Krisis Legasi Malaysia: 85% Belum Bersedia Menjamin Masa Depan Keluarga Mereka – Tinjau Selidik Celik Insurans Sun Life Malaysia 2024/25
Kuala Lumpur, 19 Mac 2025 — 85% rakyat Malaysia bakal menghadapi krisis legasi tanpa perancangan pengagihan pusaka kewangan. Kesimpulan ini dibuat daripada tinjau selidik Sun Life Malaysia iaitu “Insure or Unsure: Sun Life Insurance Literacy Survey” yang mengkaji tahap pengetahuan dan tingkah laku rakyat Malaysia terhadap celik insurans dan perancangan legasi. Tinjau selidik tersebut melaporkan bahawa hanya segelintir rakyat Malaysia telah mengambil langkah bermakna untuk merancang warisan keluarga, walaupun sebilangan besar menganggap mereka memahami subjek tersebut.
Tinjau selidik ini melibatkan 1,040 rakyat Malaysia yang meliputi pelbagai kumpulan pendapatan dan kawasan geografi.
Masyarakat yang Berisiko
Tinjau selidik tersebut mendedahkan tahap yang membimbangkan: walaupun 65% rakyat Malaysia mengakui kepentingan perancangan legasi, hanya 15% telah mengambil langkah bermakna untuk melindungi masa depan kewangan keluarga mereka. Perancang yang proaktif lazimnya menggunakan alat seperti insurans/takaful (71%), dana amanah (53%), dan wasiat (44%), namun majoriti masih belum bersedia, menyebabkan keluarga mereka terdedah kepada kemungkinan ketidakstabilan kewangan, potensi pertikaian, dan ketiadaan pemindahan kekayaan antara generasi.
“Kami terus menambah baik tinjauan tahun sebelumnya yang menumpukan pada bagaimana literasi insurans dan takaful mempengaruhi kesejahteraan kewangan. Dalam edisi kedua ini, matlamat kami ialah untuk meneroka dengan lebih mendalam bagaimana perancangan legasi kewangan mempengaruhi keselamatan kewangan,” kata Raymond Lew, Presiden/Ketua Negara Sun Life Malaysia. “Keputusan yang diperolehi menunjukkan satu fenomena yang membimbangkan. Majoriti keluarga belum bersedia, menimbulkan risiko ketidaktentuan kewangan kepada orang tersayang. Dengan pendekatan yang lebih bersepadu yang menghormati nuansa budaya dan menyediakan alat yang mudah diguna pakai, kita boleh mengubah trend ini dan menjamin masa depan yang lebih cerah untuk keluarga di Malaysia.”
Dalam kalangan 65% yang menyedari keperluan untuk perancangan legasi, 60% sudah berkahwin, 34% masih bujang, dan 6% sudah bercerai, balu atau berpisah, yang menunjukkan bahawa individu sudah berkahwin yang mempunyai anak paling sedar akan keperluan untuk melindungi kewangan keluarga mereka. Bagaimanapun, tanpa perancangan yang kukuh, mereka masih mempertaruhkan keterjaminan kewangan tanggungan mereka.
Hasil tinjau selidik itu juga menekankan bahawa budaya dan kepercayaan agama memainkan peranan penting membentuk amalan perancangan legasi, terutamanya dalam kalangan responden Melayu yang cenderung memilih alat pengagihan harta Islam seperti Hibah (hadiah) dan Wasiat Islam, yang patuh Syariah. Amalan ini menggariskan kepentingan bimbingan yang disesuaikan dengan faktor budaya untuk memenuhi pelbagai keperluan keluarga-keluarga Malaysia.
Satu faktor yang menggalakkan ialah 54% daripada mereka yang telah memulakan perancangan legasi mendapatkan nasihat profesional, menunjukkan kepercayaan yang semakin tinggi terhadap pakar untuk menangani kerumitan perancangan pusaka. Bagaimanapun, bagi keluarga yang belum membuat perancangan yang jelas, tidak menerima bimbingan profesional atau alat yang sesuai dengan budaya mereka, akan meningkatkan kemungkinan berlaku pertikaian, terutamanya dalam struktur keluarga Malaysia yang pelbagai.
Faktor Halangan Utama
Tinjau selidik itu mendedahkan faktor-faktor di bawah sebagai halangan utama rakyat Malaysia dalam perancangan legasi:
- Kekangan Kewangan (41%): Keluarga berpendapatan rendah menghadapi halangan terbesar, dengan 68% yang belum merancang mempunyai berpendapatan di bawah RM5,249/bulan. ● Kekurangan Ilmu (39%): Ramai rakyat Malaysia masih tidak pasti cara untuk bermula, menunjukkan kekurangan sumber dan bimbingan yang boleh didapati.
- Matlamat Kewangan Bercanggah (35%): Keperluan segera sering menjejaskan perancangan jangka panjang, terutamanya dalam kalangan orang bujang dan suami isteri tanpa anak.
