Siakap Keli
Amanah Raya Teruskan Tradisi Agih 2,000 Pek Bubur Lambuk Menerusi Rezeki Ramadan
Gambar Hiasan

Amanah Raya Teruskan Tradisi Agih 2,000 Pek Bubur Lambuk Menerusi Rezeki Ramadan

Amanah Raya Teruskan Tradisi Agih 2,000 Pek Bubur Lambuk Menerusi Rezeki Ramadan

Kuala Lumpur,20 Mac 2025 – Amanah Raya Berhad (AmanahRaya) hari ini meneruskan tradisi agihan bubur lambuk kepada orang ramai di sekitar Intermark Mall dan Vista Tower. Edaran adalah berkonsepkan ‘Pandu Lalu’ kepada orang ramai yang menggunakan laluan Jalan Tun Razak dan Jalan Ampang.

Selain Bubur Lambuk, Kurma, Kekacang dan Air Mineral turut diagihkan. Insitiatif ini merupakan sebahagian daripada aktiviti CSR Syarikat yang pada kali ini diadakan dengan kerjasama Intermark Mall.

Pengarah Urusan Kumpulan, Amanah Raya Berhad, Ahmad Feizal Sulaiman Khan yang turut serta dalam program Rezeki Ramadan menjelaskkan bahawa aktiviti ini merupakan platform komunikasi di antara AmanahRaya dengan masyarakat sekitar selain daripada mengambil keberkatan sempena bulan Ramadan yang mulia ini.

‘Inisiatif ini boleh dicontohi oleh semua pihak bagi mendekati masyarakat dan berkongsi rezeki‘tambah beliau lagi. 

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Program agihan tersebut yang bermula pada jam 2.30 petang dan berakhir pada jam 4.00 petang turut dihadiri oleh barisan pengurusan bersama lebih 100 orang pegawai Kumpulan AmanahRaya dan pihak di Intermark Mall.

Siti Sakinah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.