Siakap Keli
amaran 3 negeri
Kredit: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia)

Amaran Hujan Lebat Di 3 Negeri, 1 Wilayah

Amaran Hujan Lebat Di 3 Negeri, 1 Wilayah

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat melibatkan tiga negeri dan satu Wilayah Persekutuan sehingga 7 malam ini.

Menerusi amaran yang dimuat naik di laman Facebook jabatan berkenaan, daerah Kluang, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru di Johor dijangka hujan lebat.

Begitu juga dengan daerah  Samarahan (Simunjan), Sri Aman, Betong, Sarikei (Pakan dan Julau), Kapit (Belaga), Bintulu, Miri dan Limbang di Sarawak.

Manakala di Sabah, MetMalaysia menyenaraikan daerah Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar) dan Tawau (Tawau dan Semporna) bakal menerima hujan lebat.

Wilayah Persekutuan Labuan turut dijangka alami hujan lebat.

Kredit: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia)

Terdahulu, MetMalaysia mengeluarkan ramalan cuaca signifikan yang menunjukkan luruan monsun dijangka berterusan sehingga 23 Mac 2025.

“Keadaan ini berpotensi menyebabkan hujan berterusan di Sarawak, Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan dan timur Semenanjung serta angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan dalam tempoh berkenaan,” maklum jabatan tersebut.

Susulan itu, Amaran Hujan Berterusan pada tahap waspada telah dikeluarkan bagi negeri Sarawak. Amaran ini berkuat kuasa bermula 18 hingga 20 Mac 2025. Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora turut dikeluarkan bagi perairan Laut China Selatan berkuat kuasa pada 18 hingga 21 Mac 2025.

Berikutan itu, orang awam dinasihat agar berhati-hati ketika berada di luar dan amalkan langkah keselamatan semasa memandu.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) (1) (2)

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: