Siakap Keli
Sejahtera Raya Bersama KL Wellness City- Membantu Komuniti Yang Memerlukan
Gambar Hiasan

Sejahtera Raya Bersama KL Wellness City- Membantu Komuniti Yang Memerlukan

Sejahtera Raya Bersama KL Wellness City- Membantu Komuniti Yang Memerlukan

Kuala Lumpur, 20 March 2025 KL Wellness City (KLWC) telah melancarkan majlis “Sejahtera Raya Bersama KLWC”, yang bertujuan mengeratkan hubungan komuniti melalui persembahan budaya, hidangan tradisional serta tayangan perdana muzik video perdana bersempena dengan sambutan Hari Raya. Acara yang berlangsung di Galeri Pameran KLWC di Bukit Jalil ini berjaya mencerminkan komitmen KLWC dalam memupuk semangat kemasyarakatan, kesejahteraan dan keterangkuman pelbagai kaum di Malaysia.

Menerusi ucapan perasmian Yang Berbahagia Dato’ Seri TPr (Dr.) Maimunah Binti Mohd Sharif, Datuk Bandar Kuala Lumpur yang dibacakan oleh wakil beliau iaitu Pengarah Eksekutif (Pengurusan Projek) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), beliau dalam ucapannya memuji usaha KLWC dalam memupuk semangat perpaduan dan keharmonian dikalangan masyarakat sempena musim perayaan ini.  “Di ambang sambutan Hari Raya, kita diingatkan tentang kepentingan kebersamaan, kemurahan hati dan kesejahteraan. Saya menghargai komitmen berterusan KLWC mengadakan acara seumpama ini bagi mengukuhkan perpaduan, kelestarian dan keterangkuman komuniti setempat. Inisiatif mereka telah mencerminkan nilai-nilai murni yang berpotensi menjadikan Kuala Lumpur sebuah bandar yang maju dan mementingkan kemakmuran bersama,” kata Dato’ Seri Maimunah.

Dato’ Sri Dr. Vincent Tiew mengambil pentas bersama penari KLWC dalam satu persembahan yang penuh warna untuk video muzik Hari Raya KL Wellness City, membawa kegembiraan perayaan dan sambutan budaya.

Majlis ini turut dihadiri oleh Y.M. Tengku Dato’ Dr. Hishammuddin Zaizi Bin Y.A.M. Tengku Bendahara Azman Shah Alhaj sebagai Tetamu Kehormat (VIP) bersama tetamu-tetamu yang lain.

Salah satu sorotan utama acara ini ialah tayangan muzik video perdana yang menonjolkan semangat nostalgia, perpaduan dan kebersamaan. Video ini disertai oleh 25 kakitangan KLWC yang masing-masing menyerlahkan bakat mereka seperti menyanyi, menari dan berlakon di bawah pimpinan Dato’ Sri Dr. Vincent Tiew, Pengarah Penjenamaan, Jualan & Pemasaran KL Wellness City. Beliau menekankan bahawa sudah menjadi suatu tradisi di KLWC meraikan musim perayaan di Malaysia dengan penuh warna-warni bagi menghargai keindahan kepelbagaian budaya, keutuhan perpaduan dan kemeriahan perayaan di negara ini. Beliau turut menyatakan harapannya untuk meneruskan tradisi bermakna ini untuk tahun-tahun yang akan datang.

Dato’ Sri Dr. Vincent Tiew (Pengarah Pemasaran, Jualan dan Penjenamaan KL Wellness City), Y.M. Tengku Dato’ Dr. Hishammuddin Zaizi Bin Y.A.M. Tengku Bendahara Azman Shah Alhaj (Pengarah Ikhasas Group), Tuan Haji Mohamad bin Hamim (Pengarah Eksekutif Pengurusan Projek, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, DBKL) mewakili YBhg. Dato’ Seri TPr (Dr.) Maimunah Binti Mohd Sharif, Datuk Bandar KL, Dato’ Dr. Colin Lee (Pengarah Urusan KL Wellness City), Wan Zamri Wan Hassan (Pengarah, Pembangunan Projek KL Wellness City), Dato’ Dr. Jacob Thomas (Pengarah Eksekutif KL International Hospital, KLIH)

