Siakap Keli

Samsung Galaxy A56 Ciri Flagship, Harga Mesra Poket

Samsung kembali dengan barisan Galaxy A terbaru; Galaxy A56 5G, Galaxy A36 5G, dan Galaxy A26 5G. Ketiga-tiga model ini direka untuk mereka yang suka berkongsi gaya hidup dengan cara yang lebih ekspresif. Dengan reka bentuk yang lebih segar dan penambahbaikan dari segi kamera serta teknologi AI.

Seperti biasa, Samsung mengekalkan gaya pembungkusan yang ringkas dan premium.  Pegang saja peranti ini, terasa kemas dan selesa dalam genggaman. Semua model dalam siri ini berkongsi DNA reka bentuk yang hampir sama, dengan tepi rata yang menyerupai model flagship Samsung.  Galaxy A56 5G rasa lebih premium dengan kemasan matte di bahagian belakang. Warna Awesome Pink nampak sangat eksklusif.

 

Nota penting juga walaupun ada yang sudah tahu, Siri Galaxy ini juga mempunyai rating IP67, bermaksud ia tahan air dan debu. Jadi, tak perlu risau sangat kalau terkena percikan air.

Paparan Besar & Memukau

Bagi yang gemar menonton video atau bermain game, model ini tidak mengecewakan. Samsung masih mengekalkan skrin Super AMOLED dengan resolusi tinggi yang memberi warna lebih hidup dan kontras yang tajam.

Skrin 6.6-inci yang menyokong kadar segar semula tinggi, menjadikan animasi lebih lancar. Satu ciri menarik yang ditambah ialah Vision Booster, yang memastikan skrin tetap jelas walaupun di bawah cahaya matahari terang.

Kamera Dengan Ciri Terbaik

Bagi yang suka ambil gambar, Galaxy A56 5G menonjol dengan ciri Nightography, membolehkan anda menangkap gambar waktu malam dengan lebih terang dan jelas, seolah-olah diambil pada waktu siang. Kamera utama 50MP juga menyokong OIS (Optical Image Stabilization) untuk gambar lebih stabil dan tajam, walaupun dalam keadaan kurang cahaya. Kamera selfie pula mempunyai HDR Video 12MP, jadi rakaman video lebih tajam dan warna lebih hidup, menjadikan sesi vlogging lebih berkualiti.

Satu ciri menarik yang diperkenalkan ialah Best Face, yang membolehkan kamera menangkap beberapa frame dalam satu masa dan memilih wajah terbaik anda secara automatik. Tak perlu risau lagi tentang mata tertutup atau ekspresi kurang menarik.

Harga & Promosi

Berikut adalah harga rasmi untuk setiap model serta promosi yang ditawarkan:

Model RAM + Memori RRP Harga Selepas Rebat Warna
Galaxy A26 5G 6+128GB RM 1,199 RM 999 Black, Mint, Peach Pink
Galaxy A26 5G 8+256GB RM 1,399 RM 1,199 Black, Mint, Peach Pink
Galaxy A36 5G 6+128GB RM 1,499 RM 1,299 Awesome Lavender, Awesome Black, Awesome White, Awesome Lime
Galaxy A36 5G 12+256GB RM 1,699 RM 1,499 Awesome Lavender, Awesome Black, Awesome White, Awesome Lime
Galaxy A56 5G 8+128GB RM 1,999 RM 1,799 Awesome Lightgray, Awesome Graphite, Awesome Olive, Awesome Pink
Galaxy A56 5G 12+256GB RM 2,199 RM 1,999 Awesome Lightgray, Awesome Graphite, Awesome Olive, Awesome Pink

Promosi Istimewa:

  • E-Voucher eksklusif bernilai RM100
  • Double Storage upgrade bernilai RM200
  • 1 Tahun Waranti Tambahan bernilai RM129
  • Diskaun sehingga 30% untuk pembelian Galaxy Watch, Buds, Tablet atau Aksesori terpilih

Pembelian boleh dibuat selepas embargo tamat pada 13 Mac 2025, jam 10 pagi.

Kesimpulan – Worth It Ke Tidak?

Setakat ini, siri Galaxy A 2025 nampaknya membawa perubahan yang cukup menarik. Reka bentuknya lebih premium, skrin lebih terang, dan beberapa ciri flagship mula masuk dalam kategori mid-range ini.

Jika anda mahukan telefon yang tampak eksklusif tanpa perlu berbelanja besar, Galaxy A56 5G, A36 5G dan A26 5G adalah pilihan yang patut dipertimbangkan. Layari pautan dibawah untuk maklumat lanjut.

Nur Farra

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.