Weatherbond®, yang diformulasikan dengan Quartz Technology, menjamin ketahanan jangka panjang terhadap unsur cuaca. Beberapa lapisan khas digunakan, termasuk Nippon Paint PU Recoatable Finish (9307 Gold) untuk kubah dan pagar, Nippon Paint Weatherbond® (PRO 0007 White Satin) untuk dinding umum, serta Nippon Paint Royal Stone (RS 15096 (A)) untuk dinding khas. Lapisan pelindung ini bukan sahaja memperindah struktur tetapi juga memberikan perlindungan unggul, untuk mengekalkan kemegahan Istana Negara untuk generasi akan datang.

Pintasan Saloma: Mercu Tanda Islamik Moden di Tengah KL

Pintasan adalah jambatan pejalan kaki sepanjang 370 meter yang menghubungkan Kampung Baru ke Pusat Bandar Kuala Lumpur (KLCC). Dinamakan sempena Saloma, penyanyi legenda Malaysia dan isteri P. Ramlee, jambatan ini bukan sahaja memberi penghormatan kepada sejarah hiburan negara tetapi juga menerapkan unsur seni bina Islamik dan Melayu.

Struktur melengkung dan bertindih Jambatan Saloma mengambil inspirasi daripada susunan “Sirih Junjung”, elemen penting dalam majlis perkahwinan Melayu. Rangka keluli berjalin pada jambatan ini adalah ciri utama seni Islamik, memantulkan cahaya matahari pada siang hari untuk menghasilkan kilauan halus yang menambah karakter unik jambatan ini. Bayang-bayang yang tercipta apabila pejalan kaki melintasinya memberikan pengalaman visual yang menawan di samping meningkatkan pengudaraan dan teduhan untuk keselesaan.

Apabila malam menjelma, Jambatan Saloma berubah menjadi paparan cahaya dan warna yang memukau. Dengan 4,100 lampu LED berbentuk berlian, jambatan ini menyinari langit malam dan menampilkan pertunjukan warna yang dinamik semasa perayaan seperti Hari Kebangsaan dan Hari Raya Aidilfitri.

Untuk mengekalkan keindahan struktur ini, Nippon Paint PU Recoatable Finish (RAL 7047) digunakan. Lapisan ini bukan sahaja memperkayakan estetika jambatan tetapi juga direka khas untuk persekitaran atmosfera, memberikan kemasan berkilat tahan lama dengan daya tahan tinggi terhadap calar, hentakan, kelembapan, dan percikan bahan kimia ringan.

Masjid Jamek Cina Muslim Klang: Perpaduan Unik Seni Bina Islam dan Cina

Di antara keajaiban seni bina Malaysia, Masjid Jamek Cina Muslim Klang menonjol sebagai lambang perpaduan yang menggabungkan pengaruh Islamik dan Cina. Diinspirasikan daripada Masjid Besar Xi’an di China, masjid ini mencerminkan identiti Malaysia yang pelbagai tetapi harmoni..

Menara pagoda masjid ini menyerupai kuil tradisional Cina, satu elemen unik yang membezakannya daripada kubah masjid biasa. Bumbung berjubin kelabu dan atap melengkung mencerminkan keunikan seni bina Cina, namun di dalamnya terdapat kaligrafi Islam dan motif geometri, menggabungkan dua tradisi hebat dalam satu reka bentuk yang harmoni..

Konsep reka bentuk masjid ini berasaskan paksi utama dengan ruang yang tersusun jelas, merangkumi sebuah halaman serta menara pagoda yang menjadi elemen ikonikyang diinspirasikan daripada seni bina Cina.. Dewan solat utama mampu menampung 1,000 jemaah mempunyai mihrab yang dihiasi dengan kaligrafi bergaya Cina yang begitu elegan. Selain itu, kawasan taman juga boleh dijadikan sebagai ruang solat tambahan apabila diperlukan.

Untuk memastikan keindahan masjid ini terserlah, Nippon Paint Weatherbond® (Purple Lint 160) digunakan pada dinding luar, manakala dinding luar menggunakan Nippon Paint Weatherbond® (Affogato NP AC 2134 A) dan (Weathervane NP N 1987 T). Siling dan dinding dalamannya dicat dengan Nippon Paint Matex Pro (White 9102) untuk memberikan sentuhan halus dan tahan lama. Struktur seperti kekuda bumbung besi dilindungi dengan Nippon Paint 9000 Gloss Finish (Bedrock Bottom NP N 1981 A), manakala pintu dan jeriji logam diperkemaskan dengan Nippon Paint 9000 Gloss Finish (Mahogany 1136) dan Nippon Paint Timber Finish (Teak T104).

Melalui kemasan premium ini, masjid ini berdiri sebagai gabungan sempurna antara tradisi dan ketahanan, memastikan keindahannya kekal terpelihara untuk generasi akan datang.

Memelihara Keindahan Seni Bina Malaysia

Seiring dengan evolusi landskap seni bina Malaysia, pemeliharaan kehalusan seni, warisan budaya, dan keutuhan struktur adalah menjadi keutamaan.

“Sebagai jenama cat No. 1 di Malaysia dan Asia, Nippon Paint amat berbangga kerana dapat menyumbang kepada projek-projek ikonik yang meraikan kepelbagaian identiti seni bina Malaysia. Selama beberapa dekad, kami telah memainkan peranan penting dalam pembangunan berskala besar, membantu menghidupkan mahakarya budaya ini.

“Namun, lebih daripada sekadar lapisan cat, kami juga merupakan peneraju dalam industri pembinaan, sebagai pembekal Total Coating & Construction Solutions (TCCS) yang menawarkan rangkaian produk dan perkhidmatan yang melangkaui fungsi cat semata-mata. Nippon Paint terus meneroka batasan melalui inovasi dan penyelesaian yang serasi, dari permukaan konkrit kasar sehingga ke kemasan akhir. Ini dilakukan melalui pelbagai penyelesaian inovatif, termasuk penyelesaian simen pracampuran (drymix), kalis air (waterproofing), lantai (flooring), sealan, pelekat & pengisi binaan (sealant, adhesive, filler), salutan pelindung (protective coatings), serta salutan seni bina (architectural coatings), bagi memastikan mercu tanda seni bina bukan sahaja indah tetapi juga kukuh dari segi struktur,” kata Tay Sze Tuck, Pengurus Besar Nippon Paint Malaysia.

Antara projek kediaman yang melibatkan Nippon Paint termasuk CIMB Hub dan Nestress Residence di Kuala Lumpur, serta Skymillion Residence di Sabah, di mana penyelesaian TCCS kami telah memainkan peranan penting dalam menyediakan sistem yang serasi sepenuhnya untuk perlindungan berkualiti serta daya tarikan estetika dari peringkat asas hingga kemasan akhir.

Nippon Paint kekal komited dalam memperkasa mercu tanda paling berharga di Malaysia, termasuk projek pembinaan yang berkualiti tinggi dan dibina untuk bertahan lama.

Siti Sakinah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.