100% Pure Play: New Zealand Boleh Dimainkan Dalam Minecraft
MALAYSIA, 19 March 2025 – Untuk meraikan keluaran “A MINECRAFT MOVIE” yang telah difilemkan di lokasi tempatan yang akan datang, New Zealand telah bekerjasama dengan Warner Bros. Pictures dan Mojang Studios untuk mencipta DLC destinasi pertama di dunia (kandungan boleh dimuat turun) untuk Minecraft. Mereka menjemput pengguna di seluruh dunia untuk cuba ‘bermain’ dengan New Zealand dalam mod permainan.
Bakal manuhiri (pelawat) boleh meneroka pelbagai aktiviti dunia sebenar dalam Minecraft Aotearoa New Zealand DLC seperti mendayung waka (kanu) di Abel Tasman, melawat gua cacing bercahaya di Waitomo atau melihat bintang di Tekapo. Kemudian, mereka boleh mencipta pengembaraan kehidupan sebenar dengan menempah pengembaraan kehidupan sebenar Minecraft New Zealand 100% pure rasmi yang menjadikan pencarian maya ini sebagai pengembaraan destinasi impian realiti ke New Zealand.
Pemain akan dapat merasai pengalaman meneroka di sekitar New Zealand dan mengambil bahagian dalam aktiviti pengembaraan yang mencerminkan budaya Aotearoa yang kaya dan unik, landskap yang mengagumkan dan penduduk setempat yang mesra. Enam lokasi ikonik New Zealand disertakan dalam permainan ini termasuk Waitomo Caves (Waikato), Rotorua (Bay of Plenty), Pulau Kapiti (Wellington), Abel Tasman (Nelson/Tasman), Tekapo (Mackenzie) dan Doubtful Sound (Fiordland).
Di samping aktiviti pengembaraan dan pencarian, pemain juga boleh meneroka budaya, adat resam dan khazanah Māori sepanjang permainan seperti menghayati bunyi taonga pūoro (alat muzik) dan mengagumi hidupan liar asli.
Pemain Permainan dan ‘content creator’ pelancongan Denise Teo (@supercatkei) akan membawa pencari pengembaraan dalam perjalanan yang mendebarkan melalui permainan dalam strim langsung khas di Twitch dan TikTok LIVE pada 20 Mac, jam 8 malam dengan mempamerkan pengalaman destinasi yang paling menarik.
Minecraft adalah permainan video terlaris sepanjang zaman dengan daya tarikan yang meluas dan lebih 300 juta salinan telah terjual. Perkongsian itu membolehkan Tourism New Zealand berhubung dengan 70% daripada khalayak sasaran utamanya di pasaran utama yang terlibat secara aktif dengan Minecraft dan menjadikan permainan ini sebagai alat yang berkuasa untuk penglibatan pada tahap global.
Ketua Eksekutif Tourism New Zealand, René de Monchy berharap inisiatif itu akan memberikan inspirasi kepada orang ramai untuk menukar piksel kepada tiket kapal terbang serta datang ‘bermain’ dengan New Zealand secara nyata.
“Inilah peluang kami untuk menjemput orang ramai untuk bermain Aotearoa New Zealand dan menunjukkan pengalaman yang menarik untuk orang ramai di sini. Kami mahu menunjukkan wajah sebenar New Zealand yang serba indah dan menyeronokkan,” kata Encik de Monchy.
DLC itu akan dilancarkan bersama-sama dengan keluaran “A MINECRAFT MOVIE” Warner Bros. Pictures yang dibintangi oleh Jason Momoa dan Jack Black dengan penggambaran dilakukan di New Zealand. Filem ini akan ditayangkan di seluruh dunia dan akan ditayangkan di Malaysia pada 3 April 2025.
Torfi Frans Ólafsson, Pengarah Kreatif Kanan Kandungan Asli & Hiburan di Minecraft & Penerbit “A MINECRAFT MOVIE” berkongsi semangatnya terhadap hubungan kerjasama itu.
“Penggambaran “A MINECRAFT MOVIE” di New Zealand merupakan pengalaman yang menakjubkan. Bakat dan kreativiti pasukan kru tempatan yang sangat berbakat merangkumi nilai-nilai yang kami pegang di Minecraft: nilai positif, kreatif dan rasa ingin tahu.
“Bagi orang luar seperti kami, setiap kali kami tidak bersembunyi di pentas bunyi di studio, kami menggunakan setiap peluang yang ada untuk meneroka keindahan New Zealand yang mengagumkan. Kami melakukan banyak lawatan sehari di sekitar Auckland dan ramai lagi yang melakukan pengembaraan lebih menyeronokkan di South Island. Apabila fotografi utama tamat, kami berasa kecewa kerana pulang dengan begitu banyak lokasi yang belum diterokai. Namun, kami semua dalam pasukan produksi telah merancang percutian untuk kembali ke New Zealand sebagai pelancong.
“Terdapat banyak pengalaman menarik dan unik di sini yang tidak boleh dilakukan di tempat lain di dunia. Kami teruja untuk memberikan gambaran tersebut kepada pemain Minecraft dalam DLC Aotearoa New Zealand yang akan datang,” kata Encik Ólafsson.
Penggambaran di New Zealand dijayakan melalui New Zealand Screen Production Rebate (NZSPR), yang menarik syarikat produksi global utama untuk melakukan penggambaran dan ciptaan hasil kreatif di New Zealand. Ditadbir oleh New Zealand Film Commission (NZFC), insentif ini untuk ‘meningkatkan’ manfaat kepada produksi untuk memberikan faedah tambahan di luar pelaburan ekonomi. Untuk “A MINECRAFT MOVIE”, insentif ini termasuk menyokong penciptaan dan promosi DLC Aotearoa New Zealand.
Pemain Minecraft di seluruh dunia boleh memuat turun dan bermain DLC Aotearoa New Zealand secara percuma daripada Minecraft Marketplace mulai 19 Mac 1AM MYT.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang DLC Aotearoa New Zealand, jadual perjalanan Minecraft 100% Pure rasmi atau perkara yang ditawarkan di Aotearoa New Zealand, sila layari www.newzealand.com/AMinecraftMovie.