Siakap Keli

Harga Barang Tiba-tiba Jatuh ‘Mendadak’, Ramai Tertunggu Apa Yang Jadi 24 – 27 Mac Ini

Harga Barang Tiba-tiba Jatuh ‘Mendadak’, Ramai Tertunggu Apa Yang Jadi 24 – 27 Mac Ini

Orang Malaysia ini adakalanya boleh menjadi terlalu kreatif dan ekstrem dalam bab menyimpan duit serta berjimat-cermat, kan?

Boleh je belek di media sosial, ada banyak tip penjimatan yang dikongsikan. Sebahagiannya kedengaran lucu, tetapi kalau berkesan apa salahnya.

Contohnya situasi-situasi di bawah ini yang kami yakin semua pernah buat.

  • Kumpul produk penjagaan diri dan uncang teh di hotel yang kita diami.
  • Cabut semua plug peralatan elektrik yang kita tidak guna.
  • Tambah air dalam syampu rambut, syampu badan dan syampu tangan.
  • DIY semua benda selagi boleh.

Ada juga situasi yang kita buat tanpa sedar sebenarnya kita tengah berjimat. Bila makan di luar, pasti ada geng yang ambil tanggungjawab untuk ‘menghabiskan’ makanan rakan-rakan yang lain.

Itu belum lagi ada yang sampai minta pelayan restoran untuk bungkuskan baki makanan yang ada untuk dibawa balik.

Paling klasik, tentunya minum air kosong je setiap kali makan di luar atas dasar nak menjaga kesihatan. Tetapi, air kosong ini sebenarnya ‘menu’ yang paling murah dan mesra poket korang boleh dapat.

Percayalah, korang tak keseorangan dalam hal ini kerana hampir semua rakyat Malaysia pernah buat benda yang sama. Silap-silap, dah jadi identiti budaya tempatan tanpa sedar, kan?

Semua penjimatan yang kita buat ini ada sebabnya dan boleh digunakan di tempat lain.

Salah satunya, boleh digunakan untuk membeli-belah secara dalam talian, yang tentunya lebih murah dan mudah berbanding ‘menapak’ ke pusat beli-belah.

Kalau datang je peluang untuk berjimat dan selamatkan dompet daripada ‘koyak’, memang peluang yang datang itu tak akan dilepaskan mudah-mudah.

Misalnya, berita harga barang atas talian yang diramal jatuh mendadak antara 24 (8 malam) hingga 27 Mac ini memang korang tidak boleh abaikan.

Sebenarnya harga barang jatuh untuk empat hari itu ada kena mengena dengan jualan mega sempena perayaan ulang tahun yang ke-13 Lazada Malaysia, Lazada Epic Birthday Sale tidak lama lagi.

Ibarat masa untuk berpesta, memang tak lengkap kalau Lazada tak bagi yang ‘manis-manis’ untuk semua pelanggan setianya, kan?

Daripada baucar-baucar super berbaloi, pelbagai hadiah menarik bernilai puluhan ribu ringgit sehinggalah potongan harga tidak masuk akal ditawarkan.

Apa yang Lazada bagi sempena ulang tahun ini mengesahkan lagi bahawa Lazada adalah platform beli-belah atas talian nombor satu di Malaysia.

Baucar, hadiah, diskaun, penghantaran percuma dan banyak lagi

Untuk tempoh berkenaan, korang boleh nikmati baucar kempen yang sangat awesome, bernilai sehingga RM1,000.

Selain itu, banyak produk daripada jenama-jenama terkenal yang dijual di platform Lazada menawarkan diskaun sehingga 90 peratus.

Memang inilah masa yang sesuai untuk korang laburkan semua penjimatan yang dibuat selama ini untuk dapatkan barang-barang yang dah lama korang impikan selama ini.

Dah dapat diskaun sehingga 90 peratus, Lazada juga memperkenalkan RM27 All Out Deals dengan tawaran terhad bernilai lebih RM40,000 untuk direbut.

Tawaran istimewa lagi luar biasa ini tersedia setiap hari bermula 24 (8 malam) hingga 27 Mac pada 8 pagi, 3 petang dan 9 malam, selagi stok masih ada.

