Korang mesti perasan kan, bila ke masjid, pasti ada tabung infak untuk orang ramai bersedekah bagi pembangunan masjid dan kegunaan masyarakat setempat. Selain tu, ada juga badan-badan kebajikan yang sediakan tabung di tempat awam seperti kedai makan untuk mengutip sumbangan orang ramai.
Baru-baru ini, seorang gadis berkongsi sikap pelik ayahnya setiap kali bersedekah. Walaupun hidup sederhana, lelaki itu sering bersedekah, malah mengutamakan wang lebih besar berbanding duit ‘kecil’. Namun yang menimbulkan tanda tanya ialah apabila si ayah sentiasa menyembunyikan duit itu dalam lipatan duit yang lebih kecil.
Abah I ni ada satu habit yang I respect, dia suka bersedekah. Baik sedekah senyuman atau duit, dua-dua abah selalu buat. Tahun ni abah dah 60 tahun, tapi ramai ingat abah masih 50-an. Mungkin antara sebabnya abah jenis ceria dan suka senyum kat orang.
Kalau ada masalah pun, abah jenis chill dan tak cepat serabut. Ada satu amalan paling jelas yang kami selalu perasan, abah jenis tak lokek dengan semua orang. Tak kiralah ahli keluarga, masjid atau orang susah kat kampung kami.
Walaupun ada sesetengah orang cuba ambil kesempatan atas kebaikan abah, abah tetap tak serik bersedekah.
Satu cara ‘pelik’ abah bila bersedekah, abah akan balut duit besar dalam duit kecil. Kalau dalam poket ada RM20 dan RM1, abah akan bagi RM20 dulu. Tapi dibalut dalam duit RM1. Macam tu jugak kalau ada duit RM50 atau RM100.
Bila tanya kenapa, katanya sebab abah taknak orang tahu. Abah cakap biar tangan kiri tak tahu apa yang tangan kanan sedekahkan. Sorok kebaikan macam mana kita sorok keburukan kita.
Dan abah cakap tak rasa rugi sikit pun sebab duit tu kecil je dibandingkan dengan nikmat Allah bagi. I paling terkesan dengan ayat abah yang ni,
“Apalah sangat RM50, RM100 tu dengan nikmat kesihatan, keluarga dan harta Allah bagi sepanjang 60 tahun abah hidup ni. Tak luak pun.
“Umur pun dah tua, duit sedekah ni la harta akhirat yang abah ‘kirimkan’ lebih awal, buat saving kat ‘sana’ nanti.”
Dah berapa korang ‘saving’ untuk akhirat?
Tak perlu kaya pun untuk buat simpanan kat akhirat. Hatta infak RM1 yang ikhlas pun lebih besar nilainya berbanding RM100 yang riak.
Sempena bulan mulia, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) nak beri peluang untuk korang sama-sama bersedekah sepanjang Ramadan dan Syawal tahun ini.
Kalau korang nak tahu, YAPEIM ditubuhkan untuk membantu membangunkan ekonomi umat Islam dengan memperkasakan pendidikan, keusahawanan serta menjalankan aktiviti kemasyarakatan.
Sepanjang 40 tahun penubuhan, YAPEIM dah berjaya membantu hampir 14 juta penerima manfaat dengan agihan keseluruhan berjumlah RM725 juta melalui pelbagai inisiatif dan program di seluruh negara.
Korang pun boleh jadi sebahagian daripada pembangun ummah. Nak infak sekarang dah mudah, tak macam dulu ada tabung.
Melalui Kempen Infaq Qaseh Ramadan & Syawal YAPEIM ni, korang boleh transfer online je dan pilih nak menyumbang secara one off atau setiap bulan. Kempen ni dah pun bermula dan akan tamat bila Syawal berakhir, Jadi rebut peluang ni sekarang.
Ni link kalau korang nak beri sumbangan secara one-off, https://qaseh.yapeim.my/infaq-qaseh-ramadan/
Dan ni link kalau korang nak buat sumbangan automatik melalui Direct Debit YAPEIM, https://infaqpay.my/go/yapeim?referrer=siakapkeli
Dalam mengumpul harta dunia, jangan lupa kirim ke ‘sana’. Ikuti Inspirasi Qaseh di WhatsApp Channel dan TikTok InspirasiQasehKu