Siakap Keli
AKPK “Deria Raya” - Sinar Harapan yang menerangi, Simbol Kekuatan Dan Kebersamaan
Gambar Hiasan

AKPK “Deria Raya” – Sinar Harapan yang menerangi, Simbol Kekuatan Dan Kebersamaan

AKPK “Deria Raya” – Sinar Harapan yang menerangi, Simbol Kekuatan Dan Kebersamaan

KUALA LUMPUR 21 Mac 2025 Dalam setiap cabaran, pasti ada sinar harapan yang menanti untuk menerangi jalan kita. Itulah mesej yang dipaparkan dalam video Raya terbaharu Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), “Deria Raya”, sebuah naratif yang menyentuh hati dan mengangkat nilai kekuatan dan kebersamaan, bersempena musim perayaan ini.

“Deria Raya” mengisahkan perjalanan penuh emosi Hashimah dan keluarganya yang menghadapi cabaran besar sepanjang Ramadan dan persediaan Syawal, selepas abang sulungnya kehilangan penglihatan akibat kemalangan. Abang sulungnya, yang dahulu ceria, kini menyepi dan merasakan Hari Raya telah hilang maknanya. Namun, keluarganya tidak membiarkannya tenggelam dalam kesedihan. Dengan kasih sayang yang mendalam, ikatan kekeluargaan yang kukuh, dan kepercayaan yang tidak berbelah bagi, mereka berusaha mewujudkan semangat kekuatan dan harapan. Antara detik yang penuh dengan kekuatan mesej dalam video ini adalah saat Hashimah memberi dorongan berteruskan kepada abangnya selepas kemalangan yang mengubah hidupnya, mengingatkan bahawa kegagalan tidak menentukan masa depan seseorang.

Video ini mencerminkan nilai dan komitmen kami di AKPK, iaitu tiada siapa yang seharusnya berjuang sendirian tanpa bantuan dan sokongan dalam menghadapi cabaran hidup. Setiap individu berhak menerima sokongan yang diperlukan untuk mengatasi kesukaran dan bangkit semula. Inilah nilai kebersamaan yang sebenar,” kata Azaddin Ngah Tasir, Ketua Pegawai Eksekutif AKPK.

Dengan nilai kebersamaan yang kukuh dan sokongan berterusan serta keazaman individu itu sendiri untuk bangkit dan mengubah keadaan, pasti ada sinar harapan baru untuk mengatasi cabaran tersebut bersama-sama. Perjalanan hidup ini bukan hanya tentang apa yang kita lihat, tetapi tentang apa yang kita rasai dalam hati, yang bertepatan dengan pendekatan dan mesej yang disampaikan dalam video ini,” tambah beliau.

Cabaran kewangan boleh menimpa sesiapa sahaja, tanpa mengira latar belakang. Baru-baru ini, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, mendedahkan kebimbangan mengenai sindiket pinjaman yang memerangkap lebih 4,000 penjawat awam. Mereka ditawarkan pinjaman di luar kemampuan, menyebabkan kebanyakanmangsa terjerumus ke dalam masalah hutang yang begitu serius.

Namun, tiada bumi yang tidak ditimpa hujan. Di AKPK, kami sentiasa berusaha untuk menyediakan jalan keluar dan memberi sinar harapan baharu kepada mereka yang mungkin sudah buntu dan berputus asa. Oleh itu, kami menyeru orang ramai yang menghadapi masalah kewangan untuk segera mendapatkan bantuan awal. Rujuk dan berbincanglah dengan institusi kewangan yang terlibat, atau hubungi kami di AKPK untuk mendapatkan khidmat nasihat kewangan atau pengurusan hutang secara percuma dan holistik. Kami percaya setiap individu berhak mendapat peluang kedua untuk membina semula kehidupan mereka dan mencapai ketenangan hati serta minda,” jelas beliau.

Dalam erti kata lain, AKPK menekankan betapa pentingnya mendapatkan pengetahuan kewangan yang tepat dan bimbingan yang betul agar individu tidak terperangkap dalam situasi kewangan yang membebankan.

Ditubuhkan sejak 2006, sehingga Disember 2024, AKPK telah memberi manfaat kepada lebih1.4 juta individu melalui khidmat nasihat kewangan dan daripada jumlah tersebut, hampir 550,000 peminjam telah mendaftar untuk menyertai Program Pengurusan Kredit (PPK).

Pada asasnya, apa sahaja yang berlaku di sekeliling kita, diri kita sendiri turut memainkan peranan. Untuk bangkit semula daripada kesukaran, individu tidak harus berputus harap, sebaliknya perlu mencari sokongan daripada keluarga, rakan atau komuniti. Hanya dengan ketabahan dalam hati dan kebersamaan dalam usaha, dapat memberikan sinar dan harapan baharu. Itulah falsafah dan prinsip perkhidmatan AKPK.

AKPK mengajak individu untuk menonton video “Deria Raya” bersama keluarga dan rakan-rakan. Video penuh boleh ditonton di platform media sosial rasmi @AKPKofficial. Semoga wadah ini boleh menjadi sumber motivasi kepada mereka yang sedang melalui waktu-waktusukar untuk mencapai kesejahteraan minda, kedamaian jiwa, dan keberhasilan usaha.

Siti Sakinah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.