Tak Kisah berbelanja Ratusan Ribu, Shiha & Leda Zikir ‘All-out’ Untuk Lagu Tum Tum Raya
Juara Famili Dua 4 baru-baru ni, Shiha dan Ieda Zikir kembali dengan lagu raya terbaru berjudul ‘Tum Tum Raya’.
Lagu raya tersebut digubah oleh Ajay Amai, Napie Hassan dan Shira sendiri. Lirik lagu ini juga dihasilkan oleh mereka juga. Dengan mengabungkan elemen ceria dan komedi, lagu Tum Tum Raya dilancarkan pada 5 Mac yang lalu.
Menurut Shiha, lagu raya kali ini mempunyai keistimewaanya sendiri. Bukan apa, proses pembikinan lagu ini perlu disunting beberapa kali untuk mengikut gaya Shiha yang tersendiri.
“Sebenarnya tajuk asal lagu ini sepatutnya Dendang Raya atau Terpaling raya, tapi bila saya dengar lagu ini kembali dia studio saya rasa bahagian ‘tum tum’ yang ada dalam lagu macam sesuai untuk dijadikan judul lagu ini. Terhasilah ‘Tum Tum Raya’.”
“Bukan itu saja, saya juga berbincang dengan komposer boleh tak lagu raya ini dicampur dengan mood ceria dan fun pasti lebih menyeronokkan untuk didengar dan ditonton.
Mengulas sedikit tentang kerjasama dengan kakaknya, Ieda Zikir dalam lagu tersebut. Shiha akui mahu menghargai kakaknya dengan merakamkan klip video raya ini sebagai momen indah sebagai adik beradik dalam industri muzik tanah air.
“Kak Ieda banyak mengajar saya menyanyi sejak kecil lagi, saya rasa ini masa yang tepat untuk kami adik-beradik merakamkan lagu berduet bersama disamping bahang pertandingan Family Duo 4 masih belum hilang dan orang masih mengingati kami sebagai pemenang”
“Saya sangat hargai komitmen dan kerja keras semua pihak menjayakan video muzik ini. Saya sangat tersentuh kerana mereka langsung tak tunjuk rasa penat malah bersemangat pada hari penggambaran dari jam 8 pagi hingga 6 pagi keesokannya. Memang penat, tapi saya jenis kalau buat sesuatu mesti kena bersungguh-sungguh.
“Apapun saya sangat berterima kasih kepada penaja utama iaitu Giant Malaysia serta penaja bersama iatu Kimball dan produk biskut SF. Mereka sudi untuk ada bersama-sama saya dalam pembikinan video muzik ini. Saya rasa kalau tiada mereka, nyawa-nyawa ikan jugalah untuk siapkan,” katanya.
Sementara itu Encik Andre Lim selaku Ketua Pemasaran Giant Malaysia berkata, pihaknya selaku penaja utama berpendapat bahawa lagu Tum Tum Raya dapat menyampaikan mesej-mesej positif yang tersendiri.
“Kami dari Giant Malaysia memilih untuk menjadi penaja lagu ini kerana kami percaya muzik dan perayaan adalah elemen penting dalam menyatukan masyarakat. Selain itu, lagu raya ini bukan saja menghiburkan malah juga membawa mesej tentang kemeriahan dan kebahagiaan yang selari dengan nilai-nilai Giant Malaysia sebagai jenama yang sentiasa dekat di hati rakyat negara ini.
“Selain itu, kolaborasi ini juga mencerminkan komitmen Giant Malaysia dalam menyokong bakat tempatan dan menyumbang kepada industri kreatif negara,” katanya. Berkongsi beberapa berita gembira, Andre berkata, Giant Malaysia melancarkan dua kempen istimewa yang boleh dinikmati orang ramai.
“Sebagai sebahagian daripada kemeriahan Hari Raya, Giant Malaysia ingin mengumumkan dua kempen istimewa. Pertama adalah Kempen Pemberian Motosikal Percuma yang sedang berlangsung. Setiap perbelanjaan RM100 di mana-mana cawangan Giant akan memberi anda satu penyertaan untuk memenangi motosikal menarik. Lebih banyak membeli, lebih tinggi peluang untuk menang.
“Selain itu, kami juga melancarkan Kempen Jom Sedekah yang bertujuan membantu golongan yang memerlukan sempena bulan mulia ini. Melalui kempen ini, pelanggan boleh menyumbang barangan keperluan asas atau dana untuk mereka yang kurang bernasib baik. Giant Malaysia komited untuk memberi kembali kepada komuniti dan menyebarkan semangat bermurah hati sempena Hari Raya yang bakal tiba.
“Di Giant, anda bukan saja boleh jimat malah berpeluang memenangi motosikal dan pada masa sama, boleh berbuat amal kebajikan dengan menyertai Kempen Jom Sedekah,” jelasnya. Pihak Giant Malaysia juga berharap agar lagu Tum Tum Raya mendapat sambutan luar biasa daripada orang ramai.
“Semoga lagu ini akan menjadi satu lagi lagu ikonik dalam senarai lagu raya kegemaran rakyat Malaysia. Kami juga berharap ia dapat menyentuh hati pendengar, menyebarkan mesej kasih sayang dan membawa kemeriahan kepada semua. Giant Malaysia juga berharap kolaborasi ini dapat memperkukuhkan hubungan kami dengan komuniti dan terus menjadi sebahagian daripada kenangan manis rakyat Malaysia,” katanya.