Siakap Keli
Applecrumby Memperoleh Pensijilan Halal Untuk Lampin, Produk Penjagaan Kulit dan Produk Pembersihan
Gambar Hiasan

Applecrumby Memperoleh Pensijilan Halal Untuk Lampin, Produk Penjagaan Kulit dan Produk Pembersihan

Applecrumby Memperoleh Pensijilan Halal Untuk Lampin, Produk Penjagaan Kulit dan Produk Pembersihan

KUALA LUMPUR, 22 MAC 2025 – Applecrumby, jenama kesihatan dan kesejahteraan bayi antarabangsa Malaysia, dengan bangganya mengumumkan bahawa rangkaian produk lampin, penjagaan kulit dan barangan pembersihannya telah memperoleh pensijilan Halal. Pencapaian ini menjadikan Applecrumby jenama penjagaan bayi PERTAMA yang mencapai pensijilan Halal merangkumi keseluruhan rangkaian produknya, membuktikan komitmen jenama tersebut terhadap standard keselamatan, kebersihan dan kepelbagaian yang tinggi dalam industri.

Pensijilan halal bukan sahaja mengenai memenuhi syarat agama, pensijilan ini diiktiraf secara global sebagai standard tertinggi dalam kebersihan, kualiti dan pembuatan beretika. Applecrumby telah mengambil satu langkah ke hadapan dengan memastikan setiap produk dalam rangkaian penjagaan bayinya, menepati keperluan ketat ini. Pensijilan ini membuktikan komitmen Applecrumby terhadap keselamatan dan kepercayaan keluarga di mana sahaja, menepati pematuhan undang-undang atau anugerah.

“Halal adalah lebih daripada sekadar pensijilan,” kata Jesmine Tan, Pengasas Bersama Applecrumby. “Ia mewakili standard kebersihan, ketelusan dan kualiti tertinggi, memastikan setiap produk yang kami tawarkan selamat untuk keluarga, tanpa mengira agama atau latar belakang mereka.”

Pencapaian ini diraih berikutan reputasi Applecrumby yang semakin kukuh sebagai peneraju di dalam industri penjagaan bayi. Terbaharu, syarikat ini mendapat tempat di dalam senarai berprestij ‘Forbes Asia 100 to Watch 2024’ di atas inovasi dan impaknya, dan pada awal tahun lepas, Applecrumby memperoleh AS$4.2 juta (RM18.2 juta) dalam bentuk pembiayaan daripada firma modal teroka global, 500 Global, mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai jenama yang perlu diberi perhatian di rantau Asia-Pasifik ini.

Di Applecrumby, mengejar kecemerlangan bukan sahaja dari segi Halal. Memperoleh pensijilan ini adalah bukti misi Applecrumby untuk menyediakan produk penjagaan bayi yang premium, selamat dan lestari. Dengan mencapai pensijilan ini, Applecrumby memberi keyakinan kepada ibu bapa dalam memilih produk terbaik untuk anak-anak mereka.

Dalam satu kenyataan baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan keperluan untuk industri Halal Malaysia merangkumi pensijilan, membuktikan peranannya sebagai penanda aras bagi kualiti dan daya saing global. Applecrumby menerima saranan ini dan memastikan produknya diperakui, memenuhi piawaian keselamatan serta kebersihan bertaraf dunia.

Keselamatan dan kesejahteraan anak-anak adalah keutamaan utama Applecrumby. Pensijilan Halal yang diperolehi mengukuhkan lagi komitmen syarikat terhadap integriti produknya. Hal ini termasuklah di dalam pemilihan bahan-bahan berkualiti tinggi dan proses pembuatan yang teliti. Ibu bapa kini boleh percaya bahawa produk lampin, penjagaan kulit, dan pembersihan Applecrumby bukan sahaja mematuhi piawaian keselamatan, malah melangkaui jangkaan industri dari segi keselamatan dan kelestarian.

Siti Sakinah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.