Jurang Kekayaan Senyap
Penemuan juga mendedahkan jurang kekayaan yang semakin bertambah dalam perancangan legasi. Dalam kalangan pendapatan tinggi dengan pendapatan isi rumah lebih daripada RM5,000 sebulan, 72% menganggap perancangan legasi sebagai kritikal. Sebaliknya, hanya 45% daripada mereka yang berpendapatan rendah dengan pendapatan isi rumah bulanan kurang daripada RM2,000 menganggap perancangan legasi sebagai penting. Selain itu, dalam kalangan 11% responden belum mengambil sebarang langkah ke arah perancangan legasi, 68% tergolong dalam kumpulan berpendapatan rendah dan langsung tidak mengendahkan topik tersebut, mewujudkan hakikatnya menjadi bom berdetik yang menunggu masa untuk meletup dan meluaskan jurang kekayaan.
Pertikaian Keluarga Pada Masa Depan
Ketiadaan perancangan legasi meningkatkan lagi risiko pertikaian dalam kalangan waris, dan 48% rakyat Malaysia menyatakan usaha mengurangkan pertikaian sebagai satu keutamaan. Keluarga paduan dan berbilang budaya menjadi suri teladan, dengan 82% memainkan peranan aktif membincangkan rancangan mereka berbanding dengan keluarga asas yang kurang proaktif.
“Tanpa perancangan yang kukuh, keluarga terdedah kepada kegawatan kewangan dan keretakan hubungan – isu yang ketara dalam persekitaran masyarakat majmuk Malaysia dan keluarga berbilang bangsa yang semakin meningkat,” tambah Raymond Lew. “Kita sering melihat bagaimana ketiadaan perancangan kewangan yang sewajarnya membawa kepada bukan sahaja masalah kewangan tetapi juga hubungan yang tegang dalam kalangan ahli keluarga yang ditinggalkan. Situasi ini menekankan keperluan kritikal untuk mengutamakan pengurusan kekayaan keluarga sejak dari awal lagi dalam usaha melindungi kedudukan kewangan dan keharmonian keluarga.”
Tahap Ilmu Meningkat Tetapi Belum Mencukupi
Tahap celik atau kefahaman insurans/takaful berasaskan tanggapan sendiri meningkat daripada 28% pada 2023 kepada 35% pada 2024 disebabkan inisiatif-inisiatif seumpama kempen InsureLit Sun Life Malaysia yang bermatlamat meningkatkan pengetahuan kewangan rakyat Malaysia . Bagaimanapun, 23% daripada responden masih kurang pemahaman asas, menekankan keperluan untuk pendidikan berterusan.
“Kami gembira melihat peningkatan dalam bilangan rakyat Malaysia yang mempunyai tahap celik insurans/takaful yang positif, terutamanya mereka yang mungkin bermanfaat daripada kempen InsureLit kami yang diadakan sejak tahun lepas. Namun begitu, masih wujud keperluan dan inisiatif yang berterusan kerana kami berharap untuk memastikan setiap rakyat Malaysia mendapatkan perlindungan 3
sewajarnya dari segi kewangan, dan pengetahuan insurans/takaful memainkan peranan penting untuk membantu mereka mencapai matlamat ini,” tambah Raymond Lew.
Pendekatan Bersepadu untuk Menyelamatkan Masyarakat Daripada Krisis Legasi Kempen InsureLit oleh Sun Life Malaysia, yang kini memasuki tahun kedua, bertujuan untuk meningkatkan tahap celik insurans/takaful rakyat Malaysia, terutamanya dalam perancangan legasi, untuk memastikan keluarga-keluarga bersedia untuk menghadapinya.
“Keluarga adalah tunggak masyarakat kita. Kita perlu memperkasakan rakyat Malaysia dengan pengetahuan, alat dan penyelesaian untuk memastikan kestabilan dan kemakmuran demi generasi akan datang,” kata Raymond Lew. “Perlu ada usaha bersepadu oleh institusi kewangan, penggubal dasar, pemimpin masyarakat dan individu untuk menangani krisis ini, sama ada untuk menjadikan khidmat perancangan pusaka lebih mudah didapati oleh semua lapisan pendapatan atau menawarkan sumber berbilang bahasa untuk membimbing rakyat Malaysia dalam hal ini,” kata Raymond Lew.
Berlandaskan kejayaan Kempen InsureLit 2024, Sun Life Malaysia merancang untuk meningkatkan usahanya pada tahun 2025 dengan inisiatif yang bersasar, termasuk sumber pendidikan digital dan sosial, jerayawara, siri video penerangan, program celik kewangan belia dan banyak lagi.
Pada tahun 2024, kempen InsureLit merangkumi program pendidikan untuk meningkatkan ilmu kewangan dalam kalangan kanak-kanak, aktiviti pengaktifan jenama seperti festival kesihatan untuk memupuk amalan kesihatan dan kesejahteraan, pelancaran produk inovatif dan jerayawara seluruh negara — semuanya dirangka untuk meningkatkan tahap celik kewangan dan insurans sambil memperkasakan rakyat Malaysia untuk menjaga kesejahteraan kewangan mereka.
Berhubung dengan Sun Life Malaysia
Laman Web | Instagram | Youtube
#SunLifeMalaysia
#LifeIsBrighterUnderTheSun
#InsureLit