Antara jenama yang ada dalam RM27 All Out Deals termasuk Beacon Mart, Bose, Chow Sang Sang, Cricut, DDPAI, Ecovacs, Getha, GOOJODOQ, GTGAMEZ, Habib, Honor, JBL, KAPAS, KitchenZ, Kormaz, Kun, Levoit, Marshall, SAMEL, Tineco, TP-Link, TTRacing, dan UGREEN.

Korang boleh dapatkan produk-produk terpilih termasuk barang kemas mewah, peranti audio premium, keperluan rumah pintar, aksesori gaming dan banyak lagi daripada jenama di atas pada harga RM27 je.

Mereka yang berpuasa juga boleh menantikan Tawaran Sahur dan Moreh, tersedia secara eksklusif sepanjang Ramadan dengan diskaun hebat untuk snek dari Signature Market, multivitamin gummies dari Mulittea, susu kambing berkhasiat, kurma Safawi, dan banyak lagi.

Tawaran ini boleh didapatkan pada waktu Sahur (3 – 8 pagi) dan Moreh (8 malam – 12 tengah malam).

Lagi menarik, ada produk-produk ini datang sekali dengan penghantaran percuma Semua Free Shipping di seluruh platform. Apa pun, Lazada memang beri Jaminan Harga Terendah untuk semua pelanggannya.

Lazada Epic Birthday Surprise, boleh menang hadiah bernilai sehingga RM21,000

Tak lupa juga sehingga 27 Mac ini, korang wajib Google kata kunci “Lazada Epic Birthday Surprise” untuk mencari satu laman web khas yang disediakan oleh Lazada.

Di laman web khas itu, korang pecahkan “hippo bank” dan berpeluang memenangi baucar bernilai sehingga RM100 untuk ditebus semasa Epic Birthday Sale ni!

Selain menerima baucar Lazada, pembeli bertuah juga akan memperoleh kad digital Lazzie eksklusif, yang boleh mereka muat naik semula di TikTok dan tag @Lazada_MY.

Seramai 13 pemenang dengan kad digital berpeluang memenangi sebahagian daripada hadiah-hadiah bernilai RM21,000.

Antara hadiahnya merupakan produk daripada jenama seperti Apple, Baseus, Dyson, Estee Lauder, La Mer, Laifen, Laneige, Logitech, Marshall, Ninja, SK-II, Sony, dan Tefal.

Pemenang akan diumumkan pada 1 April nanti.

Untuk pengalaman secara langsung, pembeli juga boleh mengunjungi Epic Birthday Vault di MyTOWN Shopping Centre, Kuala Lumpur pada 22 Mac dari 10 pagi hingga 10 malam.

Pembeli boleh menguji kemahiran mereka dalam permainan “mencuri” tabung hippo, dengan peluang untuk memenangi Apple Watch SE (GPS) generasi kedua dan baucar kempen Lazada.

@lazada_my

Google ‘Lazada Epic Birthday Surprise’ now to unlock epic rewards and win prizes worth RM21,000! 🤑 Don’t miss out — 19-27 March 2025. Don’t break your bank. Shop Lazada Epic Birthday Sale! 🛒 #LazadaEpicBirthdaySurprise #LazadaMY @ivani_leang

♬ original sound – Lazada Malaysia – Lazada Malaysia

Peserta di lokasi juga akan menerima Lazzie card fizikal yang boleh mereka muat naik di media sosial untuk menebus hadiah percuma seperti biskut ais krim, Jipinhe Scones, dan minuman Kung Fu Tea.

Kesimpulannya, peluang yang Lazada tawarkan sempena Lazada Epic Birthday Sale ini memang tak boleh dilepaskan.

Ingat tarikh-tarikh penting yang kami kongsikan dan rebut semua baucar, hadiah-hadiah menarik dan diskaun tak masuk akal yang ditawarkan.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web, Facebook, Instagram dan TikTok Lazada Malaysia atau ikuti #LazadaEpicBirthdaySurprise dan #LazadaMY di media sosial untuk update terkini!

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.