Siakap Keli

Lepas Penat Kerja, Berbuka di The Acre by Farm Fresh, UPM Memang Syok! 

Lepas Penat Kerja, Berbuka di The Acre by Farm Fresh, UPM Memang Syok! 

Bulan Ramadan adalah masa terbaik untuk berehat, kumpul pahala, dan luangkan masa dengan orang tersayang. Tapi, bila fikir nak berbuka di tempat yang sesak, parking susah, dan kena beratur Panjang, mood boleh spoil! 

Kalau anda nak cari tempat berbuka yang tenang, jauh dari kesibukan bandar, dan penuh ‘healing vibes’, The Acre by Farm Fresh di UPM adalah lokasi yang wajib masuk dalam bucket list berbuka tahun ni! 

OOTD Ramadan Confirm On Point! 

Satu benda best bila sampai di sini, pekerja siap tolong ambil gambar untuk anda! Tak perlu malu-malu nak minta tolong, mereka memang sporting dan dah biasa ambil gambar cantik untuk pelanggan. Dengan latar belakang ladang hijau luas terbentang, gambar wefie Ramadan atau OOTD confirm nampak aesthetic! 

Memori Ramadan tahun ni bukan sekadar makan sedap, tapi siap ada gambar cantik buat kenangan. 

Suasana Santai yang Tenang & ‘Healing’ 

Sejak melangkah masuk ke The Acre by Farm Fresh, memang terasa macam balik kampung! 

Tak ada kesesakan restoran, tak ada bunyi bising. Yang ada cuma angin segar, suasana santai, dan feel berbuka yang damai. Bayangkan duduk di meja kayu, menikmati juadah berbuka sambil menghirup udara segar. 

Kalau anda jenis suka berbuka dengan ketenangan, tanpa hiruk-pikuk shopping mall, ini tempat wajib cuba! 

Hidangan Segar & Lazat – Dari Ladang ke Meja Anda 

Makanan di sini bukan saja sedap, tapi yang paling penting bahan-bahan semua segar dari ladang sendiri! 

Antara menu kegemaran ramai yang confirm buat anda tambah nasi: 

  • Nasi Kerabu dengan Ayam Percik – Aroma herba segar, ayam berempah dibakar sempurna. 
  • Gulai Kawah & Daging Salai Masak Lemak – Pekat berempah, cukup rasa, memang ngam dengan nasi panas! 
  • Satay – Daging lembut, juicy, dengan kuah kacang pekat berlemak. 
  • Bubur Lambuk – Hidangan berbuka klasik, lembut dan penuh nostalgia Ramadan. 

Dan yang paling best? Ais krim soft serve PERCUMA! 🍦 Boleh refill banyak kali, sejuk, creamy—memang puas hati! 

Layanan Tiptop, Rasa Macam Tetamu VIP 

Bukan saja makanan dan suasana terbaik, tapi layanannya juga luar biasa. Dari saat anda melangkah masuk, pekerja di sini ramah, mesra, dan sentiasa bersedia membantu. 

Bagi yang datang bersama anak-anak, jangan risau! Tempat ini mesra keluarga, luas, dan ada ruang untuk si kecil bermain sementara anda menikmati juadah berbuka dengan tenang. 

Rasa macam berbuka di rumah sendiri, siap dilayan macam tetamu istimewa! 

Rezeki Ramadan—Makan Sedap, Dapat Hadiah Lagi!  

Nak berbuka dengan pengalaman yang lebih meriah? Setiap malam, ada cabutan bertuah untuk semua pengunjung! 

Makan sedap, dapat hadiah pulak tu memang rezeki Ramadan! 

Jadi, kalau anda tengah plan tempat berbuka yang selesa, tenang, dan confirm puas hati, The Acre by Farm Fresh di UPM adalah pilihan yang takkan mengecewakan. 

Tempah Ramadan Buffet Ja-Moo Selera sekarang melalui Klook dan nikmati pengalaman berbuka yang luar biasa! 

Klik di SINI untuk tempahan.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.