Siakap Keli
Jom, Alami Keindahan Dan Keriangan Raya di Resorts World Genting!
Gambar Hiasan

Jom, Alami Keindahan Dan Keriangan Raya di Resorts World Genting!

Jom, Alami Keindahan Dan Keriangan Raya di Resorts World Genting!

Genting Highlands, 21 Mac 2025 – Rancang percutian yang santai dan meriah untuk dinikmati seisi keluarga di resort bersepadu terkemuka Malaysia, Resorts World Genting (RWG) dari sekarang hingga 20 April 2025! Hab hiburan yang mempesonakan di atas awan ini menyambut
perayaan Eid dengan hiasan yang indah, persembahan menarik dan pelbagai promosi untuk memberikan pengalaman berkekalan! Jom Raya di puncak!

Merayakan seni Melayu dengan hiasan berinspirasikan batik

Mengambil inspirasi dari keindahan dan keunikan batik, Atrium Kimhua yang ikonik di resort ini sangat mempesonakan dengan lampu-lampu yang direka dengan teliti dan bulan sabit yang diselubungi lampu peri. Bunga, rama-rama, wau tradisional dan bunga raya bersaiz besar yang dicetak dengan batik penuh warna-warni menghiasi gerbang batik yang menakjubkan. Di sebelah pentas terdapat enam gerai foto yang menggambarkan budaya dan tradisi Melayu yang sesuai untuk Instagram.

Maskot comel berpakaian Raya

Temui Wira-wira Genting Highlands yang comel dalam pakaian Raya yang akan menghiburkan dengan gelagat mereka di Atrium Kimhua dari jam 2:30-3:00 petang dan 4:30-5:00 petang; serta di Taman Tema Dalaman Skytropolis dari jam 3:30-4:00 petang dan 5:30-6:00 petang dari sekarang hingga 20 April.

Tarian etnik

Terdapat juga persembahan tarian budaya untuk dinikmati! Saksikan penari-penari berbakat kami menari Tarian Raya Tradisional pada selang masa tetap dari jam 12 tengah hari hingga 9 malam setiap hari di Atrium Kimhua dari 29 Mac hingga 13 April. Persembahan Tarian Raya kini berlangsung di Skytropolis dari jam 4:00-4:13 petang setiap hari sehingga 20 April. Selain itu, Penari Raya Mana dalam kostum batik akan dipersembahkan di Atrium Kimhua pada jam 6 petang setiap hari sehingga 20 April.

Seni pasir dan lukisan batik

Penuhi keinginan kreatif anda dan hasilkan karya seni batik yang menakjubkan! Marilah ke sudut lukisan batik dan seni pasir kami untuk meneroka warna dan kreativiti bersama-sama keluarga anda. Aktiviti percuma untuk orang ramai ini tersedia dari jam 10 pagi hingga 10 malam setiap hari di Atrium Kimhua.

Permainan “Tangkap Ketupat”!

Kaki beli-belah boleh berbelanja dan menebus hadiah eksklusif dengan permainan Tangkap Ketupat di Pusat Beli-belah SkyAvenue! Semakin banyak anda berbelanja, semakin tinggi peluang untuk memenangi hadiah eksklusif seperti baucar tunai/diskaun, pinggan dan lilin edisi terhad Raya, buku nota batik dan lanyard, set Jubli Berlian RWG dan banyak lagi! Untuk menyertai, hanya tunjukkan bukti perbelanjaan RM300 untuk ahli Kad Ganjaran Genting (GRC) atau RM350 untuk bukan ahli dalam dua resit di Kaunter Maklumat di Tingkat 1, Atrium Zouk. Setiap peserta berhak mendapat dua percubaan untuk mendapatkan hadiah. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Fuuhhh! Staycation

Untuk melengkapkan promosi Hari Raya yang menggembirakan, Resorts World Awana yang dikelilingi hutan hujan menawarkan tempahan bilik dari sekarang hingga 31 Mac untuk Bilik Superior Deluxe dari RM202 untuk penginapan dari 1 April hingga 30 Jun. Bilik Super Deluxe Sixers yang menyediakan 2 katil Queen dan dua katil Super Single. Bilik ini boleh ditempah pada harga RM342 bersih untuk ahli GRC dan RM380 bersih untuk bukan ahli. Sebagai alternatif, tempah awal di hotel Taman Tema Genting SkyWorlds yang eklektik dan jimat sehingga 70% untuk bilik!

Untuk maklumat lanjut mengenai penginapan dan promosi terkini di resort, sila layari rwgenting.com.

Siti Sakinah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.