Inisiatif kepada Masyarakat: Menyebarkan Keriangan Raya di kalangan Anak-Anak Yatim

“Sejahtera Raya Bersama KLWC” bukan sekadar acara bagi meraikan perayaan, tetapi usaha untuk menyumbang kepada masyarakat. Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, KLWC telah menghulurkan sumbangan sebanyak RM12,500 kepada lima rumah anak yatim. Inisiatif bantuan kemasyarakatan ini membuktikan kesungguhan KLWC membantu kanak-kanak kurang bernasib baik dan mencerminkan komitmen KLWC menabur bakti kepada masyarakat. Lima rumah anak yatim yang menerima manfaat daripada inisiatif ini ialah:

  • Persatuan Kebajikan Anak Yatim & Miskin Al-Munirah Klang
  • Pertubuhan Pendidikan Anak-Anak Yatim Selangor
  • Rumah Perlindungan Nur Qaseh
  • Persatuan Kebajikan Rumah Jalinan Kasih Anak Yatim Miskin Selangor
  • Persatuan Kebajikan Anak Kepada Pesakit HIV/AIDS Nurul Iman Malaysia (PERNIM)

Sejak tahun lalu, KLWC telah menghulurkan bantuan kepada lebih 28 rumah orang tua dan anak yatim ketika musim perayaan, termasuk Hari Raya kali ini, bagi memastikan lebih ramai komuniti yang kurang bernasib baik dapat merasai kegembiraan di musim perayaan.

“Sejahtera Raya Bersama KLWC” bukan sahaja satu sambutan perayaan, tetapi juga satu peluang untuk memupuk budaya berkongsi dan kebersamaan,” kata Dato’ Dr. Colin Lee, Pengarah Urusan KL Wellness City. “Inilah yang mendefinisikan KLWC. Kami bukan sekadar bertumpu kepada pembangunan yang berorientasikan kesejahteraan, malah juga sebuah komuniti yang membantu mereka yang memerlukan.”

Dari kiri: Cik Siti Hajar Binti Che Wail (Rumah Perlindungan Nur Qaseh), Cik Ili Dayana Binti A. Hamid (Pertubuhan Pendidikan Anak-Anak Yatim Selangor), Cik Norhanim Binti Abdul Karim (Persatuan Kebajikan Anak Yatim & Miskin Al-Munirah Klang), Y.M. Tengku Dato’ Dr. Hishammuddin Zaizi Bin Y.A.M. Tengku Bendahara Azman Shah Alhaj (Pengarah Ikhasas Group), Dato’ Dr. Colin Lee (Pengarah Urusan KL Wellness City), Tuan Haji Mohamad bin Hamim (Pengarah Eksekutif Pengurusan Projek, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, DBKL) mewakili YBhg. Dato’ Seri TPr (Dr.) Maimunah Binti Mohd Sharif, Datuk Bandar KL, Puan Norlela Binti Othman (Persatuan Kebajikan Rumah Jalinan Kasih Anak Yatim Miskin Selangor), Dato’ Sri Dr. Vincent Tiew (Pengarah Pemasaran, Jualan dan Penjenamaan KL Wellness City), Puan Hjh Norlina Binti Hj Alawi (Persatuan Kebajikan Anak Kepada Pesakit HIV/AIDS Nurul Iman Malaysia, PERNIM).

Visi Transformasi: Kesejahteraan dan Kecemerlangan Kesihatan di KLWC

Selain acara yang berkonsepkan perpaduan, KLWC terus melangkah ke hadapan dalam misinya membangunkan sebuah hab kesejahteraan hidup bertaraf dunia. Sejak pelancaran Fasa Satu pada Mei 2024, projek ini telah mencapai kemajuan pesat dengan 50% struktur siap lebih awal daripada jadual yang ditetapkan. KL International Hospital (KLIH) dan The Nobel Healthcare Park dijangka dibuka pada separuh kedua tahun 2026. Inisiatif ini memperkukuhkan lagi kedudukan Kuala Lumpur sebagai pusat pelancongan dan penjagaan kesihatan global. Rancangan untuk membina helipad juga berterusan bagi meningkatkan keupayaan tindak balas kecemasan.

