Terkini

AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Air Balang
Kredit: Faten Aqeela via TikTok

Korang ‘Wajib’ Tahu Benda Ni Sebelum Beli Air Balang

Siti Nur Ain Natasya

Korang ‘Wajib’ Tahu Benda Ni Sebelum Beli Air Balang

“Air balang” sememangnya popular di Malaysia, tidak kira masa atau musim.

Dalam cuaca panas terik, minuman yang disajikan dalam balang besar ini sering menjadi pilihan ramai, terutamanya di pasar malam atau bazar makanan.

Namun, di sebalik rasanya yang menyegarkan, terdapat “sisi gelap” air balang yang mungkin tidak ramai sedar.

Baru-baru ini, pengguna TikTok @fatenaqeela mencuri perhatian apabila berkongsi “rahsia” sebenar di sebalik air balang yang menjadi ‘kegilaan’ ramai.

Buih di bahagian atas air balang

Menurut @fatenaqeela, ramai yang berfikiran bahawa buih-buih yang terkumpul di bahagian atas air balang adalah tanda minuman sudah basi.

Tapi sebenarnya, ia berpunca daripada bahan tambahan yang digunakan dalam penyediaan air balang, seperti stabiliser dan pewarna makanan.

Kedua-dua bahan ini mempunyai sifat yang boleh memerangkap gelombang udara:

1. Stabiliser – Digunakan untuk menjadikan bancuhan air lebih pekat dan rasa ‘smooth’ di dalam mulut.

2. Pewarna makanan sintetik – Sesetengah pewarna ini bersifat hidrofobik (tidak larut air), menyebabkan udara terperangkap dan membentuk buih yang sukar pecah.

Jadi, setiap kali air dikacau, kedua-dua bahan ini akan menyebabkan buih terbentuk dengan lebih banyak.

‘Risiko’ ais tidak bersih

Air balang memang lebih sedap bila diminum sejuk, tapi tahukah korang bahawa tidak semua ais dibuat daripada sumber air yang bersih dan ditapis?

Sesetengah ais yang digunakan sebenarnya dibuat daripada air paip biasa yang mungkin mengandungi bakteria berbahaya seperti:

  • E. coli – Boleh menyebabkan cirit-birit yang teruk.

  • Salmonella – Punca utama keracunan makanan.

  • Vibrio cholerae – Bakteria yang boleh menyebabkan kolera.

@fatenaqeela menjelaskan, ramai yang berfikiran bakteria akan mati jika dibekukan, tapi sebenarnya bakteria hanya “tidur” dalam keadaan “dormant state”.

Sebaik sahaja ais mencair, bakteria ini akan kembali aktif dan mula membiak, terutama dalam minuman manis yang kaya dengan gula.

Air balang cepat basi

Air balang mungkin nampak menyegarkan, tapi realitinya minuman ini cepat basi.

Ini kerana kandungan gula yang tinggi menjadikannya tempat pembiakan bakteria yang sangat subur.

Jadi, penting untuk ketahui tanda-tanda air balang sudah rosak:

  • Rasa berubah menjadi masam

  • Warna bertukar menjadi lebih gelap atau pudar.

  • Terdapat buih kecil yang menandakan proses fermentasi telah berlaku.

Sebenarnya, untuk memastikan air balang tahan lebih lama, penjual sepatutnya mengasingkan air dan ais dalam balang berbeza.

Di samping itu, air dan ais juga perlu diletakkan di tempat teduh, selain membancuh mengikut keperluan, bukan dalam kuantiti besar sekali gus.

Untuk info, @fatenaqeela memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam Teknologi Makanan.

Beliau juga mempunyai pengalaman selama tujuh tahun dalam industri makanan, di mana beliau bertanggungjawab memantau jaminan kualiti, pengeluaran, serta menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D).

BACA: MyKad Hilang, Lelaki Terkejut Ada Hutang Lebih RM14 Ribu

BACA: “Busker Tradisional” Gamit Nostalgia Zaman Dulu-Dulu

BACA: Gelagat Boboi “Minta Sedekah” Bikin Netizen Terhibur

Sumber: Faten Aqeela via TikTok (1) (2) (3)