Sharifah Shahirah Sah Kendali ‘3 Pagi Era’ Untuk Sementara
Pelakon dan penyampai radio, Sharifah Shahirah Syed Abu Bakar atau lebih mesra dipanggil Kak Rara bakal bergandingan bersama Haziq dan Namie di Era FM Isnin depan.
Perkara tersebut disahkan stesen radio berkenaan menerusi satu muat naik di laman Instagram.
“Ramai yang minta kan nak tengok DJ paling Rare ni kat 3 Pagi Era. Dia pun dah bersiap sedia tau nak jadi juruhebah, korang kena tengok penampilan DJ Rare ni bersama Haziq dan Namie bermula 17 Mac ini di 3 Pagi Era,” umum stesen radio itu.

Untuk pengetahuan, penampilan Shahirah yang memilih untuk menggunakan nama DJ Rare ini hanya untuk sementara waktu. Ia bagi menggantikan ketiadaan Nabil, Azad dan Radin.
Dalam muat naik berlainan, Shahirah turut mendedahkan kesanggupannya hadir ke konti seawal 5 pagi bagi memberi sokongan buat stesen radio tersebut. Menerusi rakaman video tersebut, Shahirah kelihatan serasi berbual bersama Haziq dan Namie biarpun hanya menerusi panggilan telefon.
“Selalu pagi dapat panggilan daripada scammer,” seloroh Shahirah.
Apabila diberitahu tentang rakaman video Shahirah yang berlatih menjadi juruhebah Era FM, artis tersebut tidak menyangka bakal disunting menjadi bunga yang bakal mengharumkan konti di pagi hari.
https://www.instagram.com/p/DHIaKPivsKz/
“Kita berlatih je. Saja lah untuk mengisi masa lapang walaupun Era macam tak kena dengan saya. Saya tak legend tapi saya boleh untuk merealisasikan impian saya untuk masuk radio nombor satu paling legit ni,” ujarnya.
Tidak percaya menerima panggilan dari Era FM, Shahirah kedengaran teruja apabila diminta cuba bacakan beberapa dialog sebagai DJ Rare.
BACA: Bergurau Beg Rakan Ada Bom Di Lapangan Terbang, Warga Emas Didenda RM100