Mengungkap ucapan Dato’ Seri Maimunah, beliau turut menekankan bahawa KLWC berpotensi mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi terkemuka untuk pelancongan penjagaan kesihatan global. Tambah beliau, “KLWC telah menetapkan penanda aras baharu dalam pembangunan bandar yang mengutamakan kesihatan, aksesibiliti dan kelestarian. Usaha ini dilihat dapat menawarkan perkhidmatan kesihatan yang lengkap dan komprehensif sekali gus meningkatkan pengalaman penjagaan pesakit dari Malaysia mahupun antarabangsa. Daripada reka bentuk bandar yang mesra kerusi roda hingga pengurusan Taman Pusat (Central Park) seluas 1.33 ekar, pembangunan ini benar-benar berorientasikan kehidupan lestari dan bukan sekadar infrastruktur. Dengan kewujudan KLIH, reputasi Kuala Lumpur sebagai destinasi utama pelancongan kesihatan pasti akan diperkukuhkan.” Tambah beliau, selain menjadi pemacu ekonomi yang menjana peluang pekerjaan dan menarik pelaburan, pembangunan ini juga dilihat dapat memperkukuhkan Kuala Lumpur sebagai sebuah bandar yang mampan dan berasaskan kesejahteraan.

Menurut Dato’ Dr. Colin Lee, “KLWC bukan sekadar menumpukan pembangunan tetapi ia merupakan satu visi transformasi yang meletakkan Kuala Lumpur di peta dunia dengan perbandaran yang mampan serta selaras rangkaian penawaran dalam aspek kesihatan, perubatan, kecergasan dan kesejahteraan. Dengan infrastruktur penjagaan kesihatan yang canggih, ekosistem kesejahteraan yang bersepadu dan komitmen terhadap kelestarian, KLWC telah mencipta penanda aras baharu dalam kecemerlangan perubatan dan kesejahteraan holistik.”

Dato’ Sri Dr. Vincent Tiew menyampaikan hadiah perayaan kepada kanak-kanak di acara ‘Sejahtera Raya Bersama KLWC’.

Beliau turut menekankan bahawa Taman Pusat (Central Park) KLWC direka sebagai sebuah oasis hijau yang mempromosikan kesejahteraan dan keterlibatan komuniti. Berkonsepkan “Green Amphitheatre”, taman ini merupakan salah satu taman di Malaysia yang mempunyai reka bentuk tempat duduk gaya teater, malah berfungsi sebagai hab untuk aktiviti kesejahteraan dan perhimpunan sosial. Taman ini juga menampilkan trek joging dan berbasikal, hutan poket serta taman hujan untuk meningkatkan biodiversiti, mewujudkan persekitaran di mana kesihatan dan alam semula jadi dapat wujud secara harmoni.

Mengukuhkan lagi komitmennya terhadap kelestarian, KLWC telah memperoleh pensijilan Indeks Bangunan Hijau (GBI) bagi KL International Hospital (KLIH) dan The Nobel Healthcare Park. Pensijilan GBI, adalah sistem pensijilan bangunan hijau negara yang diiktiraf industri Malaysia, merupakan penanda aras untuk kecekapan tenaga, kesedaran alam sekitar dan reka bentuk yang mampan dalam persekitaran binaan. Ini bertepatan dengan visi jangka panjang KLWC untuk membina masa depan yang lebih lestari dan sihat, sambil mengukuhkan Malaysia sebagai hab utama pelancongan kesihatan.

KLWC juga akan mengadakan Rumah Terbuka “Sejahtera Raya Bersama KLWC” pada hari Sabtu, 19 April, dari jam 10 pagi hingga 1 petang di Galeri KLWC di Bukit Jalil. Orang ramai dijemput hadir bersama keluarga dan rakan-rakan untuk menikmati kemeriahan acara ini dengan hidangan tradisional serta pelbagai aktiviti menarik.

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://klwellnesscity.com

Siti Sakinah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.